Muhammad Nashriq Bin Zailan - Ahli Majlis MPKj

Muhammad Nashriq Bin Zailan - Ahli Majlis MPKj Ahli Majlis MPKj Zon 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak peng...
19/04/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya selaku Ahli Majlis MPKj Zon 10 ke Majlis Rumah Terbuka di Impian Indah, Saujana Impian.

Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama penduduk, malah menjadi platform yang baik untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam komuniti kita.

Turut saya raikan dan ucapkan terima kasih atas kehadiran YB Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan, yang turut sama memeriahkan majlis ini dengan kehadiran beliau.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah dan perpaduan yang terjalin akan terus berkekalan.

Sekian, terima kasih.

ISNIN | 3 MARCH 2025Dimaklumkan bahawa sebuah lori kren telah melalui jalan Taman Delima - SMAP petang tadi dan telah me...
03/03/2025

ISNIN | 3 MARCH 2025

Dimaklumkan bahawa sebuah lori kren telah melalui jalan Taman Delima - SMAP petang tadi dan telah melanggar wayar yang berada di lokasi tersebut. Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya ketika Bazar Ramadan Taman Delima sedang sibuk.

Ahli Majlis MPKJ Zon 10, Tuan Muhammad Nashriq Bin Zailan, telah turun ke tempat kejadian dan membantu dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.

Kerjasama semua pihak dalam menangani situasi ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Ahad | 26 January 2025Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ Zon 10, telah menghadiri satu program gotong-ro...
26/01/2025

Ahad | 26 January 2025

Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ Zon 10, telah menghadiri satu program gotong-royong anjuran Persatuan Penduduk Taman Sekamat Jaya. Dalam program tersebut, Tuan Nash berkesempatan memberikan penerangan mengenai pelbagai bentuk bantuan yang tersedia di negeri Selangor bagi manfaat komuniti setempat.

Sebagai tanda sokongan, beliau turut menyumbangkan khemah serta sedikit juadah untuk menjayakan program tersebut. Kehadiran dan sumbangan beliau sangat dihargai oleh penduduk setempat, sekaligus mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuhkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam komuniti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Saya, Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ,...
31/12/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya, Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh warga komuniti.

Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, serta kejayaan yang berpanjangan buat kita semua. Marilah kita terus bersatu hati, memupuk semangat perpaduan, dan bersama-sama membangunkan komuniti yang lebih progresif dan harmoni.

Terima kasih atas sokongan anda semua, dan saya berjanji untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.

Selamat menyambut tahun baru dengan azam yang baru!

Yang ikhlas,
Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan
Ahli Majlis MPKJ

Setiap lampu yang menyala bukan sekadar cahaya, tetapi juga harapan untuk dunia yang lebih baik. Mari kita menjadi pemba...
31/10/2024

Setiap lampu yang menyala bukan sekadar cahaya, tetapi juga harapan untuk dunia yang lebih baik. Mari kita menjadi pembawa cahaya dalam kehidupan kita dan orang lain. Happy Deepavali!

Terima kasih Masjid Kariah Sg Sekamat kerana sudi menjemput saya.
16/10/2024

Terima kasih Masjid Kariah Sg Sekamat kerana sudi menjemput saya.

14/08/2024
PROGRAM KAJANG BERSIH KAJANG DIHATI ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KAJANG
13/08/2024

PROGRAM KAJANG BERSIH KAJANG DIHATI ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KAJANG

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60162012265

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Nashriq Bin Zailan - Ahli Majlis MPKj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muhammad Nashriq Bin Zailan - Ahli Majlis MPKj:

Share

Category