Sarawak Sports Corporation

Sarawak Sports Corporation We are committed to develop and manage sports professionally to produce world class athletes for the nation and be the nation's sports powerhouse!
(1)

22/07/2026
🏹 Sirkit Kebangsaan 3 Sintok, Kedah 8-12 julai 2026,Pasukan Memanah Sarawak berjaya meraih 3 pingat emas 🥇🥇🥇 dan 2 pinga...
14/07/2026

🏹 Sirkit Kebangsaan 3 Sintok, Kedah 8-12 julai 2026,
Pasukan Memanah Sarawak berjaya meraih 3 pingat emas 🥇🥇🥇 dan 2 pingat perak 🥈🥈 di Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 3 di Sintok, Kedah.
Kejohanan ini merupakan penampilan terakhir pasukan sebelum berlepas ke Kabupaten Bandung, Indonesia bagi menjalani Latihan Pusat bagi persiapan menghadapi SUKMA 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan di SUKMA XXII 2026

14/07/2026
SESI PERJUMPAAN BERSAMA ATLET DAN IBU BAPASatu sesi perjumpaan telah diadakan bersama ibu bapa serta atlet berbasikal Ko...
29/06/2026

SESI PERJUMPAAN BERSAMA ATLET DAN IBU BAPA

Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama ibu bapa serta atlet berbasikal Kontinjen Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026 yang terlibat dalam kemalangan semasa Samarahan Bike Challenge 2026 pada 26 Jun 2026.

Sesi ini telah dihadiri oleh En. Abdul Muktalib (Ketua Persiapan Kontinjen SUKMA – Majlis Sukan Negeri Sarawak), bersama En. Mohamad Ikmal bin Afandi (Ketua Unit Sukan Wajib / Pegawai Pembangunan Sukan Berbasikal), barisan jurulatih Majlis Sukan Negeri Sarawak serta wakil dari Buceros Cycling Club.

Atlet yang terlibat dalam kemalangan:

* Muhammad Danial Hakim bin Zulkaisi
* Faris Daniel bin Muhammad Rahmatullah
* Ahmad Zakwan bin Suffian

Pertemuan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan, memberi sokongan moral kepada atlet dan keluarga, serta membincangkan perkembangan semasa proses pemulihan mereka.

Semoga ketiga-tiga atlet dikurniakan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan kembali pulih sepenuhnya. Teruskan bersemangat dan jangan berputus asa. Seluruh warga sukan Sarawak sentiasa mendoakan agar anda kembali lebih kuat untuk meneruskan perjuangan mewakili Sarawak di SUKMA XXII 2026.

🎉 **Congratulations to Sarawak Downhill Team!** 🎉Congratulations to our Sarawak athletes for their outstanding performan...
22/06/2026

🎉 **Congratulations to Sarawak Downhill Team!** 🎉

Congratulations to our Sarawak athletes for their outstanding performance at the Bukit Dinding Downhill Race 7.0 (BDDH 7.0) held from 19–21 June 2026 in Kuala Lumpur, Malaysia.

The team was led by MTB Head Coach Muhammad Aim bin Mohamad Fauzi and assisted by Coach Yohannes Larenza Meahian. Our team participated in the Men Junior and Women Open category.

🔹 Men Junior
Haziq Fathuddin bin Bashir – 4th Place, finishing behind three Indonesian riders

Muhammad Luthfil Hasief bin Freddie – 6th Place

🔹 Women Open
🥉 Aimy Nazurah binti Rais – Bronze Medal

Competing against a strong field of regional riders, the team demonstrated determination, skill and resilience throughout the event. Congratulations to all athletes, coaches and support personnel on a noticeable performance.

We wish the team continued success in future competitions and preparations towards upcoming major events.

💪🚵‍♂️🚵‍♀️ **Sarawak Pride, Racing Forward!**

LAPORAN PROGRAM / KEJOHANANPROGRAM/KEJOHANAN: Asian Continental Championships MTB 2026TARIKH: 21 hingga 28 Jun 2026TEMPA...
21/06/2026

LAPORAN PROGRAM / KEJOHANAN

PROGRAM/KEJOHANAN: Asian Continental Championships MTB 2026

TARIKH: 21 hingga 28 Jun 2026
TEMPAT: Tashkent, Uzbekistan

OBJEKTIF: Penyertaan atlet dalam Kejohanan Asian Continental Championship (ACC) MTB merupakan peluang mewakili pasukan Malaysia sebagai persediaan menghadapi SUKMA Selangor 2026. Kejohanan ini akan membantu atlet meningkatkan kemahiran teknikal, keyakinan diri, pengurusan perlumbaan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan trek yang mencabar.

Di samping itu, penyertaan ini menjadi platform untuk menilai tahap prestasi semasa atlet serta mengenal pasti aspek yang perlu dipertingkatkan sebelum menghadapi kejohanan utama SUKMA 2026. Penyertaan dalam ACC MTB juga memberi peluang kepada atlet untuk menyesuaikan diri dengan standard perlumbaan berprestij dan kompetitif di peringkat antarabangsa, di samping mengumpul mata ranking UCI.

BILANGAN ATLET
1. Mohd Zakwan bin Zamahari
2. ⁠Nur Fara Ain Nabiela binti Abdullah Hafiz

JURULATIH:
1. Faizal bin Dzulkaflee

LAPORAN PROGRAM / KEJOHANANPROGRAM/KEJOHANAN: BUKIT DINDING 7.0 2026TARIKH: 17 hingga 22 Jun 2026TEMPAT: Bukit Dinding, ...
17/06/2026

LAPORAN PROGRAM / KEJOHANAN

PROGRAM/KEJOHANAN: BUKIT DINDING 7.0 2026

TARIKH: 17 hingga 22 Jun 2026
TEMPAT: Bukit Dinding, Kuala Lumpur

OBJEKTIF: Penyertaan atlet dalam Bukit Dinding Downhill Race 7.0 bertujuan memberi pendedahan suasana perlumbaan sebenar sebagai persediaan menghadapi SUKMA Selangor 2026. Kejohanan ini akan membantu atlet meningkatkan kemahiran teknikal, keyakinan, pengurusan perlumbaan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan trek yang laju dan mencabar. Selain itu, ia menjadi platform untuk menilai tahap prestasi semasa atlet dan mengenal pasti aspek yang perlu dipertingkatkan sebelum menghadapi kejohanan utama SUKMA 2026.

BILANGAN ATLET
1. Haziq Fathuddin Bin Bashir
2. ⁠Muhammad Luthfil Hasief Bin Freddie
3. ⁠Aimy Nazurah binti Rais

JURULATIH:
1. Muhammad Aim Bin Mohamad Fauzi
2. ⁠Yohannes Larenza Anak Meahian

Satu Pasukan. Satu Visi. Satu Kejayaan.Selamat Datang dan Tahniah kepada Encik Mu'azamir Haji Jili atas pelantikan sebag...
15/06/2026

Satu Pasukan. Satu Visi. Satu Kejayaan.

Selamat Datang dan Tahniah kepada Encik Mu'azamir Haji Jili atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Bersama Melakar Masa Depan Sukan Sarawak.

Address

Kabong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak Sports Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share