Bekam Ladies

Bekam Ladies ♡♡KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN RUMAH KE RUMAH♡♡

♡♡♡RAWATAN2 SEPERTI♡♡♡

1......RAWATAN BEKAM DARAH
2......URUTAN SELEPAS BERSALIN

09/06/2020
26/01/2020

KENAPA KULIT GATAL SELEPAS BERBEKAM DARAH??

Sesetengah pelanggan mempunyai persepsi kurang baik apabila kulit mereka terasa gatal selepas berbekam. Kulit yang gatal terutamanya di area tusukan jarum bekam selalunya dengan silap dikaitkan dengan penggunaan peralatan bekam yang tidak bersih atau telah tercemar. Bagaimanapun pelanggan seperti ini tidak boleh dipersalahkan secara tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab jurubekam utk menjelaskan tentang kesan sampingan terpencil ini kepada pelanggan sebelum tatacara bekam dijalankan agar persepsi negatif dapat diuruskan dengan baik.

Kenapa kulit terasa gatal selepas berbekam?. Kulit terdiri drp 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Pada bahagian dermis terdapat sejumlah sel (sel² mast & basophils) yg bertindak merembeskan histamin (mediator of itching) sebaik kulit diberikan tekanan dan dicederakan. Tujuan pelepasan histamin ini adalah untuk memulakan proses radang sebagai sebahagian drp mekanisme sistem pertahanan tubuh. Pembuluh² darah akan mengembang, sekaligus menambah saiz bukaan pori² kapilari (meningkatkan tahap kebolehtembusan) utk membenarkan lebih b*k darah mengandungi oksigen, nutrien, sel² darah putih, faktor² pertumbuhan, faktor pembekuan, pelbagai jenis protein dsbnya bergerak ke area tisu yg cedera utk melakukan fungsi pertahanan, pembaikpulihan tisu dsbnya. Segelintir pelanggan mungkin mempunyai reaksi sistem pertahanan tubuh yg agak keterlaluan sehingga jumlah histamin yg dilepaskan begitu banyak sehingga sensasi gatal berlarutan sehingga berhari² lamanya. Penjelasan lebih awal tentang kemungkinan berlakunya kesan sampingan yg terpencil ini boleh mengurangkan rasa tidak puas hati pelanggan seterusnya boleh memperbetulkan tanggapan negatif yg salah.

Medic Sabri

Ref:

1. Histamine: an early messenger in inflammatory and immune reactions
Falus András, Katherine Merétey
Immunology today 13 (5), 154-156, 1992

2. Histamine in the immune regulation of allergic inflammation
Cezmi A Akdis, Kurt Bl**er
Journal of allergy and clinical immunology 112 (1), 15-22, 2003

3. An Unusual Skin Allergy Post Wet Cupping
Ebtisam Elghblawi
Journal of Dermatological Research 1 (1), 19-21, 2016

15/10/2019

BEKAM VS HIPOKALEMIA

Paras potasium boleh menjadi rendah (Hipokalemia) di dalam darah apabila berlaku cirit birit(diarrhoea), muntah², terlalu berpeluh, kekurangan asid folic, pelepasan hormon aldesterone berlebihan oleh kelenjar adrenal dsbnya. Kekurangannya boleh menyebabkan kelemahan & kekakuan otot, sakit badan, kebas, palpitasi, degup jantung tak sekata(arrhythmia), masalah penghadaman, kesukaran bernafas dsbnya. Selain mengambil lebih banyak air & diet tinggi potasium seperti pisang, oren, potato, brokoli, timun dsbnya, bekam darah pada poin² sunah boleh menyingkir lebihan hormon aldesterone yg menjadi antara punca paras potassium menjadi rendah di dlm darah. Bekam pada poin ginjal boleh memperbaiki fungsi kelenjar adrenal agar hanya merembes hormon aldesterone dlm kepekatan normal. Selagi tiada kontraindikasi jelas, pesakit memenuhi syarat² boleh berbekam darah & "vital signs" stabil saya fikir bekam darah(hijama) boleh menjadi indikasi munasabah dlm kes ini.

Medic Sabri

Ref:

1. Hypokalemia
F John Gennari: New England Journal of Medicine 339 (7), 451-458, 1998

2. Hypokalemia and arrhythmias
Richard H Helfant : The American journal of medicine 80 (4), 13-22, 1986

3. Hypokalemia--consequences, causes, and correction: I David Weiner, Charles S Wingo
Journal of the American Society of Nephrology 8 (7), 1179-1188, 1997

BEKAM(HIJAMA) VS BENIGN PROSTATIC HYPERPLASIA (BPH)Penyakit ini biasa berlaku apabila umur lelaki mencecah 50 tahun. Dal...
13/10/2019

BEKAM(HIJAMA) VS BENIGN PROSTATIC HYPERPLASIA (BPH)

Penyakit ini biasa berlaku apabila umur lelaki mencecah 50 tahun. Dalam BPH, kalenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang. Gejala penyakit ini termasuk kerap buang air kecil terutamanya pada waktu malam, susah untuk bermula membuang air, air kencing menitik pada tahap akhir dan rasa tidak puas setelah habis buang air kecil.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit ini selain usia meningkat adalah sejarah keluarga, penyakit diabetes, obesiti, ketidakseimbangan hormon (samada estrogen/ dihydrotestosterone), insulin-like growth factors & inflammatory markers. Komplikasi BPH termasuk infeksi salur kencing, batu karang dan kerosakan pundi kencing dan buah pinggang. BPH dirawat dengan menggunakan ubat seperti 'alpha blockers' yang mengurangkan ketegangan otot, dan '5 alpha reductase inhibitors', yang mengurangkan saiz kalenjar prostat. Doktor mungkin juga akan menasihatkan pembedahan untuk merawat BPH.

Bekam boleh menjadi rawatan alternatif berdasarkan kepada beberapa teori mekanismenya & penyebab² tertentu penyakit ini. Pertama: bekam menyingkirkan mediator² radang yang menyebabkan proliferasi sel²/tisu² prostat. Ini boleh mengurangkan pembengkakan yang menekan pundi & saluran kencing. Kedua: bekam menyingkirkan lebihan hormon samada estrogen atau dehydrotestosterone yg menyumbang kpd pembengkakan prostat. Ketiga: penyingkiran sejumlah insulin-like hormone growth factor yg biasanya tinggi dlm kes BPH juga boleh membantu mengurangkan gejala & mengawal BPH. Ke-4: Pembekaman pada bhg sakrum kiri & kanan boleh melonggarkan otot menegang yg selalunya menyumbang kpd patogenesis (permulaan & perkembangan) BPH. Ke-5: stimulasi hipotalamus & kelenjar pituitori dlm memproduksi lebih endorphin juga boleh mengurangkan stress yg selalunya boleh menyebabkan kekerapan buang air kecil atau keinginan utk buang air kecil.

Medic Sabri

Ref:

1. Estrogen in the etiopathogenesis of BPH
Wells E Farnsworth
The Prostate 41 (4), 263-274, 1999

2. BPH: new guidelines based on symptoms and patient preference. The Agency for Health Care Policy and Research.
RG Roberts
Geriatrics 49 (7), 24-31, 1994

3. Androgen supplementation causes BPH
Jon L Pryor
Pharmacology, Biology, and Clinical Applications of Androgens: Current Status and Future Prospects, 111, 1996

4. Pathophysiology of clinical benign prostatic hyperplasia.
Ellen Shapiro, Herbert Lepor
The Urologic clinics of North America 22 (2), 285-290, 1995

5. Pathophysiology, epidemiology, and natural history of benign prostatic hyperplasia
Herbert Lepor
Reviews in urology 6 (Suppl 9), S3, 2004

BEKAM PADA ODEMA (BENGKAK AIR)  ADALAH KONTRAINDIKASI Apakah sebenarnya odema? Odema adalah pengumpulan lebih banyak cec...
12/10/2019

BEKAM PADA ODEMA (BENGKAK AIR) ADALAH KONTRAINDIKASI

Apakah sebenarnya odema? Odema adalah pengumpulan lebih banyak cecair pada tisu (ruang interstitial) bahagian tubuh badan tertentu seperti kaki disebabkan samada oleh jangkitan kuman, kecederaan, berdiri terlalu lama, ubatan tertentu seperti steroid, masalah jantung, masalah ginjal, masalah hati, kerosakan nodus limfa dsbnya. Pengumpulan lebih banyak cecair berlaku apabila kadar tapisan pada arteri meningkat ("artery leaking"), peningkatan tekanan hidrostatik pada arteri, peningkatan tekanan onkotik pada cecair interstitial (peningkatan kadar protein) dan penurunan tekanan onkotik pada penghujung kapilari vena. Pengumpulan lebih cecair pada tisu menyebabkan kulit menjadi kurang anjal utk membolehkan penyedutan kulit dilakukan. Memandangkan tahap penyedutan rendah (tekanan negatif rendah), pergerakan CPS drp hujung kapilari arteri ke ruang interstitial juga mungkin tidak atau kurang berlaku. Jika dipaksa penyedutan dikhuatiri boleh merosakkan tisu dan pembuluh² darah pada area yg dibekam. Oleh sebab itulah pembekaman pda bhg yg mengalami odema adalah kontraindikasi. Sebagai pilihan munasabah, penbekaman boleh dilakukan pada bahagian kulit yg normal seperti pada poin² sunah atau berdekatan pada poin² keluhan (dlm radius 10cm) selain utk mengadakan pelbagai tindakbalas² biokimia bersifat terapeutik, ia juga adalah untuk menyingkirkan bahan² punca penyakit(CPS) yg menyumbang kepada patogenesis penyakit tertentu sehingga menimbulkan gejala² seperti odema.

Medic Sabri

Ref:

Causes and treatment of oedema in patients with heart failure
Andrew L Clark, John GF Cleland
Nature Reviews Cardiology 10 (3), 156, 2013

Oedema associated with risperidone
Lut Tamam, Nurgul Ozpoyraz, Mehmet Unal
Clinical drug investigation 22 (6), 411-414, 2002

Idiopathic Oedema-A Lesson in Differential Diagnosis
M Ramanathan
MEDICAL JOURNAL OF MALAYSIA 49, 285-288, 1994

27/09/2019

Dari Usman bin Affan ra, ia berkata, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang laki-laki yang mengeluhkan kedua matanya sakit ketika dia sedang ber ihram. Kemudian Nabi SAW berkata, "Balutlah kedua matamu dengan aloe vera (lidah buaya)". (HR. Muslim).

Tanaman lidah buaya dalam bahasa Inggris disebut aloe vera.
Nama ini berasal dari bahasa Arab, ALOEH yang artinya zat pahit yang mengkilap.
Nama latinnya adalah Aloe Barbadensis Milleer.

Bangsa Mesir Kuno memanfaatkan lidah buaya sebagai bahan baku kosmetik dan pelembap kulit sejak 1.500 SM.
Mereka menjulukinya sebagai tanaman keabadian.
Sedangkan bangsa Samaria memakai lidah buaya untuk obat sejak 1.750 SM.
Begitu juga dengan orang-orang kuno di India, Yunani, Cina dan Romawi, mereka telah menggunakan tanaman lidah buaya ini dalam kehidupan mereka.

"Daging" daun lidah buaya mengandung banyak nutrisi, antara lain asam amino, antrakuinon, enzim, hormon, mineral, asam salisilat, sterol, gula dan vitamin.
Karenanya tidaklah heran bila tanaman ini dimanfaatkan sebagai bahan baku industri farmasi (obat), kosmetik, makanan, minuman dan kesehatan.

Lidah Buaya atau Aloe Vera bersifat sukulen (banyak mengandung air) dan banyak mengandung getah atau lendir (gel) sebagai bahan baku obat.

Lidah buaya juga tahan terhadap kekeringan karena di dalam daun banyak tersimpan cadangan air yang dapat dimanfaatkan pada waktu kekurangan air.

Bentuk daunnya menyerupai pedang dengan ujung meruncing, permukaan daun dilapisi lilin dengan duri lemas disepanjang pinggirnya.

Untuk pertumbuhannya tanaman ini menghendaki tanah yang subur dan gembur di bagian atasnya.

Berkhasiat sebagai obat cacing, luka bakar, bisul, luka bernanah, amandel, sakit mata, keseleo, kosmetik, anti jerawat dll.

Bagian yang dipakai sebagai obat adalah daun, bunga dan akar.

Pemanfaatan untuk :
1. Sakit kepala, pusing.
2. Sembelit (Constipation).
3. Kejang pada anak, kurang gizi (Malnutrition).
4. Batuk rejan (Pertussis), muntah darah.
5. Kencing manis (DM), wasir.
6. Peluruh haid.
7. Penyubur rambut.

Sifat kimiawi dan efek farmakologis :
Rasa pahit, dingin, anti radang, pencahar (laxative) dan parasitiside.

Herba ini masuk ke meridian jantung, hati dan pankreas.

Kandungan Kimia: Aloin, barbaloin, isobarbaloin, aloe-emodin, aloenin dan aloesin.

Resep Lidah Buaya.

1. Penyubur rambut.
Daun lidah buaya segar secukupnya dibelah, diambil bagian dalam yang rupanya seperti agar-agar, digosokkan ke kulit kepala sesudah mandi pada sore hari kemudian dibungkus dengan kain, bilaslah pada ke esokan harinya (pagi hari).
Lakukan setiap hari selama +/- 3 bulan untuk hasil yang maksimal.

2. Luka terbakar atau tersiram air panas (yang ringan).
Cara pengobatan :
Daun dicuci bersih, ambil bagian dalamnya, tempelkan pada bagian tubuh yang terkena api / air panas.

3. Bisul.
Cara pengobatan :
Daun dilumatkan ditambah sedikit garam, tempelkan pada bisulnya.

4. Kencing manis (DM).
Satu batang lidah buaya dicuci bersih, dibuang durinya, dipotong-potong seperlunya kemudian rebus dengan 3 gelas air sampai menjadi 1,5 gelas.
Bagi 3 dan minum sehari 3 X 1 @ 1/2 gelas, setelah makan.

5. Batuk Rejan.
Daun sekitar 15-18 cm direbus kemudian ditambah gula lalu diminum.

6. Syphilis.
Bunga ditambah daging, direbus, kemudian diminum airnya.

7. Cacingan, susah buang air kecil.
15 gram sampai 30 gram akar kering lidah buaya direbus lalu minum airnya.

8. Luka terpukul, luka dalam.
10 gram sampai 15 gram bunga kering lidah buaya direbus lalu minum airnya.

9. Kencing Darah.
15 gram daun lidah buaya diperas airnya tambahkan 30 gram gula dan air beras secukupnya, kemudian minum.

10. Wasir.
1/2 batang daun lidah buaya dihilangkan duri durinya, cuci bersih lalu parut. Tambahkan 1/2 cangkir air matang dan 2 sdm madu, aduk, saring kemudian minum 3 X 1.

11. Sembelit.
1/2 batang daun lidah buaya dicuci, buang kulit dan durinya isinya dicincang, lalu diseduh dengan 1/2 cangkir air panas dan tambahkan 1 sdm madu, makan selagi hangat 2 X 1.

Semoga bermanfaat ... by thabib shony

27/09/2019

BEKAM VS ARTHRITIS

ARTRITIS adalah suatu kondisi peradangan pada sendi yg ditandai dengan kesakitan, kekakuan, pembengkakan, pembatasan pergerakan dsbnya. Terdapat 2 jenis penyakit artritis yang biasa berlaku iaitu Rheumatoid Arthritis(RA) & Osteoarthritis(OA). RA adalah kerosakan tulang rawan yg disebabkan oleh serangan sistem imun kpd kapsul sendi menyebabkan membran sinovial bengkak atau mengalami radang. Manakala penyakit Osteoarthritis adalah kerosakan pada tulang rawan ("wear & Tear") akibat jangkitan kuman atau kecederaan menyebabkan hujung kedua² tulang bergeseran antara satu saya lain sehingga menimbulkan kesakitan yg teruk dan membataskan pergerakan.

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan di Majeedia Hospital, Jamia Hamdardand Regional Research Institute, Okhla, New Delhi keatas 30 orang pesakit artritis. Mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan iaitu Kumpulan pertama (kawalan: makan ubat) terdiri daripada 10 orang & Kumpulan kedua (intervensi/ujian) terdiri daripada 20 orang, hanya menjalani terapi bekam sahaja. KEPUTUSAN selepas 28 hari: Pengurangan kesakitan amat ketara dlm Kumpulan Ujian (bekam) iaitu 53% berbanding Kumpulan kawalan cuma 19% pembaikan dengan kebolehpercayaan 95% (p=

ASSALAMUALAIKUM BERMINAT DAN SEDANG MENCARI PENJAGA ANDA DALAM PANTANG..BOLH BOOKING SLOT.
19/09/2019

ASSALAMUALAIKUM BERMINAT DAN SEDANG MENCARI PENJAGA ANDA DALAM PANTANG..BOLH BOOKING SLOT.

ALHAMDULILLAH SELESAI URUTAN IBU DALAM PANTANG DAN BAYI SELAMA 7 HARI
12/09/2019

ALHAMDULILLAH SELESAI URUTAN IBU DALAM PANTANG DAN BAYI SELAMA 7 HARI






YANG BERMINAT BOLH CALL/ WASSUP  HARGA KAMI LAIN DARI YANG LAIN HARGA PASTI MAMPU MILIK
11/09/2019

YANG BERMINAT BOLH CALL/ WASSUP HARGA KAMI LAIN DARI YANG LAIN HARGA PASTI MAMPU MILIK

ASSALAMUALAIKUM ADA YANG MENCARI PERAWAT BEKAM WANITA.INSYALLAH SAYA MASIH MERAWAT TETAPI JADUAL AGAK PADAT DAGN URUTAN ...
10/09/2019

ASSALAMUALAIKUM ADA YANG MENCARI PERAWAT BEKAM WANITA.INSYALLAH SAYA MASIH MERAWAT TETAPI JADUAL AGAK PADAT DAGN URUTAN BERSALIN.

04/09/2019

BERDASARKAN TEORI BEKAM (HIJAMA) MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI, BERUPAYAKAH BEKAM MENGAWAL HIV?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus iaitu sejenis virus yg berupaya melemahkan sistem pertahanan tubuh dengan menyerang & melemahkan sel darah putih lymphocyte T Helper(CD4) atau T Helper Cell. CD4 berfungsi sebagai penghantar signal kepada agen² imun yg lain termasuk CD8 & memulakan serangan awal. HIV melemahkan & "memperalatkan" CD4 sebagai "mesin pembiak" yg berupaya melipatgandakan populasinya seterusnya menurunkan tahap kekuatan sistem pertahanan tubuh.

Sebenarnya belum ada satu pun kajian saintifik menunjukkan bahawa bekam berupaya "mengawal" HIV dengan efisien. Kita mungkin ada mendengar beberapa testimoni namun seperti biasa testimoni mempunyai sejumlah bias berbanding kajian saintifik. Lupakan sementara tentang kajian saintifik atau testimoni, kita lihat dulu tentang KEMUNGKINAN bekam berupaya "mengawal" HIV berdasarkan teori bekam meningkatkan sistem imunisasi melalui peningkatan populasi limfosit T, sel NK & macrophage kesan sakrifasi atau radang.

Kajian yg oleh Wahyudi et al 2014 & 2017 keatas 20 org yg dilakukan bekam menunjukkan peningkatan berlipatganda populasi limfosit T, sel NK dan macrophage. Peningkatan sel² darah putih pembunuh ini secara logiknya mungkin boleh mengurangkan populasi HIV seterusnya menghalang penggunaan berterusan CD4 sebagai "mesin pembiak" oleh HIV. Peningkatan tahap biasa populasi agen² imun ternyata kurang berkesan apabila berdepan dengan virus yg begitu kuat & "bijak". Peningkatan berlipatkali ganda CD4, sel NK & macrophage serta penyingkiran sejumlah CD4 yg dijangkiti melalui bekam (hijama) mungkin berupaya menghentikan atau setidaknya mengurangkan "pembiakan berleluasa" HIV. Semoga akan ada satu kajian saintifik yg kukuh boleh membuktikan bahawa teori peningkatan imunisasi oleh bekam itu adalah benar dan terpakai utk "mengawal" HIV!. Wallahualam.

Medic Sabri

Ref:

HIV-specific CD8+ T cells produce antiviral cytokines but are impaired in cytolytic function
Victor Appay et al :
Journal of Experimental Medicine 192 (1), 63-76, 2000

Address

Johor Bahru

Telephone

0177234226

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Ladies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share