RELA Platun SL-07-0332

RELA Platun SL-07-0332 Portal RELA ini dibangunkan oleh Platun SL-07-0332 Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor dan dikawal selia oleh Pihak RELA Platun SL-07-0332 sepenuhnya.

- Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

- Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesi

a dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.

- Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

- Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.

- Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

- Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari. Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:

- Memastikan keselamatan setempat
- Memastikan keamanan setempat
- Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
- Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA

- 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian


Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA

• Warganegara Malaysia.
• Umur 16 tahun dan ke atas.
• Sihat tubuh badan. Kecuali

• Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
• Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
• Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
• Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
• Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
• Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
• Anggota-anggota Pasukan Polis.
• Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
• Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Program khidmat masyarakat bersama JKKKP Sg Ramal Dalam
16/12/2015

Program khidmat masyarakat bersama JKKKP Sg Ramal Dalam

Aktiviti kemasyarakatan bersama JKKKP Kg. Sg. Ramal Dalam, Kajang.
13/12/2015

Aktiviti kemasyarakatan bersama JKKKP Kg. Sg. Ramal Dalam, Kajang.

Aktiviti kemasyarakatan di bulan puasa. Program Bubur Lambuk.
04/07/2015

Aktiviti kemasyarakatan di bulan puasa. Program Bubur Lambuk.

26.2.2015 Aktiviti pagi ini.
26/02/2015

26.2.2015 Aktiviti pagi ini.

Aktiviti mengecat jalan lot parkir di hadapan PKKR 0332.
09/02/2015

Aktiviti mengecat jalan lot parkir di hadapan PKKR 0332.

Aktiviti kemasyarakatan malam tadi. Mengecat bumper jalan kampung.
03/02/2015

Aktiviti kemasyarakatan malam tadi. Mengecat bumper jalan kampung.

Terima kasih Jabatan Imigresen Negeri Selangor.
14/01/2015

Terima kasih Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

Kawalan aman & lalulintas majlis perkahwinan bersama platun 0332 & 0043 di Jln Teratai 7, Sg Ramal Dalam. Kajang.
29/11/2014

Kawalan aman & lalulintas majlis perkahwinan bersama platun 0332 & 0043 di Jln Teratai 7, Sg Ramal Dalam. Kajang.

Kawalan aman & lalulintas majlis perkahwinan bersama platun 0332 & 0043 di Jln Teratai 6, Sg Ramal Dalam, Kajang.
29/11/2014

Kawalan aman & lalulintas majlis perkahwinan bersama platun 0332 & 0043 di Jln Teratai 6, Sg Ramal Dalam, Kajang.

Bertugas kawalan lalulintas di Dewan AADK Sg Merab dibantu oleh pasukan polis bantuan.
22/11/2014

Bertugas kawalan lalulintas di Dewan AADK Sg Merab dibantu oleh pasukan polis bantuan.

22/11/2014
REMINDERS:Program 10,000 langkah anjuran KEMAS, JKKKP & RELA, Acara:1. Senaman robik,  2. Pemeriksaan kesihatan selepas ...
22/11/2014

REMINDERS:
Program 10,000 langkah anjuran KEMAS, JKKKP & RELA, Acara:
1. Senaman robik,
2. Pemeriksaan kesihatan selepas berjalan 10,000 langkah.
3. Cabutan bertuah menanti anda.

Masa: 7.30 pg
Tarikh: 16.11.2014 (Ahad)
Tempat: Dataran Al-Falah, Sg Ramal Dalam, Kajang.

Semua anggota RELA Mukim Kajang 2 dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Address

Kajang
43000

Telephone

+60122765749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Platun SL-07-0332 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Platun SL-07-0332:

Share