21/08/2026
๐ฒ๐พ PROGRAM JELAJAH MERDEKA BADAN BERUNIFORM (PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS) & PERASMIAN BILIK MULTISENSORI SK SRI SKUDAI ๐ฒ๐พ
Pada 19 Ogos 2026 (Rabu), SK Sri Skudai telah menganjurkan Program Jelajah Merdeka Badan Beruniform (Pengakap Pendidikan Khas) bersama Majlis Perasmian Bilik Multisensori SK Sri Skudai.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Rohaizad bin Selemin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah (TPPD SPS), Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.
Program ini menghimpunkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) daripada lima buah sekolah, iaitu:
โข SK Sri Skudai
โข SK Taman Desa Skudai
โข SK Taman Universiti 1
โข SK Taman Skudai Baru 2
โข SK Taman Tun Aminah
Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PPKI sekolah-sekolah yang terlibat di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran, semangat kerjasama dan minat murid terhadap aktiviti kepengakapan.
Pelbagai aktiviti menarik dan bermakna telah dilaksanakan antaranya Kimโs Game Pengakap, ikatan kasih, kuiz asas pengakap, aktiviti uniform, pioneering, pembinaan menggunakan canvas serta pertandingan masakan. Aktiviti-aktiviti ini memberi ruang kepada murid belajar melalui pengalaman, bekerjasama dalam kumpulan dan menyerlahkan potensi masing-masing dalam suasana yang menyeronokkan.
Turut berlangsung ialah Perasmian Bilik Multisensori SK Sri Skudai, yang diharapkan dapat memperkukuh kemudahan sokongan pembelajaran serta menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas.
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK Sri Skudai, barisan pentadbir, GPK dan guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru, pembantu pengurusan murid, jawatankuasa pelaksana serta semua sekolah yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha sebegini terus memperluas peluang kepada murid berkeperluan pendidikan khas untuk belajar, meneroka, membina keyakinan serta mengembangkan potensi diri melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Bersatu Hati, Jayakan Merdeka! ๐ฒ๐พ