21/05/2026
19 Mei 2026, Kuantan - MIROS telah menyempurnakan Program KITARA @ Komuniti Negeri Pahang bersama Tok Empat JPKK Kuantan bertempat di Dewan Blok C, SUK, Wisma Sri Pahang.
Program ini yang disokong oleh Global Road Safety Partnership bertujuan memperkasakan wakil komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran keselamatan jalan raya dengan topik seperti Kelajuan, Topi Keledar, Persimpangan, dan Pejalan Kaki.
Para peserta turut diperkenalkan dengan Panduan KITARA, sebuah sumber rujukan yang dibangunkan untuk membantu mereka melaksanakan program keselamatan jalan raya secara sistematik di kawasan komuniti masing-masing.
Program ini disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, dengan kehadiran YBrs. Ir. Ts. Azhar bin Hamzah, Pengarah Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, MIROS; YBrs. Tuan Ts. Azrul bin Bakhtiar, Ketua Penolong Setiausaha (Sektoral), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang; YBrs. Encik Nazrifairuz bin Mahmod, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, dan juga pegawai-pegawai lain yang turut hadir.
Terima kasih atas komitmen Tok Empat semua, Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta semua yang hadir. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan kepada tindakan untuk menjadikan komuniti kita lebih selamat.
KP Miros Global Road Safety Partnership