17/07/2026
๐ธ Sorotan Program Kunjungan Muhibbah Diraja yang berlangsung di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok, Kedah pada 15 Julai 2026.
Program ini telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah serta Paduka Anakanda-Anakanda, dan turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.
Bertempat di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, berdekatan kawasan bersejarah Lembah Bujang, program ini memberi peluang kepada rombongan diraja untuk menghayati keagungan sejarah, warisan dan budaya Negeri Kedah, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan warisan serta kelestarian alam sekitar.
Dalam program tersebut, Jabatan Warisan Negara Zon Utara bersama Bahagian Arkeologi berkesempatan mempersembahkan kepada rombongan diraja berkaitan penemuan inskripsi batu dan kepingan emas yang mempunyai nilai sejarah tinggi.
YBrs. Tuan Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara telah menyambut ketibaan Duli-Duli Tuanku ke reruai Jabatan Warisan Negara dan turut berkesempatan mempersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku berkaitan perancangan strategik pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan Tapak Arkeologi Sungai Batu bagi memastikan khazanah warisan negara terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Selain itu, penerangan juga telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nasha Khaw, yang menjalankan fungsi sebagai Pengarah Penyelidikan Arkeologi Global.
โจ Warisan dipelihara, identiti negara diperkasa.