Perpustakaan Desa Kampung Sungai Satan, Jeli, Kelantan

Perpustakaan Desa Kampung Sungai Satan, Jeli, Kelantan Pentingnya perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk menjadi pusat ilmu, informasi dan pengetahuan

Aktiviti FizikalGali Kata Kemerdekaan - 13/8/2026
13/08/2026

Aktiviti Fizikal

Gali Kata Kemerdekaan - 13/8/2026





📌Ilmu Kesihatan📌Sumber: KKM
13/08/2026

📌Ilmu Kesihatan📌

Sumber: KKM

Kenali tanda pada kukuKuku bukan sekadar bahagian kecil di hujung jari. Kadang-kadang perubahan pada bentuk, warna atau ...
13/08/2026

Kenali tanda pada kuku

Kuku bukan sekadar bahagian kecil di hujung jari. Kadang-kadang perubahan pada bentuk, warna atau permukaannya boleh memberi petunjuk tentang keadaan kesihatan kita.

Antara perubahan kuku yang biasa dilihat ialah:

Clubbing
Hujung jari menjadi lebih bulat dan kuku melengkung ke bawah. Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, jantung atau beberapa penyakit kronik.

Spoon nail
Kuku menjadi cekung seperti sudu. Kadangkala ia dikaitkan dengan kekurangan zat besi.

Fungal nail
Kuku menjadi tebal, kekuningan, kasar atau rapuh. Ini sering berlaku akibat jangkitan kulat.

Trauma nail
Hentakan pada kuku boleh menyebabkan lebam atau darah terkumpul di bawah kuku sehingga kelihatan merah gelap atau hitam.

Melanonychia
Garisan coklat atau hitam memanjang pada kuku. Banyak kes tidak berbahaya, tetapi garisan yang baru muncul, semakin lebar, berubah bentuk atau hanya melibatkan satu kuku wajar diperiksa.

Normal ridges
Garis halus menegak pada kuku sangat biasa dilihat, terutama apabila usia meningkat, dan kebanyakannya bukan tanda penyakit.

Yang penting, jangan cuba mendiagnosis penyakit hanya berdasarkan rupa kuku.

Dapatkan pemeriksaan jika perubahan kuku berlaku secara tiba-tiba, semakin teruk, sakit, bengkak, bernanah, berlaku tanpa kecederaan yang jelas atau disertai gejala lain seperti sesak nafas, mudah penat atau penurunan berat badan yang tidak disengajakan.

Tidak semua perubahan kuku berbahaya.
Tetapi perubahan yang luar biasa dan berterusan jangan dibiarkan begitu sahaja.

Sumber: Public Health Malaysia

✍️AKTIVITI MAYA KEMBALI LAGI❗️❗️❗️Tunjukkan tanda sokongan anda dengan memberikan jawapan di ruangan komen dibawah. Teri...
12/08/2026

✍️AKTIVITI MAYA KEMBALI LAGI❗️❗️❗️

Tunjukkan tanda sokongan anda dengan memberikan jawapan di ruangan komen dibawah.

Terima kasih atas kesudian anda untuk meluangkan masa dengan menyertai aktiviti maya kami..🫶





🚨 SEMBELIT JANGAN DIBIAR! 🚨Bagi warga emas, masalah sembelit boleh mengganggu keselesaan dan rutin harian. Namun, bebera...
12/08/2026

🚨 SEMBELIT JANGAN DIBIAR! 🚨

Bagi warga emas, masalah sembelit boleh mengganggu keselesaan dan rutin harian. Namun, beberapa amalan mudah boleh membantu mencegah sembelit dan menyokong kesihatan sistem penghadaman. 💪🏻✨

💡 Jom amalkan 5 tip mudah ini:

🥣 Pilih makanan berasaskan cecair seperti sup dan puding
🍎 Ambil 2 sajian buah dan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur sehari
🌾 Tambah produk bijirin penuh dalam menu seharian
💧 Minum 6 hingga 8 gelas air sehari
🚶‍♀️ Lakukan aktiviti fizikal secara berkala

✨ Ingat! Usus sihat, hidup lebih selesa.
Jadikan amalan pemakanan sihat dan kekal aktif sebagai sebahagian daripada rutin harian warga emas.

Cegah sembelit, kekal aktif, kekal sihat! 💛

Sumber: Nutritionist KKM







Hiasan sempena bulan kemerdekaan. Fakta jalur gemilang..Sumber: Tcher Collection
11/08/2026

Hiasan sempena bulan kemerdekaan. Fakta jalur gemilang..

Sumber: Tcher Collection

Ini fakta, bukan auta.. Jom fahami..Sumber: Kongsi Resepi Masakan
11/08/2026

Ini fakta, bukan auta.. Jom fahami..

Sumber: Kongsi Resepi Masakan

Jom sertai aktiviti maya kami dengan memberikan jawapan anda di ruangan komen dibawah.. Terima kasih atas penglibatan.. ...
10/08/2026

Jom sertai aktiviti maya kami dengan memberikan jawapan anda di ruangan komen dibawah.. Terima kasih atas penglibatan..

🌾 Petua Air Barli Yang Masih Popular Hingga KiniAir barli merupakan minuman tradisional yang telah lama menjadi pilihan ...
10/08/2026

🌾 Petua Air Barli Yang Masih Popular Hingga Kini

Air barli merupakan minuman tradisional yang telah lama menjadi pilihan ramai, terutama ketika cuaca panas. Selain rasanya yang menyegarkan, barli juga terkenal sebagai bijirin yang kaya dengan nutrien dan serat.

Kajian menunjukkan barli mengandungi serat larut beta-glukan, vitamin B, magnesium serta pelbagai antioksidan. Beta-glukan ialah sejenis serat yang telah dikaji secara meluas dan didapati boleh membantu menyokong kesihatan jantung dengan membantu mengekalkan paras kolesterol yang sihat sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Serat ini juga membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta menyokong kesihatan sistem penghadaman.

Air barli yang disediakan tanpa gula berlebihan boleh menjadi pilihan minuman yang lebih sihat berbanding minuman bergula. Namun, perlu diingat bahawa kandungan serat dalam air barli yang ditapis mungkin lebih rendah berbanding apabila bijirin barli turut dimakan.

Cara penyediaan

- ½ cawan bijirin barli
- 1 liter air

Basuh barli sehingga bersih, kemudian rebus selama 30–40 minit sehingga bijirin menjadi lembut. Tapis jika mahu, atau minum bersama bijirin untuk mendapatkan lebih banyak serat. Boleh ditambah sedikit perahan lemon untuk rasa yang lebih segar.

Perlu diingat

Air barli bukan ubat dan tidak boleh menggantikan rawatan doktor. Individu yang mempunyai penyakit seliak (celiac disease) atau sensitiviti terhadap gluten perlu mengelakkan barli kerana ia mengandungi gluten.

🌱 Air barli paling bermanfaat apabila diminum tanpa gula berlebihan dan dijadikan sebahagian daripada pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang aktif dan sihat.

Sumber: Tips Mama Zafran

Address

Kampung Sungai Satan
Kampong Ayer Lanas
17700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:45
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Sungai Satan, Jeli, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share