Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor

Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Selamat datang ke laman Facebook baharu Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor

04/08/2026

PROGRAM MEKAR KOMUNITI JPN NEGERI JOHOR DI SKS CITY MALL, BANDAR PENAWAR

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor melalui Pasukan MEKAR telah melaksanakan Program MEKAR Komuniti di SKS City Mall, Bandar Penawar, Kota Tinggi bagi mendekatkan perkhidmatan JPN kepada masyarakat setempat.

Program ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan urusan Jabatan Pendaftaran Negara tanpa perlu hadir ke pejabat JPN, di samping memberi khidmat nasihat serta penerangan berkaitan urusan pendaftaran negara.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan mendapatkan perkhidmatan sepanjang program ini berlangsung. JPN Negeri Johor akan terus komited dalam memperluaskan penyampaian perkhidmatan yang cekap, mesra dan mudah diakses demi memenuhi keperluan rakyat.




Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor

25/07/2026

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor telah menyertai Program Sumbang Bakti Psikologi Skuad Waja Tahun 2026 “Setapak Kecil Wanita Menuju Transformasi” melalui pelaksanaan Program MEKAR Komuniti di Pusat Komuniti Blok C, Seri Tanjung PPR Kempas, Johor Bahru pada 25 Julai 2026 (Sabtu).

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkhidmatan urus niaga JPN telah disediakan kepada pengunjung dan penduduk setempat bagi memudahkan urusan berkaitan dokumen pengenalan diri serta dokumen penting yang lain, di samping memberi khidmat nasihat kepada orang ramai.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta kepada para pengunjung yang hadir menjayakan program ini. Semoga usaha mendekatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat seperti ini dapat diteruskan demi memastikan perkhidmatan JPN sentiasa mudah diakses, cekap dan berkesan.





Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor

23/07/2026

Undang-undang berkaitan kewajipan mengemas kini maklumat sememangnya telah lama berkuat kuasa di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990). Tiada kempen khusus yang sedang dilaksanakan untuk mewajibkan orang ramai menukar alamat, malah JPN juga tidak menjalankan sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan bagi rakyat yang belum mengemas kini alamat pada MyKad.

Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad. Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut. Bagi urusan penggantian MyKad , fi yang dikenakan kepada warganegara adalah RM10.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan dakwaan bahawa Kerajaan sedang memaksa semua rakyat menukar MyKad atau mencari keuntungan melalui pelaksanaan Peraturan 15 kerana dakwaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks. Sebarang kemusykilan berkaitan peruntukan undang-undang atau urusan perkhidmatan JPN boleh dirujuk terus kepada saluran rasmi Jabatan bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAILDimaklumkan bahawa semua ...
21/07/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL

Dimaklumkan bahawa semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Negeri Johor, termasuk UTC Johor dan UTC Pasir Gudang, tidak akan beroperasi pada Selasa, 21 Julai 2026 sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semua pejabat akan beroperasi semula seperti biasa pada Rabu, 22 Julai 2026 mengikut waktu operasi yang ditetapkan.





Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepadaYang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleedase...
16/07/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda

sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran pada 16 Julai 2026 bersamaan 1 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, keberkatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta memanjangkan usia Yang Amat Mulia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa berada dalam lindungan serta kasih sayang-Nya.

Sembah Takzim daripada

Pengarah dan Warga Kerja
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Johor





Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAB MENTERI BESAR JOHORJabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor merakamkan ...
14/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAB MENTERI BESAR JOHOR

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.

Semoga pelantikan ini menjadi lembaran baharu yang penuh keberkatan dalam meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor. Besar harapan agar kepimpinan Yang Amat Berhormat terus membawa negeri ini ke arah kemajuan yang lebih gemilang, berdaya saing, inklusif dan sejahtera, demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan taufik, hidayah, kebijaksanaan, kekuatan serta iltizam yang berterusan kepada Yang Amat Berhormat dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan, sekali gus memacu Negeri Johor menuju kecemerlangan yang berterusan.

Selamat menjalankan amanah dan memimpin Negeri Johor dengan penuh dedikasi demi kemakmuran rakyat serta kegemilangan negeri tercinta.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA CUTI PERISTIWA NEGERI JOHORDimaklumkan bahawa semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara...
12/07/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR

Dimaklumkan bahawa semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Negeri Johor, termasuk UTC Johor dan UTC Pasir Gudang, tidak beroperasi pada Isnin, 13 Julai 2026 sempena Cuti Peristiwa Negeri Johor.

Pejabat akan dibuka semula seperti biasa pada Selasa, 14 Julai 2026 mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.





Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
Digital Media Johor

Address

Aras G, 1, 2 & 3, Blok 2, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share