17/08/2025
Idea Dr. Sam: Equalization Payment Untuk Malaysia
Dr. Sam mencadangkan Malaysia melaksanakan dasar Equalization Payment seperti di Kanada dan Jerman.
Maksudnya mudah, duit pembangunan negeri tak boleh pilih bulu politik.
Agihan dibuat ikut formula rasmi berdasarkan pendapatan rakyat, hasil cukai dan kos perkhidmatan, bukan ikut s**a menteri.
Di Kanada, ia termaktub dalam Constitution Act 1982, kerajaan pusat wajib bayar tiap tahun kepada negeri.
Di Jerman, sistem LΓ€nderfinanzausgleich agih dana automatik ikut hasil cukai per kapita.
Jika dilaksana di Malaysia, walaupun PM dan MB negeri dari parti berbeza, peruntukan tetap sampai.
Negeri boleh rancang pembangunan tanpa risau dana dipotong.
Dr. Sam mahu pastikan duit rakyat kembali kepada rakyat, bukan jadi senjata politik.