EIS Hidayat Ajis

EIS Hidayat Ajis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from EIS Hidayat Ajis, Public & Government Service, No. 155, Wisma PERKESO Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kampong Baharu.

01/07/2025

Jalan-jalan pagi pun boleh jadi tragedi. Tapi siapa sangka… PERKESO tetap jaga?

1. Jalan-jalan pagi, riadah hujung minggu, balik kampung — semuanya nampak biasa. Tapi siapa sangka, tragedi boleh berlaku bila-bila masa.

2. Tahukah anda? Buat masa ini, PERKESO hanya melindungi pekerja yang terlibat dalam kemalangan berkaitan pekerjaan — termasuk semasa bekerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja.

3. Namun, jika Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) diperkenalkan, pencarum bakal dilindungi 24 jam sehari, walaupun kejadian berlaku di luar waktu bekerja.

4. Ini termasuk kemalangan semasa:
✅ Berjoging atau berbasikal,
✅ Menghantar anak ke sekolah,
✅ Urusan peribadi harian atau bercuti dalam negara.

5. Asalkan anda mencarum dan memenuhi syarat kelayakan, SKBBK memberi jaminan perlindungan yang lebih menyeluruh yang bukan hanya semasa bekerja, tetapi sepanjang masa.

6. Inisiatif ini menggambarkan komitmen PERKESO untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kerana keselamatan pekerja tak patut tamat bila punch card ditutup.

7. PERKESO percaya, setiap nyawa wajar dilindungi, bukan hanya sebagai pekerja — tetapi sebagai insan yang punya keluarga, impian dan tanggungjawab.

27/08/2024
21/03/2024

Tahniah YB Encik Steven Sim Chee Keong 沈志强 dan semua warga kerja KESUMA atas pencapaian 100 hari sebagai Menteri Sumber Manusia.

Perlindungan sosial menjadi antara tunjang kepada prinsip 3K – Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan (Produktiviti) Pekerja yang diperkenalkan oleh YB Menteri.

YB Menteri sentiasa melihat pembaharuan ataupun pemerkasaan dasar – dasar perlindungan sosial terutamanya dasar di bawah PERKESO sebagai satu misi yang teramat penting.

Justeru, dalam tempoh 100 hari sebagai YB Menteri, pelbagai dasar telah diumumkan dalam memperkasakan aspek perlindungan keselamatan sosial negara.

Semoga PERKESO terus menyinar dibawah kepimpinan YB Encik Steven Sim Chee Kiong, Menteri Sumber Manusia. Kami di PERKESO akan jalan teruih bersama YB Menteri.

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO.

ANDA DIJEMPUT HADIR KE TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PERKESO KUALA LUMPURTarikh: 7 MAC 2024 (KHAMIS)Masa: 10.00 PAGI - ...
07/03/2024

ANDA DIJEMPUT HADIR KE TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PERKESO KUALA LUMPUR

Tarikh: 7 MAC 2024 (KHAMIS)
Masa: 10.00 PAGI - 3.00 PETANG
Tempat: ARAS 9, WISMA PERKESO KUALA LUMPUR

📌 MAJIKAN TERLIBAT
1) KOYO CORPORATE (M) SDN BHD
2) GMG SEA (MALAYSIA) SDN BHD
3) EPSON PRECISION MALAYSIA SDN BHD
4) ATCC HOLDINGS SDN BHD

Sila bawa bersama Resume/CV serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

Calon juga mestilah berpakaian kemas dan sopan (interview attire) semasa menghadiri temu duga.

Pautan Permohonan: https://bit.ly/IVKLMAC01

Telegram: https://t.me/jawatankosonglembahklang

LinkedIn: https://www.linkedin.com/feed/update/urn:li:activity:7168886873879162880?utm_source=share&utm_medium=member_desktop

Facebook: https://www.facebook.com/Perkeso.KL/posts/747483290814583

17/01/2024

Pengurusan Tertinggi serta warga Kementerian Sumber Manusia mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Pongal kepada warga Malaysia yang meraikan.

Semoga membawa kemakmuran dan membuka peluang baharu buat seluruh warga Malaysia MADANI 🇲🇾


17/01/2024
17/01/2024

Pencarum PERKESO yang layak boleh menikmati pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA!

Program Saringan Kesihatan HSP 3.0 bertujuan untuk mencegah dan mengesan awal risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser, dan risiko penyakit jantung.

Berikut adalah ujian pemeriksaan kesihatan PERCUMA yang disediakan:

1. Pemeriksaan fizikal
2. Ujian darah (HbA1c, renal profile, lipid profile)
3. Tumor Marker (CEA & AFP)
4. Ujian urin
5. Ujian pap smear & mamogram (wanita)
6. Saringan kesihatan mental

Muat turun aplikasi SEHATi untuk menyemak status kelayakan anda!

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO.

.0

Address

No. 155, Wisma PERKESO Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak
Kampong Baharu
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EIS Hidayat Ajis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to EIS Hidayat Ajis:

Share