Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia MENGENAI FB AADK :

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK.

PENAFIAN:

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Sekiranya rakan FB AADK ingin menyalurkan sebarang aduan/ pertanyaan/ cadangan, anda boleh menghantarkan maklum balas tersebut melalui;

e-mel di alamat [email protected] atau;

SMS dengan menaip AADKMENU dan hantarkan ke

pada 15888 atau;

hubungi Unit Media & Komunikasi Korporat AADK di 03-89112424 atau ;

talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233 atau;

layari http://kdn.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do atau;

hantarkan terus kepada:

Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan,
Kementerian Dalam Negeri
Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor
(u.p: Pegawai Perhubungan Awam)

Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair...
30/08/2026

Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair kimia yang kita pilih untuk 'berkawan'.

Tengok gambar ni betul-betul. Fizikal mungkin nampak bebas boleh ke sana sini, tapi kalau minda masih 'terjajah' dan menjadi hamba pada bahan terlarang, adakah itu yang kita panggil Merdeka?

Proses nak putuskan 'gari' dadah ni bukan perkara mudah. Ia perit, penuh air mata dan perlukan kekuatan luar biasa. Tapi ingat, peluang untuk hidup bersih tu sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan.

Jangan biarkan litar kehidupan korang hangus begitu sahaja. Masa depan korang, impian korang, dan keluarga korang jauh lebih berharga daripada keseronokan sekejap yang membinasakan.

Tahun ni, jom kita pilih Merdeka yang sebenar. Merdeka daripada belenggu dadah.

Merdekakan Diri. Lindungi Potensi.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai n...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati bukan sekadar sebuah tema, tetapi mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada kemerdekaan, perpaduan dan usaha berterusan seluruh rakyat dalam menjaga keamanan serta keharmonian negara.

Justeru, usaha mencegah dan membanteras dadah bukan hanya tanggungjawab agensi penguat kuasa, malah memerlukan dukungan seluruh masyarakat bagi memastikan setiap individu, keluarga dan komuniti dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Sebagai sebuah negara yang bebas, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan ini terus dipelihara, termasuk membina masyarakat yang sihat, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





30/08/2026
30/08/2026

1 HARI LAGI MENUJU HARI KEBANGSAAN 2026!

Semangat kemerdekaan kian membara!

Keamanan yang dijaga, kesejahteraan yang dinikmati. Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026. Sama-sama kita pertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

30/08/2026

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026! 🇲🇾

📅 30 Ogos 2026
🕤 9.30 malam
📍 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Saksikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang, kita berdiri sebagai satu bangsa Malaysia.🇲🇾




PERKASA PERANAN, FUNGSI PUSAT KHIDMAT AADKKetua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh telah me...
29/08/2026

PERKASA PERANAN, FUNGSI PUSAT KHIDMAT AADK

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Khidmat AADK Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian serta memperkasakan fungsi Pusat Khidmat AADK sebagai hab setempat komuniti yang menyediakan perkhidmatan secara terus kepada kumpulan sasaran.

Antara perkhidmatan yang dilihat penting dan memerlukan fokus menyeluruh adalah seperi berikut:

i- Khidmat rawatan dan pemulihan sukarela dengan memperluas akses yang lebih terbuka dan mesra kepada individu atau keluarga yang memerlukan bantuan pemulihan. 

ii- Konsultasi dan kaunseling dengan memperkukuh aspek bimbingan kepulihan, khidmat nasihat, serta sokongan psikososial.

iii- Program pencegahan dan kesedaran awam dengan memanfaatkan PK AADK sebagai pusat sehenti maklumat antidadah dan aktiviti pencegahan peringkat setempat. 

iv- Sokongan after care dengan membantu proses integrasi semula klien ke dalam masyarakat secara berkesan. 

Dalam lawatan ini, beliau turut menyampaikan amanat dan menyampaikan penghargaan kepada warga kerja AADK SPU serta Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) SPU atas komitmen berterusan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada masyarakat.

Turut hadir Timbalan Pengerusi JKPD SPU, Rushidah Bakar.

Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri





29/08/2026

Bila dah duduk di garisan antara hidup dan mati, barulah kita sedar betapa berharganya setiap nafas yang kita ambil. 🫁✨

Kesan merokok bertahun-tahun hampir meragut nyawa. Tapi bila tuhan bagi peluang kedua untuk terus bernafas dan meneruskan hidup, rasa bersyukur tu memang tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.

Benda yang kita selalu rasa 'kecil' dan biasa setiap hari, rupanya itulah nikmat paling besar bila kita hampir kehilangan segalanya. Jangan tunggu sampai badan dah tak mampu bertahan baru kita nak hargai hidup dan orang sekeliling.

Beringat sebelum terlambat. Sayangi diri, hargai nyawa. ❤️

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



28/08/2026
KP AADK PANTAU PEMBINAAN PROJEK PEJABAT AADK DAERAH SPSAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus komited dalam memperkasa...
28/08/2026

KP AADK PANTAU PEMBINAAN PROJEK PEJABAT AADK DAERAH SPS

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus komited dalam memperkasakan fasiliti dan infrastruktur penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah demi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh hari ini telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi bagi memantau secara dekat kemajuan pembinaan Projek Pejabat AADK Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

Lawatan premis ini bertujuan melihat sendiri status perkembangan fizikal tapak projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

Projek pembinaan premis baharu ini bakal menyediakan ruang kerja yang lebih kondusif, moden dan selesa buat warga kerja AADK Daerah SPS dalam menguruskan operasi harian sebagai pusat rawatan dan pemulihan dadah dalam komuniti serta perkhidmatan teras agensi.

Selain itu, fasiliti lengkap ini juga direka khas bagi membolehkan masyarakat setempat mengakses pelbagai perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta khidmat nasihat dengan lebih mudah dan efisien.

Dato’ Ruslin dalam sesi berkenaan turut menegaskan kepentingan kerjasama rapat antara pihak Jabatan Kerja Raya, kontraktor, jurubina dan pegawai agensi bagi memastikan fasiliti ini dapat disiapkan serta beroperasi sepenuhnya mengikut sasaran.

Usaha pemantauan berterusan ini mempamerkan kesungguhan AADK untuk memodenkan prasarana sokongan, seterusnya memperkasakan matlamat Dadah Terkawal 2030 di seluruh negara.

Turut hadir Pengarah AADK Pulau Pinang, Puan Roswati Apin, Jurutera Daerah JKR SPS, Tuan Shaiful Munir Leman, Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri dan AADK.

Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri




MalaysiaMADANI
KDN_TogetherWeAreOne

Ramai yang mencari 'kebebasan' di tempat yang salah. Ada yang menyangka bebas itu adalah melakukan apa sahaja mengikut k...
28/08/2026

Ramai yang mencari 'kebebasan' di tempat yang salah. Ada yang menyangka bebas itu adalah melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati, sehingga akhirnya terperangkap dalam belenggu ketagihan dan keseronokan palsu.

Hakikatnya, Merdeka yang sebenar adalah apabila jiwa kita tidak lagi menjadi hamba kepada bahan terlarang atau nafsu yang membinasa. Merdeka adalah apabila hati hanya tunduk kepada Yang Maha Esa.

Di hari Jumaat ini, mari kita 'reset' semula niat:
✅ Bebaskan minda daripada bisikan negatif.
✅ Merdekakan tubuh badan daripada racun yang merosakkan.
✅ Cari ketenangan pada sujud, bukan pada ilusi duniawi.

Penuhilah ruang kosong dalam hati dengan zikir dan doa, agar tiada lagi ruang untuk pengaruh yang menjatuhkan martabat kita sebagai insan.

Selamat Menunaikan Solat Jumaat. Merdekakan hatimu, murnikan hidupmu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Jalan Maktab Perguruan Islam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60389112200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share