14/05/2026
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – LARIAN UJIAN KECERGASAN 2.4 KM PERINGKAT IPD JULAU
IPD Julau, Pada 14 April 2026 telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat – Larian Ujian Kecergasan 2.4 KM melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Julau bertempat di perkarangan IPD Julau.
Program ini diadakan bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menggalakkan warga kerja mencapai BMI yang sihat dan berada di bawah paras bacaan 28.
Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah silaturahim serta memupuk semangat setia kawan dalam kalangan seluruh warga IPD Julau.
Program telah berjalan dengan lancar, teratur dan penuh semangat kesukanan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
@