Tourism Johor

Tourism Johor The Official Facebook Tourism Johor
(2)

Follow Tourism Johor;
page : Tourism Johor
Instagram : .johor
Twitter :
YouTube Channel : Tourism Johor
TikTok :

๐—™๐—”๐— ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ฃ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ: ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—›๐—˜๐—ก๐—œ๐—–๐—ฆ ๐—–๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJOHOR BAHRU, 7 September 2026 ...
07/09/2026

๐—™๐—”๐— ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ฃ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ: ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—›๐—˜๐—ก๐—œ๐—–๐—ฆ ๐—–๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

JOHOR BAHRU, 7 September 2026 โ€“ Tourism Johor menganjurkan lawatan famtrip bersama atlet elit dari 11 buah negara yang menyertai Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026.

Lawatan ini membawa peserta ke beberapa lokasi pelancongan sekitar Johor Bahru termasuk Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Zero Kilometre (0 KM) of Peninsular Malaysia, Danga Park, Eco Tourism Kampung Sungai Melayu, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Muzium Tokoh Johor.

Program ini memberi peluang kepada peserta antarabangsa mengenali tarikan pelancongan, warisan dan sejarah Johor dengan lebih dekat, di samping menjadi salah satu usaha mempromosikan negeri sempena Tahun Melawat Johor 2026.


๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‘ ๐๐€๐“๐“๐‹๐„๐’: ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐’๐“๐‡๐„๐๐ˆ๐‚๐’ ๐‚๐‡๐€๐Œ๐๐ˆ๐Ž๐๐’๐‡๐ˆ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Telah berlangsung kejohanan Johor Bar Battles: Asia Calisthenics C...
05/09/2026

๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‘ ๐๐€๐“๐“๐‹๐„๐’: ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐’๐“๐‡๐„๐๐ˆ๐‚๐’ ๐‚๐‡๐€๐Œ๐๐ˆ๐Ž๐๐’๐‡๐ˆ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Telah berlangsung kejohanan Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 bertempat di Taman Kalistenik, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru.

Kejohanan berprestij ini menyaksikan penyertaan atlet-atlet elit dari 11 buah negara yang mempamerkan aksi pertarungan gaya bebas (freestyle), teknik pegangan graviti serta kelincahan di atas bar.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta, serta terima kasih kepada para pengunjung yang hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung.

05/09/2026
A day in Batu Pahat๐Ÿ˜†
04/09/2026

A day in Batu Pahat๐Ÿ˜†

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐’๐“๐„๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐”! Persatuan Calisthenics Johor buat julung kalinya bakal menganjurkan k...
04/09/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐’๐“๐„๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐”!

Persatuan Calisthenics Johor buat julung kalinya bakal menganjurkan kejohanan Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 bertempat di TMIYC Johor Bahru.

Acara berprestij ini bakal menghimpunkan atlet-atlet elit dari 11 buah negara yang akan mempertunjukkan bakat, kekuatan serta kelincahan mereka bagi merebut gelaran juara dan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah RM6,900.

Pengunjung yang hadir bakal menyaksikan pelbagai aksi menarik termasuk pertarungan gaya bebas (freestyle), pusingan dinamik di udara, serta teknik pegangan graviti yang memukau.

Maklumat Acara:

๐Ÿ“ Lokasi: Taman Kalistenik, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 5 September 2026

๐ŸŽŸ๏ธ Kemasukan: Percuma untuk semua pengunjung

Kejohanan ini diiktiraf secara rasmi oleh World Calisthenics Organization (WCO) serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Barisan Juri Penilai:

โญ๏ธ Jay Chris

โญ๏ธ Jasmina Svilenova

โญ๏ธ Daรฏ-Long Huynh ๅคง้พ้ป„

Orang ramai serta peminat sukan tempatan dijemput hadir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bagi meriahkan suasana serta memberikan sokongan padu kepada para peserta.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ๐ˆ๐‚ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ ๐€๐’๐’๐Ž๐‚๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‰๐ˆ๐“๐€) ๐Š๐„ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘Pertubuhan Pelancongan Islam Negeri Johor atau...
03/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ๐ˆ๐‚ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ ๐€๐’๐’๐Ž๐‚๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‰๐ˆ๐“๐€) ๐Š๐„ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Pertubuhan Pelancongan Islam Negeri Johor atau Johor Islamic Tourism Association (JITA) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah serta kepimpinan Tourism Johor.

Sesi ini bertujuan memperkenalkan peranan dan inisiatif JITA, selain menjadi platform pertemuan bersama agensi serta pemain industri pelancongan tempatan.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kolaborasi, perkongsian idea dan pengukuhan jaringan industri dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan mesra Muslim dan patuh syariah di Johor.

Kerjasama strategik seperti ini diharap dapat memperkaya penawaran produk pelancongan Johor serta menjadikan negeri ini destinasi yang lebih inklusif dan mesra kepada pelancong Muslim.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•3 September 20...
03/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

3 September 2026 โ€“ Tourism Johor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Industri Pelancongan Johor bagi membincangkan perancangan awal serta strategi kempen Tahun Melawat Johor 2027.

Perancangan ini dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk memperkukuh sektor pelancongan serta memastikan Johor terus menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, pendekatan yang lebih bersepadu dan strategik melalui kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan pelancongan serta pemain industri akan terus diperkukuhkan.

Melalui kolaborasi yang erat, pelbagai idea, produk dan inisiatif pelancongan dapat dirangka bagi memastikan kempen Tahun Melawat Johor 2027 lebih berimpak, tersusun dan mampu memberikan pengalaman terbaik kepada para pelancong.

[KEMASKINI]๐Ÿ“ข PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TOURISM JOHOR ๐Ÿ’ผPihak Tourism Johor ingin menjemput warganegara Malaysia atau raky...
03/09/2026

[KEMASKINI]

๐Ÿ“ข PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TOURISM JOHOR ๐Ÿ’ผ

Pihak Tourism Johor ingin menjemput warganegara Malaysia atau rakyat Negeri Johor Darul Taโ€™zim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan Yang Ditawarkan:

๐Ÿ”น Penolong Pegawai Tadbir (Gred N5)

๐Ÿ”น Pembantu Khidmat Am (Gred H1)

๐Ÿ“… Tarikh Permohonan:

Tarikh Buka: 01 September 2026
Tarikh Tutup: 15 September 2026

๐Ÿ“ฒ Permohonan & Syarat Lantikan:

Calon yang berminat boleh mengimbas Kod QR pada poster atau klik pautan Google Drive di bawah untuk memuat turun borang permohonan serta menyemak syarat-syarat lantikan secara terperinci:

๐Ÿ‘‰ https://drive.google.com/file/d/1C1inResqCQXqTHc9-FVcY0FFHijharvH/view?usp=drivesdk

๐Ÿ“Alamat Penghantaran Borang:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat:

TOURISM JOHOR

Aras 3-24, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC),
No. 2, Jalan Ayer Molek,
80888 Ibrahim International Business District,
Johor Darul Taโ€™zim.

[ KEMASKINI-SEPTEMBER EDITION ]Kalendar Acara Tahun Melawat Johor 2026Pelbagai program dan aktiviti menarik telah disusu...
03/09/2026

[ KEMASKINI-SEPTEMBER EDITION ]

Kalendar Acara Tahun Melawat Johor 2026
Pelbagai program dan aktiviti menarik telah disusun sepanjang tahun ini. Jom rancang percutian dari sekarang dan nikmati pengalaman yang istimewa di Johor!


Address

TOURISM JOHOR , ARAS 3-24, PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR, NO 2 Jalan AYER MOLEK, IBRAHIM INTERNATIONAL BUSINESS DISTRICT
Johor Bahru
80888

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6072249960

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tourism Johor:

Shortcuts

Share