MOTAC JOHOR

MOTAC JOHOR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MOTAC JOHOR, Aras 2 Kiri, Wisma PERKESO, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru.

WAKTU OPERASI KAUNTER PERTANYAAN :
Isnin-Khamis: 7.30pagi-4.30petang (Rehat 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat: 7.30pagi-4.30 petang
(Waktu rehat 12.15 - 2.45 petang)
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Tel : 07-223 3171
Email : [email protected] (Pengarah)

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ‹π€π“πˆππ”πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π...
03/06/2026

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ‹π€π“πˆππ”πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π, π’π„ππˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ”πƒπ€π˜π€ (πŒπŽπ“π€π‚) ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π”ππ–π€π˜ ππˆπ† ππŽπ— π‘π„π“π€πˆπ‹ ππ€π‘πŠ, πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ ππ”π“π„π‘πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, π‰πŽπ‡πŽπ‘ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π πŒπ„πŒππ„π‹πˆ-𝐁𝐄𝐋𝐀𝐇, π‘π„πŠπ‘π„π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 π†π€π˜π€ π‡πˆπƒπ”π

3 Jun 2026 (Selasa)

YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor telah menyampaikan dan menyerahkan sijil dan Plak Anugerah Platinum MyTQA kepada YBrs. Tuan Dr. K.S. Wong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor di bawah kategori Pelancongan Membeli-belah, Rekreasi dan Gaya Hidup (Shopping & Lifestyle).

Turut hadir sama adalah Encik Ahmad Hakim bin Abdul Rahman (Mall Manager), Soo Mei Heong (Associate Senior Manager), Tey Ruoxi (Assistant Manager-Marketing Lead), Encik Samuel Chong (Assistant Manager - Marcom, CSR & Sustainability), Yap Yung Foong (Associate Senior Manager, Operation & DFS), Puan Nur Hafifah binti Dato' Mohd Halim (Timbalan Pengarah MOTAC Johor), Puan Marita binti A.Rahman (Ketua Unit Pembangunan Industri MOTAC Johor) dan Puan Azlina binti Salimin.

Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi produk pelancongan di Malaysia. Penganugerahan MyTQA ini mengiktiraf Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor yang menyediakan hospitaliti berkualiti tinggi di bawah kategori Pelancongan Membeli-belah, Rekreasi dan Gaya Hidup (Shopping & Lifestyle yang memenuhi standard kecemerlangan dalam perkhidmatan, fasiliti dan pengalaman pelawat.

Pelaksanaan program MyTQA ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelancong, memastikan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan sentiasa berada pada tahap terbaik berteraskan nilai kebertanggungjawaban, kelestarian dan kesejahteraan bersama bagi memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa dalam memperkasa sektor pelancongan negara dan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.

MOTAC Negeri Johor mengucapkan tahniah dan berharap kualiti perkhidmatan ini bukan sahaja dapat dikekalkan malah dipertingkatkan di masa akan datang. Senarai Produk Pelancongan yang Telah Mendapat Pengiktirafan oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) boleh diakses melalui laman web rasmi MOTAC https://www.motac.gov.my/en/kategori-semakan/malaysia-tourism-quality-assurancesmytqa/.









ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π€πŠ (π’πˆπ‹π•π„π‘) πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) π“π€πŒπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 ...
03/06/2026

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π€πŠ (π’πˆπ‹π•π„π‘) πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) π“π€πŒπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐋𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀), π“π€ππ†πŠπ€πŠ, π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π, π’π„ππˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ”πƒπ€π˜π€ (πŒπŽπ“π€π‚) ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 π“π€πŒπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π‰πŽπ‡πŽπ‘ (𝐏𝐓𝐍𝐉) πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘, πŠπ„πŒππ€π‘π€ 𝐃𝐀𝐍 π„πŠπŽ-ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π

3 Jun 2026 (Rabu)

YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor telah menyampaikan dan menyerahkan sijil dan Plak Anugerah Perak (Silver) sah dari 7 Ogos 2025 hingga 6 Ogos 2028 bagi Taman Negara Gunung Ledang (LAGENDA), Tangkak, Johor kepada YBrs. Tuan Sufian bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi produk pelancongan di Malaysia. Penganugerahan MyTQA ini mengiktiraf Taman Negara Gunung Ledang (LAGENDA), Tangkak, Johor yang menyediakan hospitaliti alam semulajadi, kembara dan eko-pelancongan berkualiti tinggi yang memenuhi standard kecemerlangan dalam perkhidmatan, fasiliti dan pengalaman pelawat.

Pelaksanaan program MyTQA ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelancong, memastikan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan sentiasa berada pada tahap terbaik berteraskan nilai kebertanggungjawaban, kelestarian dan kesejahteraan bersama bagi memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa dalam memperkasa sektor pelancongan negara dan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.

MOTAC Negeri Johor mengucapkan tahniah dan berharap kualiti perkhidmatan ini bukan sahaja dapat dikekalkan malah dipertingkatkan di masa akan datang. Senarai Produk Pelancongan yang Telah Mendapat Pengiktirafan oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) boleh diakses melalui laman web rasmi MOTAC https://www.motac.gov.my/en/kategori-semakan/malaysia-tourism-quality-assurancesmytqa/.









03/06/2026
31/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🀝✨

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan Dusun dan rakyat Sabah yang meraikannya. 🏞️🌾

Pesta Kaamatan melambangkan kesyukuran, warisan budaya serta semangat perpaduan yang memperkukuh identiti Malaysia. πŸŒΎπŸŽ­πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Semoga sambutan ini terus menyemai perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. πŸ€²β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🌾🌟




26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan penuh keberkatan ini menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua. πŸ€πŸ•ŠοΈ

Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah menjadi simbol keteguhan iman dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh ukhuwah serta perpaduan masyarakat. πŸ•ŒπŸ„

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia. 🌺✨

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC πŸ‡²πŸ‡Ύ



ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ‹π€π“πˆππ”πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π...
26/05/2026

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 ππ‹π€πŠ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ‹π€π“πˆππ”πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ ππ”π€π‹πˆπ“π˜ 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 (πŒπ˜π“ππ€) πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π, π’π„ππˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ”πƒπ€π˜π€ (πŒπŽπ“π€π‚) ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐓𝐇𝐄 π–π„π’π“πˆπ 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔 π‚πŽπ€π’π“, 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ πŒπˆπ‚π„

26 Mei 2026 (Selasa)

YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor telah menyampaikan dan menyerahkan sijil dan Plak Anugerah Platinum kepada Karin Jongman, Pengurus Besar The Westin Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor di bawah kategori Meeting, Incentive, Conferrence & Exhibition Tourism (MICE).

Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi produk pelancongan di Malaysia. Penganugerahan MyTQA ini mengiktiraf The Westin Desaru Coast yang menyediakan hospitaliti MICE berkualiti tinggi yang memenuhi standard kecemerlangan dalam perkhidmatan, fasiliti dan pengalaman pelawat.

Pelaksanaan program MyTQA ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelancong, memastikan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan sentiasa berada pada tahap terbaik berteraskan nilai kebertanggungjawaban, kelestarian dan kesejahteraan bersama bagi memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa dalam memperkasa sektor pelancongan negara dan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.

MOTAC Negeri Johor mengucapkan tahniah dan berharap kualiti perkhidmatan ini bukan sahaja dapat dikekalkan malah dipertingkatkan di masa akan datang. Senarai Produk Pelancongan yang Telah Mendapat Pengiktirafan oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) boleh diakses melalui laman web rasmi MOTAC https://www.motac.gov.my/en/kategori-semakan/malaysia-tourism-quality-assurancesmytqa/.









ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍 πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ  π‡πŽπ“π„π‹ π‡πˆπ‰π€π” (𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 π‡πŽπ“π„π‹) πƒπˆ 𝐓𝐇𝐄 π–π„π’π“πˆπ 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔 π‚πŽπ€π’π“ π‘π„π’πŽπ‘π“, 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘...
26/05/2026

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍 πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ π‡πŽπ“π„π‹ π‡πˆπ‰π€π” (𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 π‡πŽπ“π„π‹) πƒπˆ 𝐓𝐇𝐄 π–π„π’π“πˆπ 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔 π‚πŽπ€π’π“ π‘π„π’πŽπ‘π“, 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘

26 Mei 2026 (Selasa)

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor bersama MOTAC Pulau Pinang, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Johor dan Tourism Malaysia Wilayah Selatan (TMWS) telah mengadakan pemeriksaan penggredan premis penginapan pelancong bagi kategori Hotel Hijau (Green Hotel) di The Westin Desaru Coast, Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Pemeriksaan telah diketuai oleh YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib (Pengarah MOTAC Johor). Turut hadir sama adalah Karin Jongman, Pengurus Besar The Westin Desaru Coast.

Penggredan kategori Hotel Hijau (Green Hotel) penting sebagai salah satu usaha menggalakkan amalan penggunaan produk mesra alam, pengurusan sisa yang cekap, penjimatan sumber tenaga dan air dalam mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar sekaligus memastikan keseimbangan antara peningkatan pembangunan mampan dalam sektor pelancongan dengan mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Penarafan Hotel Hijau diperkenalkan oleh MOTAC untuk menggalakkan dan mengiktiraf amalan lestari di seluruh negara.Penggredan hijau dilaksanakan bagi memastikan ekosistem pelancongan mampan bermula dengan piawaian yang boleh kelestarian alam sekitar yang boleh dinilai, diukur dan dipercayai.

MOTAC akan terus komited dalam memacu inisiatif ke arah kelestarian hijau ini dengan mengintegrasikan piawaian ESG (E: Environment, S: Sosial dan G: Governan/Tadbir Urus) dalam industri hospitaliti.

Walau bagaimanapun inisiatif ini menuntut komitmen bersama daripada bukan sahaja oleh pihak hotel dan kerajaan, malahan komuniti dan setiap tetamu perlu bergerak seiring ke arah masa depan Malaysia yang lebih hijau, makmur dan lestari.

MOTAC Johor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat atas kerjasama dalam menjayakan sesi penggredan tersebut.









25/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

22/05/2026

Address

Aras 2 Kiri, Wisma PERKESO, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak
Johor Bahru
80200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072233171

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MOTAC JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MOTAC JOHOR:

Share