Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak | Fly Kenyalang Fly, Fly High

Bismillahirrahmanirrahim.Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kemb...
25/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.

Dengan rasa penuh dukacita, adalah dimaklumkan bahawa Ustaz Tengku Jusoh bin Tengku Embong, Guru Pendidikan Islam, SK Aru Baru, Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, telah meninggal dunia pada hari Selasa, 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiul Awal 1448H.

Jabatan ini kehilangan seorang guru yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Al-Fatihah.



SYABAS DAN TAHNIAH SMK BANDAR SIBUJabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada...
25/08/2026

SYABAS DAN TAHNIAH SMK BANDAR SIBU

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SMK Bandar Sibu atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Ketiga (Kategori Sekolah Menengah) dalam Cabaran Pembangunan Aplikasi Android Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2026 di SSTP Terengganu.

Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kesungguhan warga sekolah dalam memperkasa inovasi, kreativiti serta kemahiran teknologi digital dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

👏 PPD Sibu atas sokongan padu dan dorongan berterusan.

👏 Guru Pembimbing atas tunjuk ajar, dedikasi serta pengorbanan masa dalam membimbing pasukan.

👏 Pasukan Swan SMK Bandar Sibu atas komitmen, kerja keras, semangat juang dan usaha gigih yang akhirnya membuahkan kejayaan di peringkat kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pencetus semangat kepada seluruh warga pendidikan Sarawak untuk terus meneroka, mencipta dan menginovasikan idea baharu dalam bidang teknologi dan digital.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan! 🌟

Sarawak Maju Makmur melalui Pendidikan Berkualiti dan Inovasi Berterusan.

25/08/2026

📌 BPSwasta INFO | SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati".

Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga KPM, warga pendidikan, ibu bapa, murid serta seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga kita semua memperoleh keberkatan dan rahmat Allah SWT.






Salam TakziahUcapan takziah dari warga Pendidikan Sarawak kepada keluarga Puan Limin anak Maja, Pembantu Tadbir (Asrama)...
25/08/2026

Salam Takziah

Ucapan takziah dari warga Pendidikan Sarawak kepada keluarga Puan Limin anak Maja, Pembantu Tadbir (Asrama), Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin, Pejabat Pendidikan Daerah Serian yang telah meninggal dunia pada hari Selasa, 25 Ogos 2026.

Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan amanah dalam meningkatkan serta memartabatkan pendidikan negara.

Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga dipermudahkan semua urusan.




24/08/2026
24/08/2026

Lawatan Pengoperasian Sekolah di SMK Santubong

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang...
24/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”









SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jabatan ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh warga pendidikan, murid, ibu bapa serta masyarakat di seluruh Sarawak.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta keperibadian Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW terus menyemarakkan semangat untuk membina insan yang berakhlak, berilmu, berintegriti dan saling menghormati.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai kasih sayang dan membentuk ummah yang diberkati serta pendidikan yang terus cemerlang dan bermakna.

Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada:
OMAR BIN HAJI MAHLI
Pengarah Pendidikan Sarawak
dan semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

MEMPERKUKUH KOMITMEN PERLINDUNGAN MURIDSempena lawatan pengoperasian semula sekolah selepas penutupan akibat jerebu di S...
24/08/2026

MEMPERKUKUH KOMITMEN PERLINDUNGAN MURID

Sempena lawatan pengoperasian semula sekolah selepas penutupan akibat jerebu di SMK Santubong dan SK Santubong, Kuching, YBrs. Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan Sarawak, telah menandatangani Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan.

Penandatanganan surat aku janji ini menjadi manifestasi komitmen dan tanggungjawab warga pendidikan dalam memastikan keselamatan, kebajikan, kesejahteraan serta perlindungan murid sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aspek pengoperasian sekolah.

Polisi Perlindungan Murid merupakan landasan penting bagi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat, kondusif, inklusif dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman, pengabaian, penderaan atau perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan dan perkembangan murid.

Dalam situasi pengoperasian semula sekolah selepas penutupan akibat jerebu, komitmen terhadap perlindungan murid menjadi lebih signifikan. Setiap keputusan dan tindakan hendaklah mengambil kira kepentingan terbaik murid, di samping memastikan aspek keselamatan dan kesihatan diberi perhatian sewajarnya.

Tahniah dan syabas turut dirakamkan kepada semua guru SMK Santubong dan SK Santubong yang telah menandatangani Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan.

Komitmen ini mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan seluruh warga pendidik dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta memastikan setiap murid sentiasa berada dalam persekitaran pembelajaran yang selamat, terlindung, sejahtera dan kondusif.

“Murid Selamat, Sekolah Sejahtera, Pendidikan Bermutu.”

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak komited untuk terus memperkukuh budaya keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan murid sebagai tanggungjawab bersama demi memastikan setiap murid dapat belajar dalam persekitaran yang selamat dan terbaik.








24/08/2026

Address

Jalan Diplomatik
Kabong
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082473473

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share