Balai Polis Kalabakan

Balai Polis Kalabakan Laman Rasmi Balai Polis Kalabakan IPD Tawau

KALABAKAN 15 April 2026 – Balai Polis Kalabakan hari ini menzahirkan semangat kebersamaan melalui penganjuran Majlis Jam...
15/04/2026

KALABAKAN 15 April 2026 – Balai Polis Kalabakan hari ini menzahirkan semangat kebersamaan melalui penganjuran Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung meriah dalam suasana penuh harmoni.

Majlis yang bermula jam 1.00 tengah hari itu dihadiri oleh Ketua Polis Balai Kalabakan, Sarjan Mejar (SM) Eddy, yang meluangkan masa menyantuni seluruh anggota di bawah seliaannya beserta ahli keluarga masing-masing.

Selain meraikan kemenangan Syawal, pertemuan ini menjadi platform bagi SM Eddy dan warga balai untuk memperkukuh ukhuwah serta menghargai pengorbanan ahli keluarga yang menjadi tunggak kekuatan anggota dalam menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan daerah.

Juadah tradisi yang disajikan serta kehadiran anak-anak anggota ternyata memeriahkan lagi suasana, sekali gus membuktikan komitmen PDRM dalam menjaga kebajikan dan hubungan kekeluargaan warga pasukannya.

SELAMAT HARI POLIS KE-219: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA​Seluruh warga Balai Polis Kalabakan ingin merakamkan ucap...
25/03/2026

SELAMAT HARI POLIS KE-219: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

​Seluruh warga Balai Polis Kalabakan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Hari Polis ke-219 kepada semua warga PDRM, khususnya yang bertugas di daerah Kalabakan.

​Tahun 2026 membuktikan komitmen kita dalam menjaga kedaulatan dan ketenteraman awam demi kesejahteraan komuniti. Terima kasih kepada masyarakat Kalabakan yang sentiasa menjadi 'mata dan telinga' kami.

​“Ketegasan dalam Menjalankan Tugas, Keikhlasan dalam Memberi Perkhidmatan.”

​Ikhlas daripada,
SM Eddy Bin Abdullah
Ketua Polis Balai Polis Kalabakan & Seluruh Warga Kerja.

Address

Balai Polis Kalabakan
Kalabakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Kalabakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category