Maktabah Al- Ihya'

Maktabah Al- Ihya' Sebuah pusat keilmuan yang menggabungkan fungsi sebagai: pusat sumber, pusat penyelidikan dan pembangunan ilmu turath Islam.

Maktabah al-Ihya' menyediakan bahan-bahan bacaan terutamanya dalam bidang aqidah, fiqh, tasawwuf dan tamadun Islam, dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Namun, fokus dan penekanan diberikan pada bahan bacaan berbahasa Arab dan rujukan-rujukan yang penting tetapi sukar untuk didapati terutamanya dalam bidang aqidah, tasawwuf Islam dan kitab-kitab sanad-sanad keilmuan Islam. Bahkan,

ia juga menjadi tempat penyelidikan dan perbincangan ilmiah sesama para ilmuwan dalam bidang agama bagi membahaskan tentang isu-isu semasa yang melibatkan agama Islam. Di samping itu juga, ianya dijadikan tempat untuk melatih para mahasiswa untuk membuat penyelidikan ilmah, memahami ilmu-ilmu agama yang asas serta membimbing para peserta untuk memahami karya para ulama' Islam. Selain daripada ianya sebagai pusat sumber dan pusat penyelidikan, ianya juga menyediakan kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus intentsif bagi mendekatkan masyarakat ilmuwan kepada khazanah keilmuan warisan para ulama' Islam silam. Keahilan dibuka kepada pelbagai lapisan masyarakat samada untuk sekadar membaca dan merujuk bahan bacaan di Maktabah al-Ihya' semata-mata, ataupun untuk terlibat dalam program-program keilmuan yang disediakan di samping menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ianya dibuka pada hari Selasa sehingga hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Address

14, Jalan Seri Putra 1/2, Persiaran Seri Putra, Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktabah Al- Ihya' posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maktabah Al- Ihya':

Share

Category