SK Bandar Seri Putra

SK Bandar Seri Putra SK Bandar Seri Putra. Menyediakan ruang "TIDAK RASMI" bagi bertukar maklumat dan perbincangan mengen

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA

VISI SEKOLAH :
"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"
SK Bandar Seri Putra mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlangdar segi akademik dan sahsiah menjadi generasi yang dapat menjaminkesejahteraan bangsa dan negara. MISI SEKOLAH :
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUN

KAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"
SK Bandar Seri Putra menyediakan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan pengurusan organisasi kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi aspirasi negara.

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemilihan Pemain Bola Sepak SKBSP Sesi 2027 yang telah berlangsung pada pagi tadi.S...
15/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemilihan Pemain Bola Sepak SKBSP Sesi 2027 yang telah berlangsung pada pagi tadi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, tenaga dan komitmen dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. πŸ‘βš½

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Guru Besar SK Bandar Seri Putra ,Pn.Noridah binti Abdul Aziz serta Penolong Kanan Kokurikulum , Pn.Zurita binti Ibrahim atas sokongan, kepercayaan dan dorongan yang diberikan dalam usaha membangunkan bakat bola sepak murid-murid SKBSP. β€οΈπŸ’›

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan serta memberi peluang kepada anak-anak untuk menyertai sesi pemilihan ini.

Tahniah kepada semua murid yang hadir dan berani mencuba! πŸ’ͺ⚽
Semoga usaha ini menjadi langkah awal dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang mampu membawa nama SK Bandar Seri Putra ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih semua! Kita bina pasukan, kita bina impian! πŸ¦…βš½πŸ”₯

SEPUTRA SOAR LIKE AN EAGLE! πŸ¦…

⚽πŸ”₯ PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK SESI 2027 πŸ”₯⚽Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.πŸ“£ Kami sedang mencari ba...
12/08/2026

⚽πŸ”₯ PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK SESI 2027 πŸ”₯⚽

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.

πŸ“£ Kami sedang mencari bakat-bakat bola sepak SK Bandar Seri Putra! πŸ¦…βš½

Satu sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak Sesi 2027 akan diadakan bagi mengenal pasti dan membentuk barisan pemain yang berpotensi untuk mewakili sekolah.

πŸ“… Tarikh: 15 Ogos 2026
πŸ—“οΈ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 7.30 – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Padang Arena Owl Trafford, Bandar Baru Bangi

πŸ‘¦ Penyertaan terbuka kepada SEMUA murid lelaki Tahun 4 & Tahun 5 SK Bandar Seri Putra.

Kami sangat menggalakkan ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak yang berminat dengan bola sepak untuk hadir mencuba. Tidak semestinya perlu menjadi pemain yang hebat sekarang, yang penting ada minat, disiplin, kesungguhan dan keberanian untuk mencuba! πŸ’ͺ⚽

Sesi ini merupakan langkah awal untuk kami mencungkil bakat, membina pasukan serta membuat persediaan lebih awal menghadapi kejohanan pada tahun 2027. πŸ†

Jangan lepaskan peluang ini. Mungkin daripada sesi pemilihan inilah lahirnya pemain yang bakal membawa nama SK Bandar Seri Putra ke peringkat yang lebih tinggi. 🌟

πŸ“’ Jom ramai-ramai turun ke padang Sabtu ini!

🧑🩢 SEPUTRA FC | SK BANDAR SERI PUTRA
πŸ¦… SEPUTRA SOAR LIKE AN EAGLE!
πŸ† Bersama Membina Generasi Juara!

βš½πŸ† SEPUTRA FC CIPTA KECEMERLANGAN DI PDRM FC X DRA MERDEKA CUP 2026! πŸ†βš½Syabas dan tahniah buat SEPUTRA FC atas pencapaia...
10/08/2026

βš½πŸ† SEPUTRA FC CIPTA KECEMERLANGAN DI PDRM FC X DRA MERDEKA CUP 2026! πŸ†βš½

Syabas dan tahniah buat SEPUTRA FC atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan PDRM FC X DRA MERDEKA CUP 2026 yang telah berlangsung di PULAPOL, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2026 (Sabtu).

πŸ”₯ SEPUTRA FC telah menghantar dua pasukan bagi menyahut cabaran kejohanan kali ini:

⚽ SEPUTRA FC A
⚽ SEPUTRA FC B

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang kejohanan.

πŸ‘ SEPUTRA FC B berjaya memberikan saingan hebat sebelum perjuangan mereka terhenti di Pusingan 16. Walaupun tidak berjaya mara lebih jauh, pengalaman berharga ini pastinya menjadi bekalan penting untuk terus berkembang dan kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang.

πŸ₯ˆπŸ† SEPUTRA FC A p**a tampil cemerlang apabila berjaya mara sehingga ke PERLAWANAN AKHIR dan seterusnya dinobatkan sebagai NAIB JOHAN CUP!

Satu pencapaian yang amat membanggakan!

Menang atau kalah bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan. Apa yang lebih penting ialah keberanian untuk bersaing, semangat berpasukan, disiplin serta pengalaman yang diperoleh di atas padang.

🌟 Tahniah SEPUTRA FC A & SEPUTRA FC B!
Teruskan berusaha, teruskan mencipta kejayaan dan terus harumkan nama SEPUTRA!

πŸ¦…βš½ SEPUTRA SOAR LIKE AN EAGLE! βš½πŸ¦…




08/08/2026

πŸ₯πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ SEPUTRA MENGGEGAR PENTAS KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯πŸ₯

8 MURID. SATU PENTAS. SATU KEBANGGAAN BESAR BUAT SEPUTRA! πŸ¦…βœ¨

Satu lagi detik penuh bermakna tercipta dalam sejarah SK Bandar Seri Putra apabila 8 orang murid hebat SEPUTRA diberi kepercayaan untuk menjayakan PERSEMBAHAN PEMBUKAAN sempena:

πŸ† KEJOHANAN JEMPUTAN SEKOLAH RENDAH GENDANG 24 PERAYAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 πŸ†

Dengan paluan yang penuh tenaga, semangat dan keseragaman, anak-anak SEPUTRA tampil penuh yakin berganding bahu bersama murid-murid SJKC Chung Tack dan SJKT St. Teresa Convent dalam sebuah persembahan pembukaan yang cukup membanggakan! πŸ₯βœ¨

Daripada latihan demi latihan, akhirnya mereka berdiri di PENTAS KEBANGSAAN membawa nama SK BANDAR SERI PUTRA dengan penuh kebanggaan. ❀️

Bukan sekadar sebuah persembahan.

Ia adalah tentang keberanian untuk melangkah lebih jauh, disiplin untuk terus berlatih, semangat untuk memberikan yang terbaik dan keyakinan untuk berdiri di pentas yang lebih besar.

🌟 Inilah anak-anak SEPUTRA!
🌟 Berani mencuba.
🌟 Berani menyerlah.
🌟 Berani menggegarkan pentas kebangsaan!

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada kesemua 8 murid hebat SEPUTRA atas persembahan yang membanggakan.

Hari ini mereka membawa paluan gendang.
Hari ini mereka membawa nama sekolah.
Dan hari ini, mereka membawa p**ang sebuah pengalaman dan kebanggaan yang akan dikenang selamanya.

Terima kasih YB Wong Kah Woh atas jemputan dan sokongan yang diberikan kepada kami.

πŸ₯ PALUAN SEPUTRA, GEMA DI PENTAS KEBANGSAAN!
πŸ¦… SEPUTRA SOAR LIKE AN EAGLE!

TAHNIAH, 8 PERMATA SEPUTRA! KALIAN LUAR BIASA! πŸŒŸπŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύ








πŸƒβ€β™€οΈπŸ… TAHNIAH RAISYA BINTI AHMAD ANUAR! πŸ…πŸƒβ€β™€οΈSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Raisya binti Ahmad Anua...
08/08/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸ… TAHNIAH RAISYA BINTI AHMAD ANUAR! πŸ…πŸƒβ€β™€οΈ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Raisya binti Ahmad Anuar, atlet SK Bandar Seri Putra, atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2026.

Raisya berjaya menyumbang dua pingat perak πŸ₯ˆπŸ₯ˆ menerusi acara: πŸ₯ˆ 4 Γ— 100 meter
πŸ₯ˆ 4 Γ— 200 meter

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, disiplin, semangat juang serta komitmen yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk Raisya terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Tahniah, Raisya! Teruskan berlari mengejar impian dan mengharumkan nama SK Bandar Seri Putra! πŸ’ͺ✨

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 20267-9 Ogos 2026Pandu PuteriPengakapPergerakan Puteri Islam MalaysiaBulan Sabit Me...
07/08/2026

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 2026
7-9 Ogos 2026
Pandu Puteri
Pengakap
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunas Kadet Remaja Sekolah

Part 1

Putrajaya Touch ChampionshipTarikh : 2 OgosKategori : U8-U12 GirlsTempat : SK Putrajaya Presint 11 (1)Pencapaian Seputra...
03/08/2026

Putrajaya Touch Championship

Tarikh : 2 Ogos
Kategori : U8-U12 Girls
Tempat : SK Putrajaya Presint 11 (1)

Pencapaian
Seputra Eagles Alpha : Ke 4
Seputra Eagles Bravo : ke 5

Senarai Nama Pemain:
Tahun 6
1. Azzahra (6 Unggul)
2. Aminah Sofea (6 Tekun)

Tahun 5
1. Amny Safeeya (5 Tekun)

Tahun 4
1. Mariah Faizah (4 Semarak)
2. Zunnur Aulia (4 Rajin)
3. Nadhrah Khaleela (4 Kasih)
4. Qaisara Alisha (4 Pintar)
5. Alika (4 Unggul)
6. Amni Sakinah (4 Efisien)
7. Widad Aqilah (4 Sejati)
8. Orked Khairina (4 Tekun)
9. Nusaybah (4 Tekun)
10. Nur Annisa (4 Tekun)
11. Lana Zahra (4 Tekun)
12. Fuzai Aira (4 Tekun)
13. Nuraisyah Aqilah (4 Tekun)
14. Nurul Nadhirah (4 Tekun)
15. Amanda Sofea (4 Tekun)
16. Nuha (4 Tekun)
17. ⁠Delisha Zara (4 Tekun)

Tahun 3
1. Marissa Faizah (3 Setia)
2. Hani Falisha (3 Pintar)
3. Fathnin Adina (3 Tekun)

Tahun 2
1. Mikayla Alisha (2 Tekun)
2. ⁠Hannan Aafiyah (2 Budiman)
3. ⁠Haura Fadhilah (2 Budiman)
4. ⁠Nusrah (2 Pintar)

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGORBermula 3 Ogos 2026, Raisya yang merupakan satu-satunya atlet Seputra akan meneruskan per...
02/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGOR

Bermula 3 Ogos 2026, Raisya yang merupakan satu-satunya atlet Seputra akan meneruskan perjuangannya mewakili **Kontinjen Hulu Langat** ke **Kejohanan Olahraga MSS Selangor** yang akan berlangsung di **USJ**.

Mohon doa daripada semua agar dikurniakan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan. Semoga Raisya dapat memberikan aksi terbaik serta memperoleh kejayaan yang membanggakan SK Bandar Seri Putra.

01/08/2026
*TAHNIAH SPEEDY SEPUTRA*Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan.Setingg...
31/07/2026

*TAHNIAH SPEEDY SEPUTRA*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang murid SK Bandar Seri Putra yang telah mengharumkan nama sekolah dan Daerah Hulu Langat dalam Kejohanan Hoki MSS Selangor (MSSS) Bawah 12 Tahun πŸ‘.

πŸ‘ Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun yang diwakili oleh Raisya telah berjaya muncul sebagai Naib Johan πŸ₯ˆ.

πŸ† Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun yang diwakili oleh Abdul Aziz dan Muhammad Aqil Nasrullah p**a telah berjaya dinobatkan sebagai Juara πŸ₯‡.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain πŸ’ͺ, bimbingan jurulatih, sokongan padu ibu bapa serta doa daripada seluruh warga sekolah 🀲.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat πŸ”₯ untuk terus berusaha, meraih lebih banyak kejayaan, dan sentiasa menjaga disiplin, akhlak serta semangat kesukanan.

Tahniah kepada Raisya, Aziz dan Aqil! πŸŽ‰ Semoga terus cemerlang di persada yang lebih tinggi dan menjadi kebanggaan keluarga, sekolah, daerah dan negeri.

SK Bandar Seri Putra – Melakar Kecemerlangan, Membina Generasi Gemilang. 🌟

Address

Jalan Seri Putra 3
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bandar Seri Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share