18/05/2026
MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA (MISSRA) PERINGKAT DAERAH KAMPAR TAHUN 2026
16 MEI 2026 (Sabtu) Telah diadakan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Rendah Agama (MISSRA) Peringkat Daerah Kampar bertempat di SRAR Nurul Iman. Sebanyak enam acara telah dipertandingkan iaitu nasyid , tilawah al-quran , hafazan, bercerita ,tulisan jawi , dan seni khat.
Para peserta terdiri dalam kalangan sekolah-sekolah KAFA dari daerah Kampar. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Badrulhusaini bin Baharudin (Pegawai Tadbir Agama Daerah Kampar) .
Tahniah kepada semua para peserta dan para guru yang terlibat dalam menjayakan Majlis Ihtifal ini. Semoga usaha dan kejayaan ini akan memberikan semangat yg mendalam kepada murid-murid untuk terus melangkah lebih jauh pada masa akan datang.