PAS Kawasan Kampar

PAS Kawasan Kampar PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Minda Presiden PAS DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH HAPUSKAN MELAYU ISLAM Rumpun Melayu yang mendiami Nusantara...
08/08/2026

Minda Presiden PAS

DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH HAPUSKAN MELAYU ISLAM

Rumpun Melayu yang mendiami Nusantara, termasuk bumi Malaysia yang menganut Islam, tidak memisahkan diri daripada Islam walaupun dijajah selama beberapa abad lamanya oleh musuh Barat. Penjajah yang bertindak melampau menentang Islam yang adil kepada semua, serta memperlakukan rakyat dengan zalim.

Di Malaysia, penduduk asal daripada pelbagai rumpun yang memeluk Islam dinamakan Melayu, sehingga perkataan Melayu dan Islam dianggap satu maksudnya.

Setelah dijajah, penjajah menyusun masyarakat di Malaysia secara majmuk mengikut tujuan mereka untuk terus menjajah dengan memindahkan bangsa lain yang dijajah. Mereka memindah masuk kaum yang berbeza daripada kaum di tanah jajahannya supaya terus menjadi masalah yang panjang dan susah diselesaikan.

Kaum Cina yang dibawa telah diletakkan di bandar, manakala kaum India p**a ditempatkan di ladang-ladang dan menjadi pekerja kereta api. Adapun masyarakat Melayu Islam dan penduduk asal bukan lslam p**a diletakkan di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana, Melayu dianggap musuh yang paling besar yang mesti dilemahkan melalui kejahilan dan kemiskinan. Matlamat akhirnya adalah untuk menghapuskan Melayu Islam dan menjadikan mereka seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat.

Masyarakat Melayu dipinggirkan dalam pelajaran, pendidikan, ekonomi dan segala kemudahan asasi walaupun mereka paling bertasamuh dan tidak fanatik perkauman kerana Islamnya. Mereka juga boleh menerima kaum lain yang dibawa masuk oleh penjajah, sehingga orang bukan Melayu Islam boleh hidup dalam keadaan aman walaupun dalam jumlah yang kecil di tengah-tengah masyarakat Melayu Islam, berbanding kedudukan orang Melayu Islam yang kecil di tengah-tengah masyarakat lain.

Di samping itu, penjajah juga meminggirkan orang Melayu dalam keadaan ekonomi yang tidak ada kemudahan lalu dirancang p**a politik yang bertujuan melemahkan orang Melayu. Masyarakat Melayu dipecah-pecahkan supaya menjadi lemah dan mudah dihancurkan.

Di Singapura, People’s Action Party (PAP) juga menyingkirkan orang Melayu daripada politik Singapura yang dijadikan pusat gerakan penjajahan. Adapun di Malaysia, mereka mewujudkan teori Malaysian Malaysia oleh DAP dengan memperalatkan Melayu luar tabii yang lupa akan bangsanya dan menanam semangat perkauman dalam kalangan kaum lain.

Walaupun penjajah asing telah keluar p**ang ke tanah air mereka, mereka meninggalkan petugas yang melangsungkan gerakan menentang Islam dan umatnya yang berterusan. Firman Allah SWT:
.. وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ ...٢١٧

“...Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekafiran), selagi mereka mampu...” [Surah al-Baqarah: 217]

Penentangan terus dilakukan secara ketenteraan yang ganas dan politik yang damai secara halus atas nama kebebasan demokrasi yang licik. Rancangan ini dilakukan bersama kump**an berjenama Islam yang dicipta seperti Islam liberal, Islam progresif, Islam sekular dan lain-lain.

Di wilayah Arab, mereka berjaya menubuhkan negara yang menjadi pangkalan tentera dan ekonomi mereka di samping mewujudkan negara Israel bagi menghalang kebangkitan semula Islam. Rancangan ini dilakukan setelah berjaya memecahbelahkan bangsa Arab dan mempergunakan perpecahan ini bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah.

Manakala di Alam Melayu, diatur gerakan pelajaran dan pendidikan, politik, ekonomi dan pentadbiran, serta penyusunan masyarakat, melalui demokrasi Barat yang bebas. Ia bermula dengan memecahkan umat Islam dalam kalangan rumpun Melayu yang tenggelam dalam kejahilan politik dan tidak bertafaqquh dalam al-din (Islam), khususnya kalangan para ulama’ dan pemimpin.

Singapura yang dikuasai penjajah British dijadikan pusat untuk mengambil langkah bagi menyingkirkan Melayu Islam.

Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan Singapura yang diadakan pada 2 April 1955 merupakan pilihan raya yang dirancang di bawah Perlembagaan Rendel. Pilihan raya tersebut memberi majoriti kerusi pilihan raya kepada rakyat tempatan buat kali pertama dengan disertai ahli lantikan, dan membawa kepada pelantikan David Marshall, seorang Yahudi sebagai Ketua Menteri yang pertama.

Pilihan raya umum yang diatur dan dirancang ini memberi keputusan berikut:

• Parti Barisan Buruh (Labour Front Party - LF): Memenangi 10 kerusi daripada 17 yang ditandingi.
• Parti Progresif (Progressive Party - PP): Memenangi 4 kerusi daripada 22 yang ditandingi.
• Parti Perikatan (UMNO-MCA-Kesatuan Melayu): Memenangi 3 kerusi daripada 5 yang ditandingi.
• Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party - PAP): Memenangi 3 kerusi daripada 4 yang ditandingi.
• Parti Demokratik Singapura (Singapore Democratic Party - DP): Memenangi 2 kerusi daripada 20 kerusi yang ditandingi.

Kerajaan campuran kemudiannya dibentuk. Pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Abdul Hamid Jumat, yang mempunyai bilangan kerusi yang kecil dalam pilihan raya umum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam kerajaan campuran di bawah Ketua Menteri David Marshall yang berbangsa Yahudi.

Akhirnya, pemerintahan diambil alih oleh parti PAP, iaitu parti perkauman Cina yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Parti ini mencapai kemenangan setelah disadur dengan wajah Melayu yang boleh dipergunakan. Melalui kemenangan dalam pilihan raya umum ini, kedudukan Melayu berjaya dirampas melalui sistem demokrasi.

Dalam pilihan raya pada 1 Jun 1959, PAP berjaya memenangi 43 daripada 51 buah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Singapura dibenarkan menjalankan pentadbiran dengan kuasa autonomi. Lee Kuan Yew menjadi Ketua Menteri dengan dilantik beberapa orang pemimpin Melayu yang lupa akan bangsanya, khususnya sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura yang hanya menjadi simbol yang tidak berkuasa.

Apabila Singapura mencapai kemerdekaan, ia dimasukkan dalam Malaysia dan parti PAP mula menubuhkan sayapnya di Malaysia. PAP ditukar nama kepada Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party - DAP) apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) pada tahun 1999, DAP bekerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif bagi mencabar Barisan Nasional (BN). Kerjasama ini dilakukan atas titik perdamaian menentang penyelewengan dan salah laku.

Walau bagaimanapun, desakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang dikuasai oleh Melayu Islam, diistilahkan konservatif oleh DAP serta tidak inklusif. Hal ini telah menyebabkan DAP menarik diri daripada gabungan tersebut.

DAP kekal dengan komitmennya bahawa Malaysia ialah sebuah negara demokratik sekular yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang menghormati semua agama dan kaum.

Malah, persetujuan asal pembentukan Barisan Alternatif adalah untuk “Menuju ke Negara Malaysia yang Adil” bagi melawan hegemoni politik BN dan memecahkan belenggu hak serta kebebasan rakyat termasuk menegakkan keadilan, kebebasan, prinsip demokratik dan pentadbiran kerajaan yang baik. Prinsip sekularisme tidak timbul dalam soal mewujudkan sebuah negara agama atau teokrasi.

Akhirnya, PAS bertindak membatalkan tahaluf apabila DAP melampaui perkara dasar Islam dan hukumnya. Malah, DAP juga turut menentang secara terbuka perjuangan negara Islam dan pelaksanaan syariat bagi penganut Islam di negeri-negeri bawah kerajaan PAS dan menentang usaha PAS melalui Parlimen.

Terakhir, DAP membentuk gagasan politik bersama beberapa parti yang berslogankan reformasi dengan melibatkan penyertaan parti dan NGO Islam progresif untuk melakukan tindakan pembaharuan yang bersifat pragmatik atau sekular di samping kump**an bukan Islam yang ekstrem atau liberal. Gagasan yang berwajahkan demokrasi ini berjaya menarik kalangan agamawan ilmuwan Islam yang tidak bertafaqquh fi al-din (Islam), yang jahil murakkab, dan yang benar-benar jahil melaksanakan agenda politik penjajah yang licik dan halus.

Namun begitu, ada p**a kalangan bertaraf pemimpin Melayu daripada PKR dan Parti Amanah Negara yang membuat kenyataan mempertahankan peranan DAP. Hakikatnya, DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) yang kemudian diwajahkan dengan jenama Kerajaan Perpaduan. Mereka menegaskan bahawa tidak ada perkara-perkara negatif yang berlaku. Pada masa yang sama, media digunakan untuk menyebarkan propaganda yang mengelirukan Melayu Islam.

Orang Melayu tidak bersifat perkauman kerana mereka boleh memenangkan MCA dan MIC di kawasan Melayu. Adapun DAP berpegang teguh kepada semangat perkauman Cina bagi menyokong DAP dan parti Melayu yang sekular dan hilang tabii kebangsaannya setelah bergabung dalam Pakatan Harapan (PH).

Parti yang berwajah Islam iaitu PAN dan Melayu dalam PKR p**a menjadi jurucakap DAP bagi mempertahankan agenda perkaumannya. Bahkan, mereka melabelkan tuduhan perkauman dan fanatik agama terhadap kalangan Melayu Islam yang mempertahankan Islam dan kepimpinan Melayu Islam.

PH yang dikuasai oleh DAP telah mengambil beberapa langkah yang terbuka bagi meneruskan agenda penjajah yang bertujuan menyingkirkan Islam dan Melayu.

Telah dinyatakan oleh al-Quran kepada umat Islam, firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨ هَـٰٓأَنتُمْ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡ‍ًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ١٢٠

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (118) Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata ‘Kami beriman’, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” [Surah Ali ‘Imran: 118-120]

Tercetusnya kenyataan dan tindakan yang secara terbuka mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, memperlekehkan kedudukan Raja-raja Melayu yang dihilangkan kedaulatannya oleh penjajah, melemahkan kedudukan bahasa Melayu yang dinobatkan menjadi Bahasa Kebangsaan, membela golongan yang murtad dalam kalangan penganut Islam dan memberi tekanan kepada mereka yang memeluk Islam, serta menentang langkah pelaksanaan syariat oleh beberapa buah kerajaan negeri.

Malah, mereka juga meletakkan kalangan bukan Islam, khususnya daripada DAP dalam kementerian penting yang menjadi ancaman kepada Melayu dan Islam, serta merancang agenda politik seperti mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain.

Pilihan raya PBT di Malaysia adalah proses memilih ahli majlis bandar atau perbandaran, yang telah dimansuhkan pada tahun 1960-an dan kini dilantik secara rasmi. Namun, ia menimbulkan perdebatan tentang isu demokrasi serta keutamaan pentadbiran. Pilihan raya ini kemudiannya dibatalkan kerana masih wujud kesan penyusunan masyarakat majmuk yang dilaksanakan oleh penjajah yang pernah dilihat menjadi sebab meletupnya Peristiwa 13 Mei 1969, sejarah hitam yang tidak boleh diulang lagi. Kini, ia menjadi agenda DAP untuk menguasai bandar yang didominasi oleh kaum Cina.

PH bersama DAP menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kaum bagi menyingkirkan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perantaraan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

DAP juga meletakkan calon Islam di kawasan Melayu sehingga berwajah pakaian Islam, di samping calon bukan Islam oleh parti-parti lain dalam komponen Pakatan Harapan.

Akhirnya, DAP yang mendominasi Pakatan Harapan secara terbuka itu mendedahkan perjuangan sekularismenya yang ekstrem dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkannya. Konsep ini mengandungi teori luar tabii yang menentang fitrah ketetapan Allah tentang kewujudan bangsa. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Akibatnya, berlaku kegelisahan dalam kalangan masyarakat di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang membahayakan negara dan rakyat dalam dunia yang masih berlaku penjajahan baharu. Bahkan, kegelisahan ini menembusi Kerajaan PH yang bersifat pragmatik.

Masyarakat Melayu Islam mempunyai sifat paling bertasamuh (bertoleransi) kerana pegangan Islamnya walaupun ada sebahagian dalam kalangan mereka itu yang jahil. Namun begitu, mereka tidak boleh dibiarkan hanyut dalam kelekaan dan kejahilan. Langkah menyelamat wajib dilakukan dengan segera dan bersungguh-sungguh.

Teladan Rasulullah SAW yang menyelamatkan manusia bermula dengan bangsa yang paling keras dan degil berjaya dilakukan melalui gerakan perpaduan umat. Bermula dengan penyatuan umat Islam daripada satu bangsa dan pelbagai bangsa, diikuti oleh seluruh umat manusia yang bermasyarakat majmuk. Pendekatan ini sangat praktikal bagi masyarakat Malaysia.

Maka, ia mesti dimulakan dengan penyatuan Melayu Islam melalui parti Melayu terbesar iaitu gabungan Perikatan Nasional (PAS, Wawasan dan lain-lain) bersama Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan lain-lain).

Gabungan paling utama ialah PAS, UMNO dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) bersama NGO Muafakat Nasional (MN). Ini merupakan parti Melayu Islam yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu dan terus mendominasi kaum dalam acuan masyarakat majmuk yang telah dibentuk oleh penjajah British.

Rasulullah SAW memulakan perpaduan dengan kaum bangsanya bagi menegakkan kuasa politik Islam mentadbir negara walaupun bermasyarakat majmuk, malah kerasulannya ditujukan kepada seluruh manusia di seluruh pelosok dunia.

Maka, tuduhan bahawa kemenangan BN dan PN bersifat perkauman merupakan hujah yang sangat meleset. Hal ini menunjukkan bahawa pegangan Melayu kepada Islam adalah sekadar kasih akan kaum bangsa, bukan fanatik perkauman.

Pendiriannya yang betul sekadar mewajibkan Melayu Islam memimpin negara Malaysia dalam konsep menerima masyakat majmuk. Maka, semua orang wajib menerima hakikat bahawa Melayu adalah tuan punya tanah air ini mengikut ketetapan Allah Tuhan semesta alam. Allah telah menetapkan supaya umat Islam melaksanakan tugas masing-masing walau di mana pun bumi tempat berpijak, sepertimana firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ٢٩

“Dialah Allah, Tuhan yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 29]

Kemudian, kelak seluruh manusia dipanggil untuk dibicarakan. Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥

“Maka, apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [Surah al-Mu’minun: 115]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 24 Safar 1448 / 8 Ogos 2026

[Bil: 50 / 2026]

02/08/2026
"Duit PAS dalam poket ahli PAS.." YB Ustaz Idris AhmadOrang kata PAS parti tin milo, dengan kutipan tin milo kita dapat ...
18/07/2026

"Duit PAS dalam poket ahli PAS.." YB Ustaz Idris Ahmad

Orang kata PAS parti tin milo, dengan kutipan tin milo kita dapat dirikan markaz, PASTI, SRITI, SMITI.

Setiap kali pilihanraya daripada kutipan tin milo inilah yang kita belanja.

Di lapangan, para petugas sedang bekerja tanpa mengenal penat.

Mereka mengorbankan masa.
Mereka mengorbankan tenaga.
Mereka meninggalkan keluarga demi
memastikan perjuangan ini terus bergerak.

Hari ini, giliran kita p**a memainkan peranan.

Tidak semua mampu turun ke lapangan.
Tetapi semua mampu menyumbang mengikut kemampuan.

Setiap sumbangan adalah bukti bahawa perjuangan ini adalah milik kita bersama.

🔥 Bersama kita gerakkan jentera.
🔥 Bersama kita kuatkan usaha.
🔥 Bersama kita bina kemenangan.

Bukan banyak atau sedikit jadi ukuran. Tapi rasa kebersamaan dalam perjuangan itu jauh lebih utama.

Hulurkan sumbangan untuk perjuangan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya ingin merakamkan setinggi-...
12/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Jentera PAS Kawasan Kampar yang telah bertugas dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 di DUN Semerah.

Pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran serta kesanggupan meninggalkan keluarga demi melaksanakan amanah perjuangan adalah satu jasa yang amat besar nilainya. Setiap langkah, setiap usaha dan setiap keringat yang dicurahkan menjadi bukti komitmen yang tinggi dalam menjayakan misi perjuangan Islam dan kebajikan rakyat.

Semoga segala amal bakti yang telah diberikan diterima sebagai ibadah di sisi Allah SWT, dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda, dipermudahkan segala urusan serta terus dikurniakan kekuatan untuk meneruskan perjuangan pada masa hadapan.

Terima kasih atas semangat, kesetiaan dan pengorbanan anda semua.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Surah At-Taubah: 120)

Ikhlas daripada,
Ir. Ts. Mohd Shahrizan Hj. Ahmad Fuat
Pengarah JPrP PAS Kawasan Kampar

08/07/2026

Malu malu p**ak nak pantun ya Tok Mat.. hehe

JOM BUAT SAHAM AKHIRATKami mengalu-alukan para dermawan yang ingin menyumbang infaq bagi DANA PILIHANRAYA PAS Kawasan Ka...
07/07/2026

JOM BUAT SAHAM AKHIRAT

Kami mengalu-alukan para dermawan yang ingin menyumbang infaq bagi DANA PILIHANRAYA PAS Kawasan Kampar bagi memudahkan urusan jentera kami menghadapi PRU16 yang bakal tiba.

Terus bank in ke akaun tertera bagi memudahkan urusan.

Al-Hadid 57:18

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِيمࣱ

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.

Semoga Allah merahmati para penyumbang infaq.

- Admin

PENYERAHAN REPLIKA CEK SKIMPAS RM10K KEPADA WARIS PENCARUMPagi 28 Jun 2026, Bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ...
02/07/2026

PENYERAHAN REPLIKA CEK SKIMPAS RM10K KEPADA WARIS PENCARUM

Pagi 28 Jun 2026, Bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kampar Kali ke-38 satu penyerahan replika cek SkimPAS kepada waris arwah Nor Faizah binti Hassan, berjaya dilaksanakan. Replika Cek telah di sampaikan oleh YB Dr Muhammad Khalil bin Abdul Hadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Inilah tanda ingatan bahawa setiap ahli SkimPAS tidak pernah dilupakan—walaupun telah pergi menghadap Ilahi. Ini jugalah tanggungjawab PSK untuk sebagai orang tengah dalam membantu menyampaikan bantuan.

Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan dan membantu ahli keluarga pencarum.

Turut mengiringi penyerahan itu ialah Hj Hafidz Ahmad, YDP PAS Kampar , bersama Sdr Rafizan Penyelaras PAS Dun Tualang Sekah, Sdr Abdul Hady Penyelaras PAS Kampar

Inilah tujuan SkimPAS diwujudkan — membantu ketika saat paling memerlukan, agar tiada ahli yang dibiarkan bersendirian menghadapi kesusahan.

Jika anda juga mahu memastikan keluarga dilindungi apabila tiba masanya, SkimPAS adalah langkah kecil yang membawa makna besar.

📌 Daftar SkimPAS hari ini melalui PSK Khairul
https://www.wasap.my/60189294808/nakdaftarSKIMPAS

Address

Kampung Changkat Tualang
Kampar
31700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share