12/12/2021
PRINSIP-PRINSIP RAWATAN PENAGIHAN DADAH
(UNODC, 2009)
Penagihan dadah adalah satu masalah kesihatan yan disebabkan oleh banyak faktor. Model biopsikososial menunjukkan bahawa penagihan dadah adalah masalah pelbagai aspek yang memerlukan kepakaran dalam pelbagai disiplin bagi menangani dan merawatnya.
Berikut adalah 9 prinsip rawatan penagihan dadah yang telah dirumuskan oleh UNODC
1. Rawatan perlulah tersedia dan mudah dicapai
2. Saringan, pentaksiran, diagnosis dan pelan rawatan mestilah dilaksanakan
3. Rawatan hendaklah dipandu oleh bukti-bukti saintifik
4. Rawatan hendaklah mematuhi kewajipan menjaga hak-hak asasi manusia
5. Rawatan yang sesuai dan khusus untuk kelompok-kelompok yang mempunyai keperluan-keperluan tersendiri seperti wanita, kanak-kanak, dan individu-individu terpinggir
6. Rawatan penagihan dan sistem keadilan jenayah (perlu diselaraskan)
7. Penglibatan komuniti dan orientasi pesakit
8. Tadbir urus klinikal bagi perkhidmatan rawatan
9. Sistem rawatan yang menghubungkan secara bersepadu pembentukan polisi rawatan, perancangan strategik dan penyelarasan perkhidmatan
Saranan bagi tindakan-tindakan yang perlu diambil juga telah disenaraikan. Tindakan-tindakan yang dicadangkan boleh dilaksanakan secara beransur-ansur namun teratur dengan mengambil kira situasi dan kekangan di tempat masing-masing.
Untuk maklumat lanjut yang terperinci sila baca link di bawah: