04/08/2026
📌 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penaja Bahagian Bukit Gantang
Alhamdulillah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penaja Bahagian Bukit Gantang telah berlangsung dengan lancar. Mesyuarat ini menjadi medan perbincangan dan penyelarasan bagi memperkukuhkan gerak kerja organisasi serta merancang strategi menghadapi cabaran dan amanah yang mendatang.
Semoga segala keputusan yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan bahagian, mengeratkan semangat kebersamaan, dan terus berkhidmat demi kepentingan rakyat.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen yang tinggi.