Sekolah Agama Kahang Batu 28

Sekolah Agama Kahang Batu 28 Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor, Daerah Kluang

21/03/2026
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..0-0

20/03/2026

Kami mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Raimah Md Zam Azlina Basri Naterah Hassan Normidah Mohd Halel

Mentari pagi menyinar ceria,
Takbir bergema di pagi raya;
Syawal tiba membawa bahagia,
Maaf dipinta dengan setia.

Pulang ke desa hati berbunga,
Rindu pada ibu dan ayah;
Bertemu saudara tersenyum mesra,
Indahnya Syawal tak dapat disanggah

Tepian paya nuri merata,
Kicau selesa ke tanah himpun;
Di pagi raya bermaafan kita,
Segala dosa muga diampun.

Kuih lapis di atas meja,
Ketupat rendang enak terasa;
Hari Raya mari gembira,
Jangan lupa kunjung saudara

Part 2 : 16.03.2026 : IsninMajlis Khatam Al-Quran & Serahan Bakul Ramadan 1447H/2026MAlhamdulillah..selesai sudah majlis...
17/03/2026

Part 2 :
16.03.2026 : Isnin

Majlis Khatam Al-Quran & Serahan Bakul Ramadan 1447H/2026M

Alhamdulillah..selesai sudah majlis yang di rancang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang kerana dengan sumbangan yang diberikan inilah berhasil dan berjaya majlis ini dijalankan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan rezeki yang halal dan tidak putusยฒ buat semua yang terlibat .๐Ÿคฒ

Buat anakยฒ yang hadir dan menjayakan Khatam Al-Quran, semoga Al -Quran sentiasa menjadi teman hidupmu.

Penyampaian hadiah sempena pertandingan mewarna "Ramadan 2026". Tahniah kepada pemenang ๐ŸŽ‰

Part 1 ..16.03.2026 : Isnin8.00 pagi ~ 12.30 tgh hr.Masak Bubur Lambuk Versi SAKB28 sempena..Majlis Khatam Al-Quran & Se...
17/03/2026

Part 1 ..
16.03.2026 : Isnin
8.00 pagi ~ 12.30 tgh hr.
Masak Bubur Lambuk Versi SAKB28 sempena..
Majlis Khatam Al-Quran & Serahan Bakul Ramadan 1447H/2026M

Terima kasih diucapkan kepada AJK Bdn Kebajikan atas kerjasama yang diberikan sepanjang menyediakan bubur lambuk dari awal hingga selesai..



MAJLIS PERPISAHAN BUAT.. USTAZAH ZELLAWATI BINTI SAMSUDIN    Hari ini kami tersenyum dalam tangis, merelakan dalam diam....
08/02/2026

MAJLIS PERPISAHAN BUAT..
USTAZAH ZELLAWATI BINTI SAMSUDIN

Hari ini kami tersenyum dalam tangis, merelakan dalam diam. Perpisahan ini bukan kehilangan, tetapi satu ujian untuk belajar menerima bahawa tidak semua yang indah akan kekal di sisi.

Terima kasih kerana pernah menjadi warna dalam perjalanan kami. Walau jarak memisahkan, doa tidak pernah berhenti mengiringi. Semoga Allah menjaga langkahmu sebagaimana engkau pernah menjaga hati-hati di sini.

Selamat maju jaya ditempat baharu. Moga dipermudah urusan Ustazah Zellawati Samsudin walau dimana berada..



02/02/2026

Selesai peperiksaan SDKA 2025.Semoga cemerlang semuanya dgn izin Allah

Alhamdulillah ๐ŸคโœจMajlis Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas serta Program Bersama Polis yang ...
29/01/2026

Alhamdulillah ๐Ÿคโœจ

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas serta Program Bersama Polis yang berlangsung di Sekolah Agama Kahang Batu 28 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang menerima watikah pelantikan. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan. ๐ŸŒŸ

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Balai Polis Kahang atas kesudian hadir serta menyampaikan ceramah serta nasihat yang sangat bermanfaat dalam memberi pendedahan tentang disiplin, keselamatan dan peranan polis dalam masyarakat. ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ“Œ

Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru, ibu bapa serta murid-murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi asbab terbentuknya generasi yang berakhlak mulia, berani memimpin dan patuh kepada peraturan. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’





Alhamdulillah, program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) bagi murid Tahun 1 Sesi 2026 telah dapat dijalankan dengan jayanya se...
10/01/2026

Alhamdulillah, program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) bagi murid Tahun 1 Sesi 2026 telah dapat dijalankan dengan jayanya seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 08 Januari 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Darjah 1 & Dewan Sekolah
๐Ÿ‘• Pakaian: Pakaian lengkap Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

๐Ÿ“ฃ TAKLIMAT IBU BAPA MUS

๐Ÿ—“ Tarikh: 08 Januari 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 10.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sekolah Agama Kahang Batu 28

Address

KM45 Jalan Jemaluang Mersing
Kahang
86700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Kahang Batu 28 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share