12/08/2026
Pontian bakal meriah dengan warna-warni seni, budaya dan warisan Johor!
Jom luangkan hujung minggu anda di Jelajah Pentas Seni Johor 2026 x Festival Rumpun Bugis Johor pada 22 & 23 Ogos 2026 di Perkarangan Rumah Bugis Daing Haddadek Sri Salewangeng, Tanjung Piai, Pontian.
Dua hari penuh dengan pengalaman menarik menanti anda! Saksikan keunikan persembahan kebudayaan, kemeriahan pertandingan jong, pameran warisan dan kraftangan serta nikmati pelbagai sajian gastronomi tempatan yang mengetengahkan identiti dan keistimewaan Pontian.
Lebih daripada sebuah festival, inilah ruang untuk kita mengenali, menikmati dan bersama-sama menghidupkan warisan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Jangan lupa nantikan kemuncak acara menerusi Majlis Perasmian dan Persembahan Pentas Seni Johor pada 22 Ogos 2026, jam 8.00 malam.
Ajak keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di Pontian!
Warisan Kita, Identiti Kita.