Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang LAMAN RASMI BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KAJANG

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:YDH DCP D...
25/08/2026

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin
Timbalan Pengarah
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(Penguatkuasaan / Kawalan Lalulintas / Pengurusan Saman)

atas penerimaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan.

Semoga penganugerahan ini menjadi suntikan semangat untuk terus berbakti dan memberikan perkhidmatan terbaik demi Polis Diraja Malaysia dan masyarakat.

Tahniah YDH Datuk.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA







25/08/2026

π‚π”π“πˆ ππ„π‘πˆπ’π“πˆπ–π€ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πƒπˆ π’π”πŠπŒπ€ π—π—πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

Plot twist yang kita semua tunggu akhirnya tiba. πŸ˜‚

Yang dulu tu… PALSU. ❌
Yang ini… SAH! βœ…

Tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Selangor yang telah berjuang membawa nama negeri di pentas SUKMA XXI Selangor 2026! β€οΈπŸ’›

Terima kasih atas semangat, usaha, disiplin dan pengorbanan yang dicurahkan. Kepada semua kontinjen yang bertanding, anda semua hebat! Setiap perjuangan, kemenangan dan cabaran yang dilalui menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Selangor.

Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan gemilang ini, Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selasa, 1 September 2026 sebagai Cuti Peristiwa Khas.

Ayuh kita raikan kejayaan para atlet Selangor yang telah mengharumkan nama negeri!

1 September 2026 (Selasa).
Jumpa… selepas cuti. πŸ˜‚

Kita Juara! πŸ†β€οΈπŸ’›



OPERASI BERKALA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KAJANGKAJANG, 25 OGOS 2026 – Bahagian Siasatan dan Pengu...
25/08/2026

OPERASI BERKALA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KAJANG

KAJANG, 25 OGOS 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Kajang telah melaksanakan Op Pematuhan dan Pencegahan Jenayah di Kilometer 3, Lebuhraya SILK, Kajang. Operasi mensasarkan pematuhan undang-undang Jalan Raya ini dilakukan secara berkala.

Operasi yang melibatkan anggota BSPTD Kajang, tersebut memberi fokus kepada pemeriksaan dan pemantauan pengguna jalan raya bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta undang-undang jalan raya.

Sepanjang operasi, sebanyak 82 buah kenderaan dan 89 orang telah diperiksa. Sebanyak 40 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Dalam operasi yang sama, pihak polis turut membuat satu rampasan motosikal jenis Honda EX5 bernombor pendaftaran NBH 5340 di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Motosikal berkenaan didapati mempunyai kesalahan berkaitan lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh yang ditunggangi oleh seorang lelaki warganegara Myanmar.

Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang, memastikan dokumen dan kenderaan berada dalam keadaan sah serta lengkap sebelum memulakan perjalanan.

Operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta pematuhan pengguna jalan raya di daerah Kajang.









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan Media,HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT ...
24/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan Media,

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI DAERAH KAJANG

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 akan diadakan pada 30 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di Stadium Kajang.

Sehubungan dengan penganjuran program tersebut, beberapa jalan utama di sekitar Bandar Kajang akan ditutup sepenuhnya dan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas serta keselamatan orang awam sepanjang berlangsungnya sambutan.

1. JALAN YANG DITUTUP SEPENUHNYA

Jalan Mahkamah
26 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026

1. JALAN YANG DITUTUP SECARA BERPERINGKAT

2. Jalan Cempaka Putih
3. Jalan Cempaka Kuning
4. Jalan Stadium
5. Jalan Cheras

Penutupan jalan bagi laluan-laluan tersebut adalah mengikut ketetapan masa seperti berikut:

28 Ogos 2026 (Jumaat)

- 0830 hingga 1030 hrs (Raptai Sambutan)
- 1900 hingga 2300 hrs (Raptai Sambutan)

29 Ogos 2026 (Sabtu)

- 1900 hingga 2200 hrs (Raptai Penuh Sambutan)

30 Ogos 2026 (Ahad)

- 0800 hrs hingga selesai

Untuk hal-hal kecemasan di dalam kawasan sekitar terdapat beberapa petugas Kesihatan bersama Ambulans yang telah ditempatkan iaitu di:

- Ambulans Hospital Kajang- di belakang pentas VVIP
- ⁠Ambulans St John- dalam pekarangan Restoran Sate Hj Samuri
- ⁠Ambulans KPMC- di Jalan Mahkamah
- ⁠Ambulans ATM- di Jalan Stadium

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan penggunaan jalan-jalan yang terlibat dalam tempoh penutupan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar lokasi sambutan.

Beberapa laluan utama juga akan dilencongkan dan kawalan lalu lintas akan dilaksanakan oleh pihak polis bagi memastikan pergerakan trafik berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

Pihak Polis turut menasihatkan semua pengunjung yang hadir ke Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 supaya mematuhi arahan serta panduan yang diberikan oleh Pegawai Polis yang bertugas di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Kerjasama semua pengguna jalan raya dan pengunjung amat dihargai bagi memastikan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 berlangsung dalam keadaan lancar, selamat dan terkawal.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan trafik boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan IPD Kajang di talian 03-8911 4222.

Sekian, terima kasih.

FAKTA MEDIA
KETUA POLIS DAERAH KAJANG
24 Ogos 2026 @ 1900 hrs

21/08/2026

KAWALAN LALULINTAS BSPTD KAJANG BERSAMA EMPV SILK HIGHWAY KENDALIKAN KEJADIAN SILINDER GAS LPG TERBAKAR

Pada 21 Ogos 2026 – BSPTD Kajang bersama anggota EMPV SILK Highway telah hadir ke lokasi kejadian melibatkan sebuah lori yang membawa muatan silinder gas LPG terbakar ketika sedang bergerak di KM 0.1 Lebuhraya SILK, Kajang.

Sehubungan itu, anggota BSPTD Kajang bersama EMPV SILK Highway telah mengambil tindakan segera dengan mengawal aliran lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar lokasi kejadian, di samping mengelakkan sebarang kejadian susulan.

Tindakan pantas dan kerjasama antara BSPTD Kajang bersama EMPV SILK Highway amat penting dalam memastikan situasi dapat dikawal dengan baik serta kelancaran lalu lintas sentiasa terpelihara.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat atas komitmen serta tindakan pantas dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.







ZIARAH KEMATIAN AYAH KANDUNG ANGGOTA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG20 Ogos...
20/08/2026

ZIARAH KEMATIAN AYAH KANDUNG ANGGOTA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG

20 Ogos 2026 – Wakil Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menziarahi keluarga Konst Nur Shahira Binti Sarjari berikutan pemergian ayah kandung beliau, Allahyarham Sjn (B) Sarjari Bin Said, di kediaman keluarga yang terletak di Permatang Rambai, Penaga, Pulau Pinang.

Allahyarham yang berusia 58 tahun telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2026 jam 1527hrs di Hospital Taiping, Perak akibat pendarahan dalam otak akibat darah tinggi. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Rambai, Penaga, Pulau Pinang.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga yang ditimpa musibah, di samping menyampaikan ucapan salam takziah daripada seluruh warga BSPTD Kajang. Turut disampaikan sumbangan khairat BSPTD Kajang sebagai tanda keprihatinan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi keluarga.

Kehadiran warga BSPTD Kajang mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan serta nilai kebajikan yang sentiasa menjadi teras dalam organisasi PDRM.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman serta memberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

πŸš“ADUAN AWAM BERKAITAN  KANAK- KANAK MENUNGGANG BASIKAL LAJAK DI JALAN AWAM🚲KAJANG, 15 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan ...
15/08/2026

πŸš“ADUAN AWAM BERKAITAN KANAK- KANAK MENUNGGANG BASIKAL LAJAK DI JALAN AWAM🚲

KAJANG, 15 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kajang telah menerima aduan awam tentang aktiviti kanak-kanak menunggang basikal lajak di jalan awam sekitar Taman Saujana Impian, Kajang.

Bertindak atas maklumat anggota penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang telah ke lokasi dan mendapati sekitar 15-20 kanak-kanak bersama basikal lajak sedang berkumpul dan melakukan beberapa aksi yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Sedar dengan kehadiran pihak polis ke lokasi, beberapa kanak-kanak tersebut nekad melarikan diri dan meninggalkan basikal di lokasi.

⚠️NASIHAT PIHAK POLIS KEPADA IBUBAPA

β–ͺ️Pantau pegerakan dan aktiviti anak-anak, Khususnya ketika mereka berada di luar rumah.
β–ͺ️Terangkan kepada mereka tentang bahaya basikal lajak, aksi bahaya serta menunggang secara bahaya di jalan awam
β–ͺ️Galakkan anak-anak menggunakan kawasan yang selamat dan dikhaskan untuk berbasikal
β–ͺ️Ibubapa perlu sentiasa memberi teguran dan nasihat supaya keselamatan anak-anak tidak terjejas
β–ͺ️Ibubapa juga perlu memantau keadaan basikal anak-anak.

β€œIbu bapa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan terhadap anak-anak dan tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti basikal lajak di jalan raya demi mengelakkan kemalangan serta memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.”






πŸš” OP MOTOSIKAL DAN PENCEGAHAN JENAYAH BSPTD KAJANGKAJANG, 14 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Dae...
14/08/2026

πŸš” OP MOTOSIKAL DAN PENCEGAHAN JENAYAH BSPTD KAJANG

KAJANG, 14 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kajang telah melaksanakan Op Motosikal dan Pencegahan Jenayah di Jalan Hulu Langat dari jam 1540 hingga 1730 hrs.

Operasi ini memberi fokus kepada pemeriksaan kenderaan, pematuhan peraturan lalu lintas serta pencegahan kesalahan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Operasi ini turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan Hulu Langat, khususnya melalui pengesanan awal kesalahan lalu lintas yang berpotensi menyumbang kepada kemalangan.

πŸ“Œ HASIL OPERASI

πŸ”Ή 125 buah kenderaan telah diperiksa.
πŸ”Ή 139 orang telah diperiksa.
πŸ”Ή Sebanyak 42 saman POL 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
πŸ”Ή Antara kesalahan yang dikesan termasuk kesalahan lesen memandu, nombor pendaftaran, LKM, pengubahsuaian ekzos, topi keledar, cermin sisi dan tali pinggang keledar.
πŸ”Ή 5 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan berkaitan lesen memandu dan LKM, termasuk tiada perlindungan insurans.

⚠️ NASIHAT KESELAMATAN KEPADA PENUNGGANG MOTOSIKAL

BSPTD Kajang menasihatkan semua penunggang motosikal supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Penunggang motosikal hendaklah:

βœ… Memastikan lesen memandu masih sah serta LKM dan perlindungan insurans masih berkuat kuasa.
βœ… Memakai topi keledar yang diluluskan serta memastikan ia dipakai dan diikat dengan sempurna.
βœ… Mematuhi had laju, isyarat lalu lintas dan peraturan jalan raya.
βœ… Tidak melakukan pengubahsuaian motosikal yang menyalahi undang-undang, khususnya melibatkan sistem ekzos dan nombor pendaftaran.
βœ… Tidak memotong atau mencelah secara berbahaya serta sentiasa menjaga jarak selamat dengan kenderaan lain.
βœ… Sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berisiko kemalangan, persimpangan, selekoh dan jalan yang sibuk.
βœ… Mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Penunggang motosikal merupakan antara pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan. Oleh itu, aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan dan kesalahan lalu lintas tidak seharusnya dianggap sebagai perkara biasa.

Patuhi undang-undang, tunggang dengan berhemah dan sentiasa utamakan keselamatan.

🚨 ANDA PATUH, ANDA SELAMAT.
🏍️ TUNGGANG DENGAN BERHEMAH, PATUHI UNDANG-UNDANG.

Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti mempunyai risiko kemalangan bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya serta membantu mengurangkan kejadian kemalangan di daerah Hulu Langat.









Address

BSPT IPD KAJANG
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share