Maktab Penjara Malaysia

Maktab Penjara Malaysia Maktab Penjara Malaysia Official

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H / 2026M “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga sambutan Maulidur Rasul ini ...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H / 2026M

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperingati dan menghayati perjuangan serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, memperkukuhkan ukhuwah dan menjadikan sunnah serta akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, ketenangan dan rahmat Allah SWT serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya. 🤲🏻

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
Daripada TKP Zulkifli bin Abdul Manah
Pengarah
Maktab Penjara Malaysia
Latihan Asas Kejayaan

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) PELATIH KPP & KSAPP📅 23 Ogos 2026 (Ahad)📍 Maktab Penjara MalaysiaAktiviti pelatih Kursus ...
23/08/2026

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) PELATIH KPP & KSAPP

📅 23 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Maktab Penjara Malaysia

Aktiviti pelatih Kursus Pengurusan Penjara (KPP) Siri 2/2026 dan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026 pada pagi ini diteruskan dengan pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).

Ujian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta keupayaan fizikal para pelatih sebagai sebahagian daripada modul latihan yang ditetapkan.

Pelaksanaan UKF telah dikendalikan oleh jurulatih Maktab Penjara Malaysia (MPM) dan berjalan dengan lancar dalam keadaan baik, teratur serta selamat sepanjang aktiviti dijalankan.






MAJLIS DIALOG BIL. 7/2026MAKTAB PENJARA MALAYSIA📅 20 Ogos 2026 (Khamis)🕒 3.00 petang📍 Bilik Kuliah 2 & 3, Maktab Penjara...
20/08/2026

MAJLIS DIALOG BIL. 7/2026
MAKTAB PENJARA MALAYSIA

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕒 3.00 petang
📍 Bilik Kuliah 2 & 3, Maktab Penjara Malaysia

Telah diadakan Majlis Dialog Bil. 7/2026 yang dipengerusikan oleh YDH TKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan dihadiri oleh warga kerja Maktab Penjara Malaysia serta pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026.

Antara pengisian majlis ialah:

🔹 Majlis Dialog
🔹 Penyampaian sumbangan KASBA kepada kakitangan atau ahli keluarga yang dimasukkan ke wad
🔹 Penyampaian sumbangan KASBA kepada kakitangan yang menyambut hari kelahiran bagi bulan Julai dan Ogos
🔹 Sesi suai kenal kakitangan baharu, iaitu:
• PP Dr. Syamsul Zuraimi Mat Shah
• KPL Julis
• KPL Suhani
🔹 Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat MPM
🔹 Jamuan di Dewan Makan

Majlis ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, warga kerja dan para pelatih, di samping memperkukuh semangat kekitaan serta kebersamaan dalam keluarga besar Maktab Penjara Malaysia.






Jom p sana!!!
19/08/2026

Jom p sana!!!

Jangan lupa berkunjing di khemah jualan bersempena dgn Majlis Pentauliahan SISKOR UA 2026, esok!!!

Maktab Penjara Malaysia jom singgah!!!

LAWATAN MUZIUM MELAKA & PRAKTIKAL DI PENJARA SIMPANG RENGGAM📅 16 – 17 Ogos 2026📍 Muzium Melaka & Penjara Simpang Renggam...
19/08/2026

LAWATAN MUZIUM MELAKA & PRAKTIKAL DI PENJARA SIMPANG RENGGAM

📅 16 – 17 Ogos 2026
📍 Muzium Melaka & Penjara Simpang Renggam

Program ini melibatkan 51 orang pelatih, terdiri daripada 20 orang pelatih Kursus Pengurusan Penjara (KPP) Siri 2/2026 dan 31 orang pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026.

Kesemua pelatih telah mengikuti lawatan ke Muzium Melaka bagi mendapatkan pendedahan mengenai sejarah serta perkembangan institusi kepenjaraan di Malaysia.

Selain itu, 20 orang pelatih KPP turut menjalani sesi praktikal di Penjara Simpang Renggam bagi mendapatkan pengalaman secara langsung berkaitan pengurusan, keselamatan dan pengoperasian institusi penjara.

Sepanjang program, para pelatih diiringi oleh pegawai dan jurulatih Maktab Penjara Malaysia bagi memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar, teratur dan selamat.

Program ini diharapkan dapat menghubungkan pengetahuan teori dengan pengalaman praktikal di lapangan, sekali gus meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kompetensi para pelatih sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia.







TEMUDUGA PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEMUDUGA LISAN CALON KP1 AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS)📅 17 –...
19/08/2026

TEMUDUGA PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEMUDUGA LISAN CALON KP1 AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS)

📅 17 – 19 Ogos 2026
📍 Maktab Penjara Malaysia

Maktab Penjara Malaysia telah menjadi lokasi pelaksanaan Temuduga Pemeriksaan Fizikal dan Temuduga Lisan bagi calon KP1, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Seramai 700 orang calon yang terdiri daripada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah hadir bagi menjalani sesi temuduga dan penilaian yang ditetapkan dan dikendalikan oleh panel penguji daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Pelaksanaan sesi ini bertujuan menilai kesesuaian calon dari aspek pemeriksaan fizikal, kecergasan serta kompetensi dan keupayaan melalui sesi temuduga lisan, selaras dengan keperluan pengambilan bagi jawatan yang ditawarkan.

Keseluruhan proses penilaian telah dilaksanakan secara teratur dan sistematik bagi memastikan setiap calon dinilai berdasarkan kriteria serta ketetapan yang telah ditetapkan.






OPENING & CLOSING MEETING AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015MAKTAB PENJARA MALAYSIA📅 Opening Meeting: 17 Ogos 2026...
19/08/2026

OPENING & CLOSING MEETING AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015
MAKTAB PENJARA MALAYSIA

📅 Opening Meeting: 17 Ogos 2026 (Isnin)
🕤 9.30 pagi
📍 Bilik Mesyuarat 1, Maktab Penjara Malaysia

📅 Closing Meeting: 18 Ogos 2026 (Selasa)
🕓 4.00 petang
📍 Bilik Mesyuarat 1, Maktab Penjara Malaysia

Maktab Penjara Malaysia telah melaksanakan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 yang dimulakan dengan Opening Meeting pada 17 Ogos 2026 dan diakhiri dengan Closing Meeting pada 18 Ogos 2026.

Audit ini telah dikendalikan oleh juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd., iaitu:

👤 Muhammad Nazmie bin Mat Nasir
👤 Akmar Hisham bin Saat

Proses audit dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Maktab Penjara Malaysia selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015.

Pelaksanaan audit ini merupakan usaha berterusan Maktab Penjara Malaysia dalam memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan secara sistematik, konsisten dan berkesan, di samping memperkukuh budaya kerja yang berorientasikan kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan.

Audit telah dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga Maktab Penjara Malaysia.







KELAS KSAPP SIRI 1/2026SLOT: DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PENJARA MALAYSIA📅 19 Ogos 2026 (Rabu)📍 Bilik Kalimanjaro, Mak...
19/08/2026

KELAS KSAPP SIRI 1/2026
SLOT: DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PENJARA MALAYSIA

📅 19 Ogos 2026 (Rabu)
📍 Bilik Kalimanjaro, Maktab Penjara Malaysia

Sesi pembelajaran bagi Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) Siri 1/2026 pada hari ini memberi tumpuan kepada slot “Dasar Keselamatan ICT Jabatan Penjara Malaysia” yang disampaikan oleh IP Mohd Azri bin Matahir.

Sesi ini memberikan pendedahan kepada para pelatih mengenai kepentingan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tatacara penggunaan sistem serta amalan keselamatan yang perlu dipatuhi dalam memastikan maklumat dan aset ICT Jabatan Penjara Malaysia sentiasa dilindungi.

Melalui slot ini, para pelatih turut diberi penekanan terhadap aspek keselamatan maklumat, tanggungjawab pengguna, pematuhan dasar serta ancaman keselamatan siber yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan tugas.

Sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar serta mendapat penglibatan aktif daripada para pelatih.





Address

Maktab Penjara Malaysia. Kompleks Penjara Kajang
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab Penjara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share