01/07/2026
29 Jun 2026: Pasukan Pro-R MIROS meneruskan usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Kursus Penunggangan Selamat Motosikal Pro-R di Nippon Electric Glass (M) Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.
Nippon Electric Glass (M) Sdn. Bhd. menunjukkan komitmen tinggi terhadap aspek kebajikan dan keselamatan pekerja dengan memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan semasa menunggang motosikal, khususnya bagi pekerja yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja.
Melalui program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul keselamatan yang dikendalikan oleh Pasukan Pro-R MIROS antaranya ceramah keselamatan jalan raya, kepentingan penggunaan riding gear, asas penyelenggaraan motosikal, teknik posisi tunggangan yang betul, demonstrasi penunggangan selamat serta pendedahan berkaitan fungsi dan kepentingan sistem brek Anti-lock Braking System (ABS).
Program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan serta amalan penunggangan selamat dalam kalangan pekerja sekaligus membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak syarikat atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ