Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Laman Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Laman Sesawang Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Johor, dikawalselia oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan ICT@Johor

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡  ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐ƒ๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐“๐€'๐™๐ˆ๐Œ (๐๐ƒ๐“)Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha Bin Datoโ€™ Abd Kadir, S...
03/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐ƒ๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐“๐€'๐™๐ˆ๐Œ (๐๐ƒ๐“)

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha Bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah hadir Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta'zim (PDT) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd Jafni Shukor; serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, YB Tuan Lee Ting Han. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Tuan Haji Ahmad Nazir Bin Mohd Nasir dan Presiden & Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato' Haji Ramlee Bin Haji A Rahman; serta barisan pengurusan kanan PDT.

Mesyuarat berkala ini menjadi platform strategik dalam memantau prestasi kewangan, merencana hala tuju pelaburan syarikat, serta memastikan tadbir urus korporat kendalian anak syarikat Kerajaan Negeri sentiasa dilaksanakan secara cekap, telus, dan berimpak tinggi.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐€๐“๐‘๐ˆ๐Ž๐“๐ˆ๐’๐Œ๐„ ๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘: ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin ...
31/08/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐€๐“๐‘๐ˆ๐Ž๐“๐ˆ๐’๐Œ๐„ ๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘: ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah hadir mengiringi Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bagi menjayakan Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Dataran Tanjung Emas, Muar, hari ini.

Keterujaan dan semangat patriotisme yang membara jelas terbukti menerusi penyertaan sebanyak 141 kontinjen yang merangkumi pelbagai jabatan kerajaan, badan beruniform, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pendidikan, pameran aset negara, serta persembahan pancaragam.

Sokongan padu ribuan rakyat Bangsa Johor yang membanjiri Dataran Tanjung Emas mencerminkan keutuhan perpaduan, semangat kebersamaan, dan kebanggaan yang mendalam terhadap tanah air, sekali gus menzahirkan iltizam jentera pentadbiran negeri untuk terus melangkah kukuh memacu kemakmuran dan kedaulatan Negeri Johor.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ— diucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia, khususnya buat sekalian Ban...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ— diucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia, khususnya buat sekalian Bangsa Johor yang dicintai.

Hari Kebangsaan merupakan detik bersejarah bagi kita menghayati iktibar perjuangan para pahlawan dan negarawan terdahulu, di samping memperkukuh tekad untuk memelihara kedaulatan, keamanan, serta kemerdekaan yang telah dikecapi sekian lama.

Sebagai tiang seri pentadbiran, seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Johor diseru untuk terus memegang teguh prinsip amanah, integriti, dan kecekapan berteraskan semangat kebersamaan. Perpaduan dan muafakat yang utuh sesama rakyat adalah kunci utama dalam memacu kemajuan fizikal serta ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga Malaysia dan Negeri Johor sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT, kekal berdaulat, maju, serta makmur sepanjang zaman.

"๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข"

Ikhlas daripada:
๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐‘๐ข๐๐ก๐š ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐€๐›๐ ๐Š๐š๐๐ข๐ซ
Setiausaha Kerajaan Johor

๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐€๐’๐€ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐€๐•๐ˆ๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed R...
30/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐€๐’๐€ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐€๐•๐ˆ๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah hadir lawatan rasmi ke Pavilion Johor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

Kehadiran Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang turut diiringi isteri, Yang Dihormati Datin Siti Azizah binti Omar, dimanfaatkan sepenuhnya dengan melawat pelbagai lokasi tarikan utama termasuk Laman Sayur, Laman Florikultur, serta Laman Jagung dan Bawang.

Penglibatan Pavilion Johor pada edisi kali ini menampilkan kira-kira 24 reruai khas yang menggabungkan peranan agensi kerajaan dan penggiat industri dalam memperagakan keunggulan produk tempatan, teknologi inovatif, serta potensi besar sektor pertanian, agromakanan, hortikultur dan agropelancongan Negeri Johor.

Sokongan moral yang dizahirkan menerusi kunjungan ini memberi dorongan tinggi buat para usahawan dan pemain industri tempatan untuk mempromosikan keupayaan Johor di peringkat kebangsaan, sekali gus membuka jangkauan pasaran yang lebih luas, jalinan usahasama strategik, serta peluang pertumbuhan ekonomi baharu.

Majlis Perasmian Pavilion Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md. Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, yang mewakili Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut sama mengiringi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Tuan Sahrihan Jani, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

Penglibatan aktif Negeri Johor di platform MAHA 2026 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mampankan keterjaminan makanan, mengupayakan usahawan Johor, dan memastikan hasil agromakanan negeri sentiasa berdaya saing di arena nasional.

Johor terus komited bukan sekadar sebagai pengeluar, malah menjadi penggerak utama dalam memajukan sumber asas tani demi keterjaminan makanan dan kemakmuran ekonomi masa depan.







ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐’๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐ŸJOHOR BAHRU | Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha ...
28/08/2026

๐’๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ

JOHOR BAHRU | Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor telah menghadiri Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Sambutan Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke-61 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dan turut dihadiri Leftenan Jeneral Datoโ€™ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat, bersama barisan kepimpinan serta warga Rejimen Gerak Khas.

Majlis Santapan Malam Rejimental merupakan antara tradisi tahunan RGK yang sarat dengan nilai dan signifikan dalam memperkukuh semangat ๐‘’๐‘ ๐‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘ก ๐‘‘๐‘’ ๐‘๐‘œ๐‘Ÿ๐‘๐‘ , setiakawan serta kebersamaan dalam kalangan pegawai dan warga Gerak Khas.

Majlis ini turut menjadi medan untuk meraikan pencapaian dan jasa warga RGK, di samping meneruskan warisan kecemerlangan, keberanian, disiplin serta dedikasi kepada generasi baharu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Selamat Ulang Tahun Ke-61 Rejimen Gerak Khas. Semoga terus unggul, disegani dan teguh berbakti demi tanah air tercinta.

๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฌ.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐Œ๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘: ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐“๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€...
26/08/2026

๐Œ๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘: ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐“๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baharu, Yang Berbahagia Dato' Mohd Radhi Chu bin Abdullah, bersama delegasinya bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.

Pertemuan rasmi ini menjadi platform penting dalam memantapkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, terutamanya dalam aspek pengurusan sumber hutan secara mampan, pemeliharaan khazanah alam, serta penguatkuasaan perundangan perhutanan di Negeri Johor.

Melalui sinergi berterusan ini, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan pesat dan kelestarian alam sekitar sentiasa dipelihara demi kesejahteraan Bangsa Johor serta generasi akan datang.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐Œ๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š: ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐‰๐๐๐‡) ๐Š๐„๐...
26/08/2026

๐Œ๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š: ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐‰๐๐๐‡) ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Johor yang baharu, Encik Yusneta bin Idon, bersama barisan kepimpinan JPPH di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.

Kunjungan rasmi ini bertujuan memantapkan hubungan kerja dan persefahaman strategik antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan JPPH Negeri Johor. Sesi perbincangan merangkumi pelbagai aspek penting penandaaraskan pasaran hartanah, pengurusan dan penilaian aset awam, serta penjimatan sumber melalui integrasi data penilaian bagi menyokong perancangan pembangunan fizikal dan ekonomi Negeri Johor yang berterusan.

Kerajaan Negeri sentiasa komited menyokong kepimpinan baharu JPPH Negeri Johor dan mengharapkan jalinan kerjasama ini terus memacu kecekapan penyampaian perkhidmatan demi manfaat serta kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin...
25/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 2026M bersamaan 1448 Hijrah bertempat di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, hari ini.

Majlis yang penuh keberkatan ini menjadi platform utama buat umat Islam, khususnya Bangsa Johor di daerah Batu Pahat, untuk bersama-sama menyemarakkan rasa kecintaan serta mengagungkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerusi alunan selawat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan pengisian syarahan maulidurasul.

Semoga majlis sambutan yang mulia ini mendapat ganjaran rahmat daripada Allah SWT serta menyuntik semangat buat seluruh penjawat awam dan masyarakat untuk meneladani sifat amanah, integriti, dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘š๐‘š๐‘Ž ๐‘†โ„Ž๐‘œ๐‘™๐‘™๐‘– '๐ด๐‘™๐‘Ž ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ฆ๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐‘€๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘Ž๐‘‘ ๐‘Š๐‘Ž '๐ด๐‘™๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘– ๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ฆ๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐‘€๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘Ž๐‘‘.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘Seluruh warga ...
24/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta barisan Perkhidmatan Awam Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Yang Berhormat Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Datoโ€™ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, sempena ulang tahun kelahiran beliau pada hari ini, 25 Ogos 2026 bersamaan 12 rabiulawal 1448 Hijrah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepimpinan berwawasan, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta komitmen tinggi Yang Berhormat Dato' dalam memacu kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri dan memelihara kesejahteraan Bangsa Johor.

Mendoakan semoga Allah SWT senantiasa mengurniakan rahmat, kesihatan yang berpanjangan, perlindungan, kebijaksanaan, dan kekuatan kepada Yang Berhormat Dato' untuk terus menerajui Perkhidmatan Awam Negeri Johor ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

๐‘†๐‘Ž๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐ป๐‘’๐‘™๐‘ค๐‘Žโ„Ž ๐‘Š๐‘Ž ๐ต๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐น๐‘– ๐‘ˆ๐‘š๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜.

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya buat sekalian Bang...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya buat sekalian Bangsa Johor.

Hari yang penuh keberkatan ini merupakan detik terbaik untuk kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati iktibar daripada perjuangan serta kepimpinan baginda yang tiada tolok bandingnya.

Sebagai penjawat awam dan warganegara, marilah kita bersama-sama menjadikan sunnah dan keperibadian Rasulullah SAWโ€”terutamanya sifat amanah, berintegriti, adil, dan berwawasanโ€”sebagai teras utama dalam menyempurnakan tugasan seharian serta memperkukuh tadbir urus perkhidmatan awam Negeri Johor.

Semoga penghayatan ini terus menyemarakkan perpaduan, memupuk ketaatan, dan membawa keberkahan yang berpanjangan buat Negeri Johor yang kita cintai ini.

Ikhlas daripada,
๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐‘๐ข๐๐ก๐š ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐€๐›๐ ๐Š๐š๐๐ข๐ซ
Setiausaha Kerajaan Johor

ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar
Johor Bahru
79503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072666070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share