28/08/2026
PENCARIAN WARIS KANAK-KANAK
Nama Kanak-Kanak : Unknown Female- Qadira Falisha
Umur : Anggaran 4 Bulan
Jantina : Perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di Wad 4A Hospital Ampang selepas beliau meminta kebenaran pulang ke rumah untuk mengambil wang bagi pembayaran kos rawatan di Hospital tetapi sehingga kini ibu kandung tidak datang ke hospital. Kanak-kanak ini telah di bawa ke Hospital Ampang bersama ibu kandung pada 25 Mac 2026 oleh ambulans selepas dilahirkan di bawah jambatan. Kanak-kanak berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecacatan pada tubuh badan. Pelindung telah memohon satu perintah Jagaan Sementara di Mahkamah Bagi Kanak-kanak Ampang.
Sehubungan itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat memohon agar ibu kandung atau individu yang mengenali ibu kandung kepada kanak-kanak dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak bagi memberi maklumat yang dapat membantu pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat mengesan waris kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Ampang membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Pelindung Kanak-Kanak:
Puan Noor Ashah binti Hussein
[email protected]
Tel : 03 - 8739 5070
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
Disediakan oleh:
Unit Kanak-Kanak
PKMD Hulu Langat
YB Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor