SK Tualang Sekah

SK Tualang Sekah Sebuah sekolah Transformasi (TS25) yang menitik beratkan kecemerlangan pembelajaran dan sahsiah murid

OUR SCHOOL OUR PRIDE OUR DIGNITY

Semoga kita semua dapat jaga pemakanan keluarga kita mulai dari sekarang . Semua bermula dari sebuah langkah kecil . Bur...
09/05/2026

Semoga kita semua dapat jaga pemakanan keluarga kita mulai dari sekarang .
Semua bermula dari sebuah langkah kecil .

Burung kedidi, burung merpati,
Burung helang, burung murai,
Burung merak, burung gagak,
Itu semua nama nama burung.
Kenapa baca macam pantun?

KEJOHANAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 TAHUN MSS PERAKDua orang wakil SKTS , Zafran Asfa dan Muhd Harith Rizqi telah terpilih me...
06/05/2026

KEJOHANAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 TAHUN MSS PERAK

Dua orang wakil SKTS , Zafran Asfa dan Muhd Harith Rizqi telah terpilih mewakili pasukan MSSD Kinta Selatan di kejohanan tersebut .

Pencapaian : JOHAN Kategori Bowl

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang pemain kita .
SKTS ..1..2..3.. URAAAAAA

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak mak...
06/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.

25 April 2026Kejohanan Sukan Tahunan ke 58/ 2026 SK Tualang Sekah yang dirasmikan oleh YB Dato' Khairudin bin Abu Hanipa...
06/05/2026

25 April 2026

Kejohanan Sukan Tahunan ke 58/ 2026 SK Tualang Sekah yang dirasmikan oleh YB Dato' Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
'Our School , Our Pride , Our Dignity

SKTS ...1...2...3... uraaaaaa

Kadang-kadang keberanian bukan pada siapa paling popular, tetapi pada siapa yang sanggup bercakap benar walaupun tidak d...
08/04/2026

Kadang-kadang keberanian bukan pada siapa paling popular, tetapi pada siapa yang sanggup bercakap benar walaupun tidak disukai. Emosi yang terluka boleh sembuh, tetapi kejahilan yang dibiarkan boleh menjadi racun kepada masa depan negara.

Salam 20 Syawal

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tualang Sekah Kali Ke-51 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 5 April 2026 yang ...
06/04/2026

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tualang Sekah Kali Ke-51 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 5 April 2026 yang dirasmikan Tuan Haji Nor Aznan bin Hj. Karim PPT , ALUMNI SK Tualang Sekah .
Terima kasih kepada para hadirin yang hadir .

🏆Kejohanan MERENTAS DESA MSSD Kinta Selatan 2026🏈M.HARITH RIZQI (6F) : KE - 8DAMIA QAISARA (5Z) : KE - 24Tahniah dan ter...
19/02/2026

🏆Kejohanan MERENTAS DESA MSSD Kinta Selatan 2026🏈

M.HARITH RIZQI (6F) : KE - 8
DAMIA QAISARA (5Z) : KE - 24

Tahniah dan terima kasih di atas usaha atlet2 yang lain 🙏🙏🙏

SKTS ... 1..2..3... Urraaaaaa

🏆Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Kinta Selatan 2026🏈SKTS A : NAIB JOHAN CUP🥈SKTS B : KETIGA PLATE 🥉Tahniah dan terima kasih S...
19/02/2026

🏆Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Kinta Selatan 2026🏈

SKTS A : NAIB JOHAN CUP🥈
SKTS B : KETIGA PLATE 🥉

Tahniah dan terima kasih SKTS Rangers semua .

SKTS ... 1..2..3... Uurraaaaaa

22/01/2026

Bangun pagi bersolat subuh,
Agar ceria mengadap ilahi,
Tingkah laku pakaian tubuh,
Waspada selalu membawa diri.

Bati jawa bulan purnama,
Dipakai puteri diwaktu senja,
Pekerti mulia menjaga nama,
Walau dimana jagalah ia.

Tenunan asli sibatik jawa,
Pakaian melayu tradisi kita,
Megah sekali menjaga budaya,
tak lekang dek panas subur sentiasa.

Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak melayu hilang didunia.

Tegap tiang disinggahsana,
Tegap berdiri dilaman cindai,
Budaya melayu tegap didunia
Tiada gentar menempuh badai.

Program Minggu Awal Persekolahan 2026✅Taklimat Disiplin berkenaan Buku Panduan  Peraturan Dan Tatatertib Sekolah oleh gu...
13/01/2026

Program Minggu Awal Persekolahan 2026
✅Taklimat Disiplin berkenaan Buku Panduan Peraturan Dan Tatatertib Sekolah oleh guru dari Lembaga Disiplin SELANGKAH kepada semua murid dari Tahun 3 hingga 6.
✅Tarikh: 12 Januari 2026
✅Tempat : Dewan SK Tualang Sekah

Semoga perkongsian maklumat disiplin ini akan dapat membentuk sahsiah dan disiplin murid SK Tualang Sekah ke arah lebih baik.

Address

Malim Nawar
Kampar
31700

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6054775145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tualang Sekah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Tualang Sekah:

Share