02/01/2026
๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น ๐ง๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ฒ๐ต๐ฒ๐ฟ, ๐๐ป๐ถ ๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น ๐๐ธ๐ผ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป
Kritikan yang mengatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersasar kerana mengumumkan dasar tidak mewajibkan pemakaian tali leher murid sebenarnya mendedahkan satu masalah yang lebih besar, iaitu kegagalan memahami bagaimana reformasi pendidikan sebenar berlaku dalam sistem berskala nasional.
Pendidikan bukan satu isu tunggal. Ia bukan sekadar kurikulum. Ia adalah EKOSISTEM besar yang melibatkan guru, murid dan ibu bapa sebagai pemegang taruh utama, serta bergerak serentak merangkumi kurikulum, kokurikulum dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP). Reformasi yang matang tidak menunggu satu komponen sempurna sebelum yang lain disentuh. Ia bergerak berlapis dan berperingkat.
Pemuda MCA menyentuh isu DLP, STEM, kandungan kurikulum dan beban guru. Semua ini isu besar dan sah. Namun kelemahan utama hujah tersebut ialah andaian bahawa dengan satu pengumuman operasi, KPM telah meninggalkan keseluruhan agenda reformasi besar.
Itu bukan analisis dasar.
Itu andaian politik.
Kesilapan besar pemuda MCA ini ialah cubaan untuk mempolitikkan pendidikan. Pendidikan bukan ruang untuk retorik sempit. Ia adalah tanggungjawab negara yang perlu ditangani secara menyeluruh, berfasa dan berterusan.
Dalam pengurusan sistem pendidikan negara, isu kecil tidak menafikan isu besar, dan isu besar tidak menghalang penambahbaikan lapangan. Kedua-duanya mesti berjalan serentak. Jika setiap keputusan kecil perlu ditangguhkan sehingga semua dasar mega siap, maka itu bukan reformasi, sebenarnya itu kelumpuhan pentadbiran.
Keputusan tidak mewajibkan tali leher bukan simbolik kosong. Ia menyentuh realiti harian sekolah, termasuk soal keselesaan murid dalam iklim panas dan lembap, fokus guru yang tidak lagi terganggu dengan perkara tidak berkaitan PdP, kos ibu bapa yang boleh dielakkan, serta budaya paksaan yang tidak menambah nilai pembelajaran.
Membersihkan gangguan kecil ini membebaskan ruang PdP. Itulah asas pengurusan ekosistem pendidikan yang berfungsi.
Sambil pihak tertentu mempersoalkan satu isu kecil, beban sebenar sistem sedang ditangani secara struktur. Antara hasil reformasi pendidikan yang telah dan sedang dilaksanakan ialah seperti berikut:
Pertama, isu kekurangan guru yang berlarutan bertahun-tahun. Sejak 2023 hingga 2025, 52,948 guru baharu telah dilantik, dengan 98% kadar pengisian jawatan, tertinggi dalam sedekad. Ini bermakna lebih sedikit kelas tanpa guru, beban mengajar lebih seimbang, dan PdP lebih stabil. Isu yang terlalu lama membebani sekolah kini ditangani secara serius, walaupun jarang diberi pengiktirafan apabila penyelesaian mula menampakkan hasil.
Kedua, isu sekolah padat dan akses pendidikan. Dalam tempoh tiga tahun sahaja (2023โ2025), kerajaan telah merancang dan melaksanakan pembinaan 79 buah sekolah baharu. Ini adalah intervensi struktur untuk mengurangkan kesesakan sekolah bandar, membuka akses pendidikan di kawasan pertumbuhan baharu, dan menangani keciciran pendidikan khususnya di kawasan luar bandar serta bergeografi mencabar.
Sebagai penyelesaian segera, RM100 juta diperuntukkan bagi pembinaan bilik darjah kabin menggunakan teknologi IBS (Industrialised Building System) yang boleh disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Langkah ini memastikan murid tidak terus terkesan sementara menunggu pembinaan sekolah kekal.
Dan proses ini belum berhenti. Pembinaan sekolah baharu akan terus ditambah bagi memastikan isu sekolah padat dan murid tercicir tidak diwarisi oleh generasi seterusnya.
Ketiga, pengukuhan pendidikan awal dan akses menyeluruh. Sejak 2023, 403 kelas prasekolah baharu telah dibuka, disokong dengan 22 Sekolah K9 baharu bagi memastikan kesinambungan pendidikan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3, khususnya di kawasan pedalaman. Reformasi ini bermula seawal usia, bukan hanya ketika murid hampir meninggalkan sistem.
Keempat, hala tuju murid dan kebolehpasaran. Graduan TVET mencatat 99% kebolehpasaran, membuktikan pendidikan semakin rapat dengan realiti industri dan pekerjaan sebenar. Ini menjawab dakwaan bahawa sistem pendidikan terpisah daripada keperluan ekonomi negara.
Kelima, beban guru dan kesejahteraan murid. Pelaksanaan program intervensi kesihatan mental, pendidikan menengah diwajibkan, mesyuarat pengurusan sekolah dihadkan kepada sehari, dan SPLKPM dimansuhkan. Sebelum itu, pelantikan Pembantu Warden asrama dalam kalangan bukan guru serta Pembantu Guru turut dilaksanakan. Semua langkah ini secara berperingkat mengurangkan beban bukan pengajaran yang selama ini menghakis profesionalisme guru.
Untuk berlaku adil kepada fakta, pendidikan negara kini sedang memasuki fasa reformasi paling besar, terkait dasar dan perkara-perkara penting yang akan menentukan hala tuju sepuluh tahun akan datang, bermula 2026, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026, persediaan akhir Kurikulum Persekolahan 2027, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026โ2035, serta Rancangan Malaysia Ke-13 (2026โ2030) yang mengikat pendidikan dengan pembangunan negara. Ini semua kerja struktur, bukan kerja kosmetik.
Untuk makluman pemuda MCA, enrolmen pelajar STEM juga menunjukkan peningkatan ketara, daripada sekitar 40.95% pada 2021 kepada lebih 50% pada 2024. Bagi Tingkatan 4 tahun 2025, hampir 47.46% pelajar memilih subjek STEM, satu indikasi jelas bahawa strategi peningkatan minat STEM sedang menunjukkan hasil.
Jika mahu berbicara tentang reformasi pendidikan, perbahasan mesti bermula dengan keseluruhan ekosistem, bukan memetik satu keputusan lapangan untuk menafikan kerja besar yang sedang berjalan.
KPM hari ini tidak sempurna. Namun arah reformasinya jelas, berperingkat dan berpijak pada realiti lapangan. Menggelar semua ini sebagai โkosmetikโ bukan sahaja tidak adil, malah memperkecilkan usaha ribuan guru, pentadbir dan warga pendidikan yang sedang membaiki sistem dari dalam, satu sekolah, satu bilik darjah, satu murid pada satu masa.
Dalam pendidikan, yang menentukan masa depan bukan siapa paling lantang mengkritik, tetapi siapa paling konsisten membina sistem.
Kita mulakan tahun baru 2026 dengan kesungguhan bekerja dengan lebih gigih mereformasikan pendidikan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.
๐๐ถ๐ฟ๐ผ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป
Parti Keadilan Rakyat
๐ฏ๐ญ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ