Rela Hulu Langat

Rela Hulu Langat LAMAN RASMI FACEBOOK (OFFICIAL) JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) DAERAH HULU LANGAT Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat.

Sejarah RELA

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudk

an bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan. Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan. Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005. Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990.”…The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise…”. Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

1999 : RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

2004 : RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN.

2005 : RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI)

2007 : RELA membuat penstrukturan semula secara besar-besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat, iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan.

2008 : RELA diletakkan dibawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2012 : RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia

2013 : RELA telah diumumkan Sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang.

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENUGASAN TETAP PEGAWAI RELA DAERAH HULU LANGATRabu || 08 APRIL 2026Pegawai RELA Daerah Hulu Lang...
09/04/2026

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENUGASAN TETAP PEGAWAI RELA DAERAH HULU LANGAT

Rabu || 08 APRIL 2026

Pegawai RELA Daerah Hulu Langat PgKR Abdul Azim Bin Mayudin diiringi Timbalan Pegawai Rela Daerah PPgKR Muhammad Zaini Bin Hussain telah mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa penugasan tetap di Daerah Hulu Langat antaranya:-

1)Kuarters JKR Bangi
2)Institut Alam Sekitar (EiMAS) Bangi

Dalam lawatan tersebut PRD telah memberi teguran kepada Penyelia dan anggota penugasan dalam banyak perkara antaranya displin dan tingkahlaku ketika bertugas,menegur berkenaan penampilan petugas,keperluan dan kelengkapan yang perlu ada disetiap pos-pos,buku-buku laporan yang perlu ada dan yang perlu dikemaskini mengikut Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi Rela(MKKOR).

Harapan PRD dengan lawatan dan teguran ini akan dapat menambahbaik displin dan etika kerja semua petugas demi nama baik Jabatan Sukarelawan (RELA) Malaysia.

Pemantauan dan lawatan ini akan dilaksanakan secara berkala oleh PRD disetiap penugasan tetap mahupun harian bagi memastikan anggota sentiasa kekal berdisplin,berintegriti,berkecekapan tinggi serta bersedia menghadapi sebarang situasi.



🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-MubarakSemoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.S...
18/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
Semoga ibadah puasa dan amalan kita diterima oleh Allah SWT.

28/01/2026
LAWATAN PENGARAH RELA NEGERI SELANGOR KE PENUGASAN TETAP DEPOT IMIGRESEN SEMENTARA MILLENNIUM BERANANG SELANGOR28 JANUAR...
28/01/2026

LAWATAN PENGARAH RELA NEGERI SELANGOR KE PENUGASAN TETAP DEPOT IMIGRESEN SEMENTARA MILLENNIUM BERANANG SELANGOR

28 JANUARI 2025 | Rabu

PjR Abd Aziz bin Sidi Ahmad, Pengarah RELA Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke penugasan tetap di Depot Imigresen Beranang.Hadir bersama lawatan PgKR Abdul Azim bin Mayudin Pegawai RELA Daerah Hulu Langat, PPgKR Muhammad Zaini bin Hussain,
PPgKR Mohd Hisham bin Hamzah dan PPgKR Mohd Zulfaiz bin Abd.Kadir.

Turut serta lawatan ini adalah wakil dari Imigresen Beranang KTPP Khairul Anuar bin Abdul Latif Komandan Depot Imigresen dan TPPK Nur Damiea Lawrance bin Abdullah.

Lawatan dibuat bagi memastikan penugasan mematuhi Arahan Tetap Ketua Pengarah(ATKP) Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi RELA (MKKOR).


14 Januari 2026 | RabuPegawai dan Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) RELA Daerah Hulu Langat telah menghadiri P...
14/01/2026

14 Januari 2026 | Rabu

Pegawai dan Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) RELA Daerah Hulu Langat telah menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2026 bersama YBhg. KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah RELA Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube rasmi TV RELA Malaysia.




LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENUGASAN TETAP PEGAWAI RELA DAERAH HULU LANGATRabu || 07 JANUARI 2026Pegawai RELA Daerah Hulu La...
07/01/2026

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENUGASAN TETAP PEGAWAI RELA DAERAH HULU LANGAT

Rabu || 07 JANUARI 2026

Pegawai RELA Daerah Hulu Langat PgKR Abdul Azim Bin Mayudin diiringi Timbalan Pegawai Rela Daerah PPgKR Muhammad Zaini Bin Hussain telah mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa penugasan tetap di Daerah Hulu Langat antaranya:-

1)Depoh JIM Beranang
2)Penjara Satelit Beranang
3)Depoh JIM Semenyih
4)Klinik Kesihatan Semenyih

Dalam lawatan tersebut PRD telah memberi teguran kepada Penyelia dan anggota penugasan dalam banyak perkara antaranya displin dan tingkahlaku ketika bertugas,menegur berkenaan penampilan petugas,keperluan dan kelengkapan yang perlu ada disetiap pos-pos,buku-buku laporan yang perlu ada dan yang perlu dikemaskini mengikut Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi Rela(MKKOR).

Harapan PRD dengan lawatan dan teguran ini akan dapat menambahbaik displin dan etika kerja semua petugas demi nama baik Jabatan Sukarelawan (RELA) Malaysia.

Pemantauan dan lawatan ini akan dilaksanakan secara berkala oleh PRD disetiap penugasan tetap mahupun harian bagi memastikan anggota sentiasa kekal berdisplin,berintegriti,berkecekapan tinggi serta bersedia menghadapi sebarang situasi.



PENUGASAN ANGGOTA RELA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA(PPS) DAERAH HULU LANGAT 04 DISEMBER 2025 || JUMAATSebanyak 3 PPS te...
05/12/2025

PENUGASAN ANGGOTA RELA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA(PPS) DAERAH HULU LANGAT

04 DISEMBER 2025 || JUMAAT

Sebanyak 3 PPS telah dibuka di Daerah Hulu Langat bagi menempatkan mangsa bencana yang terlibat dengan banjir.Anggota Hulu Langat juga bersama-sama membantu dalam operasi bencana dan kawalan PPS ini.

1) PPS SRA DUSUN NANDING HULU LANGAT
2) PPS SK SG. SERAI HULU LANGAT
3) PPS KOMPLEKS PENGHULU MUKIM BATU 10 HULU LANGAT


PROGRAM BAIK PULIH RUMAH TEDUHAN KASIH RELA MADANI(TKRM) DAERAH HULU LANGAT BIL 5/2025Tarikh : 04 DISEMBER 2025 | KHAMIS...
04/12/2025

PROGRAM BAIK PULIH RUMAH TEDUHAN KASIH RELA MADANI(TKRM) DAERAH HULU LANGAT BIL 5/2025

Tarikh : 04 DISEMBER 2025 | KHAMIS
Negeri : SELANGOR
Daerah : HULU LANGAT
Tempat : AMPANG MEWAH,AMPANG, SELANGOR
Masa : 9.00 PAGI HINGGA SELESAI

Kekuatan:
1 x PRD
1 x TPRD
1 x PKA
10 x ANGGOTA

Pengisian:
1. Membaiki dan menggantikan zink atap yang bocor.
3. ⁠Menggantikan pintu-pintu tandas yang telah usang
4. Membersihkan kawasan sekitar rumah

Sekian, terima kasih.


PROGRAM BAIK PULIH RUMAH TEDUHAN KASIH RELA MADANI(TKRM) DAERAH HULU LANGAT BIL 4/2025Tarikh : 03 DISEMBER 2025 | RABUNe...
03/12/2025

PROGRAM BAIK PULIH RUMAH TEDUHAN KASIH RELA MADANI(TKRM) DAERAH HULU LANGAT BIL 4/2025

Tarikh : 03 DISEMBER 2025 | RABU
Negeri : SELANGOR
Daerah : HULU LANGAT
Tempat : KG.AMPANG CAMPURAN,AMPANG,SELANGOR
Masa : 9.00 PAGI HINGGA SELESAI

Kekuatan:
1 x PRD
1 x TPRD
1 x PKA
10 x ANGGOTA

Pengisian:
1. Membaiki dan menggantikan zink atap yang bocor.
2. ⁠Mengganti siling-siling lama yang reput dan pecah
3. Membersihkan kawasan sekitar rumah

Sekian, terima kasih.


Address

Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+60387411259

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rela Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rela Hulu Langat:

Share