Kolej Komuniti Pagoh

Kolej Komuniti Pagoh Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š ๐–๐€๐…๐…๐‹๐„ & ๐ˆ๐๐’๐“๐€๐๐“ ๐‘๐Ž๐“๐ˆ ๐๐Ž๐˜ ๐…๐Ž๐‘ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’๐Ÿ“… Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)๐Ÿ‘ฅ Bilangan Peserta: 16 orang๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Tenaga Penga...
15/06/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š ๐–๐€๐…๐…๐‹๐„ & ๐ˆ๐๐’๐“๐€๐๐“ ๐‘๐Ž๐“๐ˆ ๐๐Ž๐˜ ๐…๐Ž๐‘ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ‘ฅ Bilangan Peserta: 16 orang
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Tenaga Pengajar: Puan Masithah Binti Jasman
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Pensyarah Pembantu: Puan Junita Binti Sha'ari

Kursus Pendek Waffle & Instant Roti Boy For Kids telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2026 (Ahad) dengan penyertaan seramai 16 orang kanak-kanak. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan waffle dan instant roti boy melalui sesi penerangan dan amali yang menyeronokkan.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta berpeluang mempelajari cara menyediakan adunan, menggunakan peralatan dengan betul serta menghasilkan produk mereka sendiri. Kanak-kanak menunjukkan minat yang tinggi, aktif mengambil bahagian dalam setiap aktiviti dan sangat teruja melihat hasil masakan yang berjaya dihasilkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Masithah Binti Jasman selaku tenaga pengajar dan Puan Junita Binti Sha'ari selaku pensyarah pembantu atas bimbingan, perkongsian ilmu serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan kursus ini. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada para peserta.

- HARI KEDUA -๐Ÿ“Œ PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PELAJAR TAHFIZ & SEKOLAH PONDOK (PKTP) 2026 | KURSUS PEMBINAAN SISTEM BEKA...
14/06/2026

- HARI KEDUA -

๐Ÿ“Œ PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PELAJAR TAHFIZ & SEKOLAH PONDOK (PKTP) 2026 | KURSUS PEMBINAAN SISTEM BEKALAN KUASA SOLAR MUDAH ALIH BAGI APLIKASI PERTANIAN SERTA KEGUNAAN HARIAN ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi, Tangkak, Johor
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 20 orang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya hari pertama Kursus Pembinaan Sistem Bekalan Kuasa Solar Mudah Alih bagi Aplikasi Pertanian serta Kegunaan Harian anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Pagoh.

Pada sesi hari kedua, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan asas sistem bekaalan kuasa solat. Peserta berpeluang mempelajari mempraktikan serta menguji kaji sistem bekalan kuasa solar fotovoltan, fungsi panel solar serta kepentingan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam kehidupan seharian dan sektor pertanian. Sesi pembelajaran turut disampaikan secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap aplikasi teknologi solar yang praktikal dan mesra alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kursus iaitu Encik Zarulrizam bin Ab Jalil, Pensyarah Diploma Teknologi Solar Fotovoltan, Kolej Komuniti Segamat 2 serta Encik Azizi bin Mohd Zain, Pensyarah Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Batu Pahat atas perkongsian ilmu, pengalaman dan komitmen sepanjang program berlangsung. Penghargaan turut dirakamkan kepada urusetia program iaitu Ustaz Muhd Aidil Syahir bin Samsudin, Penyelaras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Pagoh dan Cik Fariza binti Mohd Hatta, Pegawai Pengambilan Pelajar, Kolej Komuniti Pagoh atas segala usaha, perancangan dan koordinasi yang telah memastikan kelancaran program ini.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada penguasaan kemahiran teknologi hijau dan inovasi dalam kalangan pelajar tahfiz dan sekolah pondok.






- HARI PERTAMA -๐Ÿ“Œ PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PELAJAR TAHFIZ & SEKOLAH PONDOK (PKTP) 2026 | KURSUS PEMBINAAN SISTEM BE...
13/06/2026

- HARI PERTAMA -

๐Ÿ“Œ PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PELAJAR TAHFIZ & SEKOLAH PONDOK (PKTP) 2026 | KURSUS PEMBINAAN SISTEM BEKALAN KUASA SOLAR MUDAH ALIH BAGI APLIKASI PERTANIAN SERTA KEGUNAAN HARIAN ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“… Tarikh: 13 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi, Tangkak, Johor
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 20 orang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya hari pertama Kursus Pembinaan Sistem Bekalan Kuasa Solar Mudah Alih bagi Aplikasi Pertanian serta Kegunaan Harian anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Pagoh. Pada sesi hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan asas pengenalan elektrik dan teknologi panel solar. Peserta berpeluang mempelajari konsep asas bekalan kuasa elektrik, komponen utama sistem solar fotovoltan, fungsi panel solar serta kepentingan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam kehidupan seharian dan sektor pertanian. Sesi pembelajaran turut disampaikan secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap aplikasi teknologi solar yang praktikal dan mesra alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kursus iaitu Encik Zarulrizam bin Ab Jalil, Pensyarah Diploma Teknologi Solar Fotovoltan, Kolej Komuniti Segamat 2 serta Encik Azizi bin Mohd Zain, Pensyarah Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Batu Pahat atas perkongsian ilmu, pengalaman dan komitmen sepanjang program berlangsung. Penghargaan turut dirakamkan kepada urusetia program iaitu Ustaz Muhd Aidil Syahir bin Samsudin, Penyelaras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Pagoh dan Puan Faridah binti Merjoh, Pensyarah SFP Kolej Komuniti Pagoh atas segala usaha, perancangan dan koordinasi yang telah memastikan kelancaran program ini.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada penguasaan kemahiran teknologi hijau dan inovasi dalam kalangan pelajar tahfiz dan sekolah pondok.






06 - 08 JUN 2026 Kolej Komuniti Langkawi. Telah berlangsungnya Program Pemantapan Organisasi Kolej Komuniti Pagoh. Progr...
08/06/2026

06 - 08 JUN 2026 Kolej Komuniti Langkawi. Telah berlangsungnya Program Pemantapan Organisasi Kolej Komuniti Pagoh. Program ini berfokuskan semangat kerja berpasukan dan kerjasama program ini telah dijayakan dengan penglibatan semua warga staf Kolej Komuniti Pagoh.

Warga Kolej Komuniti Pagoh ingin mengucapkan selamat datang kepada Pn. Nur Hafizah Binti Marzuki, Pensyarah Program Siji...
08/06/2026

Warga Kolej Komuniti Pagoh ingin mengucapkan selamat datang kepada Pn. Nur Hafizah Binti Marzuki, Pensyarah Program Sijil Fesyen dan Pakaian.
Semoga kehadiran Puan dapat membawa inspirasi, idea baharu serta menyumbang kepada kecemerlangan program dan pembangunan para pelajar. Selamat menjalankan tugas dan semoga terus sukses dalam mendidik serta mencurahkan ilmu di Kolej Komuniti Pagoh.


๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š ๐‰๐€๐‡๐ˆ๐“๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐“๐Ž๐“๐„ ๐๐€๐†๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)๐Ÿ‘ฅ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง: ๐Ÿ• ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ: ๐“๐ฌ. ๐...
08/06/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š ๐‰๐€๐‡๐ˆ๐“๐€๐ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐“๐Ž๐“๐„ ๐๐€๐†

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)
๐Ÿ‘ฅ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง: ๐Ÿ• ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ: ๐“๐ฌ. ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ

Alhamdulillah, Kursus Pendek Jahitan Kreatif Tote Bag telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 7 Jun 2026 (Ahad) dengan penyertaan seramai 7 orang peserta.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan asas jahitan serta teknik menghasilkan tote bag daripada bahan denim dan lebihan fabrik terpakai (upcycle). Melalui sesi penerangan dan latihan amali, peserta berpeluang mempelajari kaedah pemilihan bahan, penggunaan peralatan jahitan dengan betul serta teknik menghasilkan tote bag yang kreatif, kemas dan berkualiti.
Selain meningkatkan kemahiran jahitan, kursus ini turut memberi kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula dan penggunaan semula bahan terpakai dalam menghasilkan produk yang bernilai serta mesra alam. Penghasilan tote bag daripada denim dan lebihan fabrik bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran tekstil, malah membuka peluang kepada peserta untuk menghasilkan produk kreatif yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Hasil tote bag yang berjaya disiapkan membuktikan kreativiti dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ts. Nursalizah binti Muslim atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang jahitan. Segala tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian yang diberikan telah membantu peserta memahami teknik jahitan dengan lebih berkesan serta menghasilkan produk yang menarik dan berkualiti.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi inspirasi kepada peserta untuk terus berkarya serta mengamalkan konsep kelestarian melalui penggunaan semula bahan terpakai.

Ikuti perkembangan kursus PSH kami di:

Telegram: KK Pagoh https://t.me/KKPagohInfo
Facebook: Kolej Komuniti Pagoh https://www.facebook.com/KKPagoh/










๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐Ž๐‡๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€๐ŸŽ‰ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐’๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐…๐„๐‘๐Ž ๐ŸŽ‰๐Ÿ“ข ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ (๐™...
04/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐Ž๐‡
๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€

๐ŸŽ‰ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐’๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐…๐„๐‘๐Ž ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“ข ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ (๐™๐™š๐™ง๐™๐™–๐™™ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– 21 ๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™จ๐™–๐™๐™–๐™Ÿ๐™–)

โœ… Yuran kursus, tenaga pengajar, bahan, peralatan, sijil penyertaan serta makan dan minum sepanjang kursus adalah ๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐‰๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐”๐‡๐๐˜๐€ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐.

๐Ÿช‘๐ŸŒณ Belajar teknik asas Simen Fero dan hasilkan perabot taman yang kreatif, kemas serta tahan lama.

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ
โœ… 27 Jun 2026 (Sabtu) & 28 Jun 2026 (Ahad)
โœ… 4 Julai 2026 (Sabtu) & 5 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Tempat
Balai Serbaguna Pekan Lenga, Muar, Johor

๐Ÿ‘ฅ ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง
Lelaki / Wanita Warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas
Peserta digalakkan menghadiri keseluruhan sesi kursus

๐ŸŽ ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง
โœ… Sijil Penyertaan
โœ… Makan & Minum
โœ… Bahan dan Peralatan Kursus
โœ… Bimbingan Tenaga Pengajar Berpengalaman

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€

๐Ÿ“ ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง
Sila lengkapkan maklumat pendaftaran melalui pautan berikut:
https://forms.gle/r527ZnUEZYXxdP4K8
atau imbas Kod QR pada poster.

๐Ÿ“ž ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ, ๐ฌ๐ข๐ฅ๐š ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข:
Pn Norazrina โ€“ 012-3676588 https://wa.me/qr/HHRV3T6NMLHXD1
En Aidil โ€“ 019-9179920 https://wa.me/qr/YAYMWOEFS2VBC1






๐Ÿฝ๏ธ KURSUS MASAKAN SEAWEED CHICKEN ROLL FOR KIDS ๐Ÿฝ๏ธ๐Ÿ“… Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 16 orang peserta๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Tenaga ...
04/06/2026

๐Ÿฝ๏ธ KURSUS MASAKAN SEAWEED CHICKEN ROLL FOR KIDS ๐Ÿฝ๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 16 orang peserta
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Tenaga Pengajar: Pn. Nurulhidayah binti Hassan

Kursus pendek ini telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai asas penyediaan makanan secara kreatif, mudah dan menyeronokkan melalui penghasilan Seaweed Chicken Roll.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan bahan, kaedah menggulung serta menghias hidangan dengan cara yang menarik. Aktiviti amali yang dijalankan bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran asas memasak, malah turut memupuk kreativiti, keyakinan diri dan minat terhadap dunia kulinari dalam kalangan peserta.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta penglibatan yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi inspirasi untuk terus meneroka bidang masakan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurulhidayah binti Hassan selaku tenaga pengajar yang telah berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman sepanjang kursus ini berlangsung.

Ikuti perkembangan kami di:

๐Ÿ”น Telegram: KK Pagoh https://t.me/KKPagohInfo
๐Ÿ”น Facebook: Kolej Komuniti Pagoh https://www.facebook.com/KKPagoh/











๐ŸŽจ๐Ÿง’ KURSUS PENDEK ART & CRAFT CREATIVE (FOR KIDS) ๐Ÿง’๐ŸŽจPada 3 Jun 2026 (Rabu), Kolej Komuniti Pagoh telah berjaya melaksanak...
03/06/2026

๐ŸŽจ๐Ÿง’ KURSUS PENDEK ART & CRAFT CREATIVE (FOR KIDS) ๐Ÿง’๐ŸŽจ

Pada 3 Jun 2026 (Rabu), Kolej Komuniti Pagoh telah berjaya melaksanakan Kursus Pendek Art & Craft Creative (For Kids) yang disertai oleh kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni dan kraf kreatif.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Nurulhidayah binti Hassan selaku tenaga pengajar yang telah membimbing para peserta dalam menghasilkan key chain hiasan kreatif menggunakan Air Clay. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta berpeluang mempelajari teknik asas membentuk dan menghias Air Clay dengan cara yang menyeronokkan serta interaktif.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan hasil karya masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja dapat merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, malah membantu meningkatkan koordinasi psikomotor halus, kemahiran motor tangan, fokus serta ketelitian semasa menghasilkan produk kraf.

Hasil karya yang dihasilkan memperlihatkan keunikan dan kreativiti setiap peserta, sekali gus membuktikan bahawa seni dan kraf merupakan medium pembelajaran yang berkesan dalam membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, ibu bapa dan penjaga atas sokongan yang diberikan serta kepada tenaga pengajar yang telah menjayakan kursus ini. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dan menjadi platform untuk mencungkil bakat serta kreativiti generasi

Ikuti perkembangan kami di:
๐Ÿ”น Telegram: KK Pagoh https://t.me/KKPagohInfo
๐Ÿ”น Facebook: Kolej Komuniti Pagoh https://www.facebook.com/KKPagoh/



๐Ÿ“ข KEPENTINGAN INTEGRITI DAN TATAKELOLA ๐Ÿ“ขIntegriti merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang beretika, beramanah ...
03/06/2026

๐Ÿ“ข KEPENTINGAN INTEGRITI DAN TATAKELOLA ๐Ÿ“ข

Integriti merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang beretika, beramanah dan bertanggungjawab. Dalam setiap aspek kehidupan, sama ada di tempat kerja, organisasi mahupun dalam urusan harian, nilai integriti dan tatakelola yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan kepercayaan, ketelusan serta kecemerlangan dapat dikekalkan.

โœจ Kepentingan Integriti:
โœ… Melahirkan individu yang mempunyai prinsip moral dan etika yang tinggi.
โœ… Memelihara imej serta kualiti diri.
โœ… Meningkatkan tadbir urus dan amalan etika dalam organisasi.
โœ… Memupuk nilai amanah dan kejujuran dalam setiap tindakan.
โœ… Membentuk keperibadian serta jati diri yang unggul.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya integriti dalam setiap urusan agar dapat mewujudkan persekitaran yang lebih telus, berakauntabiliti dan berdaya saing.




Address

Jorak

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069736001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share