06/06/2026
TAHNIAH PENERIMA PINGAT DAN DARJAH KURNIAAN SULTAN IBRAHIM
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), YB Dato’ Haji Nasri bin Md Ali serta seluruh warga kerja JAINJ merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada empat penerima daripada keluarga besar JAINJ yang telah menerima Pingat dan Darjah Kurniaan Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Penerima yang diraikan ialah:
• YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
• As-Syeikh Tuan Haji Nujaimi bin Muhamad, Kadi Daerah Kota Tinggi – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
• As-Syeikh Tuan Haji Amir bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kluang – Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP)
• As-Syeikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena Majlis Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat bagi Daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing yang berlangsung pada 6 Jun 2026 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang amat bermakna atas jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam memperkukuh pentadbiran Islam serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan ummah di Negeri Johor.
Semoga kurniaan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, integriti dan kecemerlangan demi memartabatkan syiar Islam serta menyumbang kepada kemajuan Negeri Johor.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan dan kurniaan yang dianugerahkan.
Daulat Tuanku.