Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, Government Organization, Tmn Bukit Mewah Fasa 9, Kajang.

STRIDE MEMPERKASA INOVASI PERTAHANAN NEGARA DI KARNIVAL CIMIC & HKHM MELAKA 2026MELAKA, 29-31 Ogos 2026- Institut Penyel...
31/08/2026

STRIDE MEMPERKASA INOVASI PERTAHANAN NEGARA DI KARNIVAL CIMIC & HKHM MELAKA 2026

MELAKA, 29-31 Ogos 2026- Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) tampil megah mempamerkan teknologi dan inovasi pertahanan tempatan sempena Karnival CIMIC 2026 bersekali dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Melaka 2026.

Majlis Perasmian Karnival CIMIC Melaka 2026 turut diseri dan disaksikan oleh Ketua Pengarah STRIDE, YBrs. Tuan Nor Azlan Mohd. Ramli yang bersama-sama menyokong aspirasi pemerkasaan keupayaan pertahanan negara.

Antara inovasi utama yang dibawakan khas oleh STRIDE di pameran kali ini:

i) SIGMAI (Smart Integrated Gadjets for Military with AI)
Prototaip sistem pemantauan pintar berasaskan penglihatan (vision-based) untuk kesedaran situasi (situational awareness) masa nyata.

ii) TUGV (Tactical Unmanned Ground Vehicle)
Mikro UGV untuk operasi peninjauan dan pengawasan khas (reconnaissance & surveillance).

iii) Teknologi Kamuflaj Tropika
Tropikamo: Fabrik kamuflaj termaju yang direka khas untuk mengurangkan pengesanan penglihatan malam (Night Vision Devices) di persekitaran tropika melalui peningkatan perlindungan Near Infrared (NIR).

iv) Sistem Pengukuran Rocket Thrusters
Sistem ujian khusus bagi menilai ketepatan dan prestasi tujuan roket untuk kegunaan sains ketenteraan.

Penyertaan ini menjadi platform STRIDE untuk memperkenalkan hasil penyelidikan dan inovasi pertahanan kepada masyarakat serta memperlihatkan peranan sains dan teknologi dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara.

30/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, ayuh kita semarakkan semangat patriotisme, perkasakan perpaduan serta hargai nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi.

Dengan semangat kecintaan kepada tanah air, marilah kita terus berganding bahu, memperkukuh usaha membina Malaysia yang lebih maju, berdaya saing, berdaulat dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

LAWATAN KERJA PANGLIMA MARKAS SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API (PANGSEPI) TLDM KE BTM STRIDE LUMUT26 Ogos 2026 – Bahagian...
27/08/2026

LAWATAN KERJA PANGLIMA MARKAS SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API (PANGSEPI) TLDM KE BTM STRIDE LUMUT

26 Ogos 2026 – Bahagian Teknologi Maritim (BTM), Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Laksamana Pertama Ahmad Nazree bin Abu Hassan, Panglima Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (PANGSEPI), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama delegasi beliau. Lawatan yang disambut oleh Pengarah BTM, Puan Noor Aishah binti Sa'at, melibatkan sesi menandatangani buku pelawat, tinjauan fasiliti serta taklimat berkaitan keupayaan penyelidikan dan pembangunan teknologi maritim STRIDE.

Lawatan turut disusuli sesi perbincangan strategik bagi memperkukuh penjajaran sokongan R&D STRIDE dengan keperluan operasi serta keupayaan pihak Markas Selam. Kerjasama berterusan antara STRIDE dan TLDM ini mencerminkan komitmen dalam memperkasa keupayaan teknologi pertahanan maritim negara serta menyokong usaha mencapai kemandirian pertahanan (self-reliance). Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺSempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta s...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur, menjadi panduan dalam membentuk peribadi yang berintegriti, amanah dan berakhlak mulia.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. ﷺ

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada warga STRIDE ☺️

BENGKEL TEKNIKAL PROJEK R&D PERTAHANAN STRIDE-ATM (RP 3, RMKe-13)​Klana Resort Seremban – STRIDE bersama Markas Angkatan...
21/08/2026

BENGKEL TEKNIKAL PROJEK R&D PERTAHANAN STRIDE-ATM (RP 3, RMKe-13)

​Klana Resort Seremban – STRIDE bersama Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) melalui Bahagian Perancangan Pertahanan (BPP) telah menganjurkan Bengkel Teknikal Projek R&D Pertahanan Peringkat STRIDE/ATM pada 19–21 Ogos 2026. Bengkel di bawah pemantauan Jawatankuasa Induk Kerjasama Teknikal STRIDE-ATM (JIKTSA) ini menjadi platform strategik bagi menilai dan menyelaraskan cadangan projek baharu R&D sebelum diangkat ke peringkat Kementerian Pertahanan serta dimuat naik ke Sistem MyProjek bagi RP 3 (2028) RMKe-13.

​Sesi ini dipengerusikan bersama oleh YBrs. Mej Jen Omar bin Hj Dawami TUDM (MK ATM-BPP) dan YBrs. ChM. Dr. Mahdi bin Che Isa (STRIDE). Semoga resolusi yang dicapai dapat memperkasakan keupayaan sains dan teknologi pertahanan demi kedaulatan negara.

KURSUS PENGURUSAN PROJEK DAN PENILAIAN RISIKO | 17 – 19 OGOS 2026Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (S...
21/08/2026

KURSUS PENGURUSAN PROJEK DAN PENILAIAN RISIKO | 17 – 19 OGOS 2026

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Projek dan Penilaian Risiko yang berlangsung selama tiga hari, pada 17 hingga 19 Ogos 2026 di Kompleks Induk STRIDE Kajang.

Kursus ini telah disertai oleh 22 orang peserta dan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Abang Annuar Ehsan, Pensyarah Universiti dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sepanjang tiga hari, peserta didedahkan kepada aspek asas pengurusan projek, penilaian dan pengurusan risiko, pengawalan risiko serta pembuatan keputusan dalam pengurusan projek. Sesi turut merangkumi latihan praktikal, kajian kes dan simulasi pengurusan projek bagi memperkukuh kefahaman peserta dalam mengurus projek secara sistematik dan berkesan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam menyokong pelaksanaan projek R&D yang lebih terancang, berkesan dan berimpak.

Terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Abang Annuar Ehsan atas perkongsian ilmu dan kepakaran sepanjang kursus berlangsung.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA DELEGASI INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT (IJED) PORT DICKSONKAJANG,  19 Ogos 2026 - ...
21/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA DELEGASI INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT (IJED) PORT DICKSON

KAJANG, 19 Ogos 2026 - STRIDE telah menerima lawatan daripada 29 orang peserta Kursus Ketua Woksyop Siri 26/2026 dan Kursus Kejuruteraan Lanjutan Pegawai Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja. dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Port Dickson.

Taklimat kepada pelawat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun, Kompleks Induk STRIDE bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peranan, kepakaran serta kemudahan penyelidikan dan pengujian yang terdapat di STRIDE.

Delegasi turut berpeluang melawat ke Makmal Electromagnetic Compatibility (EMC) serta Makmal Struktur dan Bahan Pesawat STRIDE, di samping mendapatkan penerangan berkaitan keupayaan teknikal dan perkhidmatan yang disediakan.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan strategik, perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama antara STRIDE dan Tentera Darat dalam memperkasakan teknologi pertahanan negara.

SESI PERBINCANGAN CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA STRIDE DENGAN MYALTECH SDN. BHD.KAJANG, 18 Ogos 2026 – Timbalan Ke...
18/08/2026

SESI PERBINCANGAN CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA STRIDE DENGAN MYALTECH SDN. BHD.

KAJANG, 18 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan Pertahanan) STRIDE, YBrs. ChM. Dr. Mahdi bin Che Isa telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Cadangan Kerjasama Strategik antara STRIDE dengan Myaltech Sdn. Bhd. di Kompleks Induk STRIDE hari ini.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Pengarah serta pegawai Bahagian Teknologi SABER STRIDE dan pegawai-pegawai daripada Myaltech Sdn. Bhd.


18/08/2026

Address

Tmn Bukit Mewah Fasa 9
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387324400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share