Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi

Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi Memberi Latihan Kepada Angkatan Pertahanan Awam Dengan Penekanan Amalan Terbaik (Best Practises)

4 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA)SESI LAPOR DIRI PEGAWAI WARAN SJN.MEJ 1 BERKUATKUASA 2 ...
04/09/2026

4 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA)

SESI LAPOR DIRI PEGAWAI WARAN SJN.MEJ 1 BERKUATKUASA 2 SEPTEMBER 2026

π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό π™ˆπ™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Syukri Madnor










KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DES...
04/09/2026

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) TAHUN 2026

Majlis penutup Kursus Pengenalan Pengurusan Bencana bagi Floor Marshall (FM) dan Emergency Response Team (ERT) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan Pertahanan Awam, pengurusan bencana, keselamatan di air, aktiviti lapangan serta latihan melawan kebakaran sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan keselamatan di tempat bertugas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. πŸ‘

ALPHA MEMACU KECEMERLANGAN

KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DES...
04/09/2026

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) TAHUN 2026

Sesi latihan diteruskan dengan latihan melawan kebakaran yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan tindakan awal ketika berlakunya kebakaran di tempat kerja.

Peserta diberi latihan secara praktikal dalam penggunaan peralatan pemadaman api serta teknik yang betul dan selamat bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal.

Latihan ini penting bagi meningkatkan keyakinan, kecekapan dan kesiapsiagaan Floor Marshall (FM) dan Emergency Response Team (ERT) dalam menghadapi situasi kecemasan.

ALPHA MEMACU KECEMERLANGAN

KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DES...
03/09/2026

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) TAHUN 2026

Sesi latihan diteruskan dengan aktiviti Water Confidence di Blue Lagoon yang memberi pendedahan kepada peserta dalam membina keyakinan, ketahanan diri serta kemahiran asas ketika berada di persekitaran air.

Aktiviti ini turut menekankan aspek keselamatan di air, keberanian, kerjasama berpasukan dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

ALPHA MEMACU KECEMERLANGAN 🚨

KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DES...
03/09/2026

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) TAHUN 2026

Aktiviti diteruskan dengan hiking ke Air Terjun Botak yang memberi peluang kepada peserta menguji ketahanan fizikal, membina semangat berpasukan serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dalam persekitaran luar.

Selain menguji stamina, aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek keselamatan, pengurusan risiko dan kesiapsiagaan ketika berhadapan dengan cabaran di lapangan.

ALPHA MEMACU KECEMERLANGAN 🚨

KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Puan Nardia binti NuruddinπŸŽ‚ Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjanga...
03/09/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Puan Nardia binti NuruddinπŸŽ‚

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, rezeki yang melimpah, kebahagiaan bersama keluarga serta ketenangan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diluaskan pintu rezeki, dipelihara daripada segala musibah, dikurniakan kekuatan dalam menggalas setiap amanah, serta sentiasa berada di bawah rahmat, perlindungan dan kasih sayang-Nya.

Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan, setiap impian yang baik dipenuhi, setiap doa yang dipanjatkan dimakbulkan, dan setiap hari yang mendatang membawa keberkatan, kegembiraan serta kejayaan yang berterusan.

π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό π™ˆπ™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰











KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DES...
02/09/2026

KURSUS PENGENALAN PENGURUSAN BENCANA BAGI FLOOR MARSHALL (FM) DAN EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) TAHUN 2026 🚨

Sesi pengenalan kepada Pertahanan Awam dan pengurusan bencana sebagai pendedahan kepada peserta berkaitan peranan, tanggungjawab serta tindakan yang perlu diambil dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Pengetahuan ini penting bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan koordinasi Floor Marshall (FM) serta Emergency Response Team (ERT) dalam memastikan keselamatan warga kerja di tempat bertugas.

ALPHA MEMACU KECEMERLANGAN

KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAntara momen yang sempat dirakam melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahana...
31/08/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Antara momen yang sempat dirakam melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam perarakan aset sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

Penglibatan para pegawai dan anggota dalam perarakan ini mencerminkan semangat, disiplin, kesiapsiagaan serta komitmen APM dalam melaksanakan amanah untuk melindungi dan membantu masyarakat ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana.

π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό π™ˆπ™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Syukri Madnor










πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAntara momen yang sempat dirakam di Dataran Putrajaya persembahan pasukan pancaragam ...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Antara momen yang sempat dirakam di Dataran Putrajaya persembahan pasukan pancaragam dan perbarisan yang penuh bersemangat, disiplin serta jiwa patriotik.

Rentak pancaragam dan langkah seiring menyemarakkan lagi suasana sambutan, menjadi simbol semangat kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.

π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό π™ˆπ™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Syukri Madnor











πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!31 Ogos 2026 | IsninKemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, teta...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!

31 Ogos 2026 | Isnin

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan lambang perjuangan, pengorbanan dan semangat patriotisme yang terus menyala dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menjaga keharmonian serta berganding bahu membina Malaysia yang lebih sejahtera, aman dan makmur.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό π™ˆπ™€π™ˆπ˜Όπ˜Ύπ™ π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰











Address

Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Lot 14617, Persiaran Institusi Bangi, Kawasan Institusi Bangi
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi:

Shortcuts

Share