Penyelaras Dun Chenor

Penyelaras Dun Chenor Ketua UMNO Bahagian Maran

"Apa yang membanggakan jadi Anak Pahang?" Itu lah soalan wajib saya kepada 40 orang pelajar pelbagai jurusan dari UCYP U...
01/10/2024

"Apa yang membanggakan jadi Anak Pahang?" Itu lah soalan wajib saya kepada 40 orang pelajar pelbagai jurusan dari UCYP University yang saya interview untuk kelulusan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pahang tadi. Jawapan yang diberi rata-rata bangga dengan tempat-tempat yang menarik di Pahang. Tapi yang paling menyentuh perasaan saya ialah apabila ada seorang pelajar dengan nada yang begitu ikhlas menjawab " saya bangga sebab jadi anak Pahang, saya dibantu untuk belajar. Dari sekolah rendah hingga sekarang, macam-macam bantuan saya dapat. Saya fikir, anak Negeri lain tak dapat macam saya dapat". Suaranya sedikit bergetar dan sebak.

Kebanyakan pelajar adalah dari keluarga B40. Ramai yang ibu-bapa sudah berpisah. Ada seorang pelajar beritahu sejak ayah bercerai dengan Emak dia tidak lagi bertemu dengan Ayah. Ada anak yatim piatu, ada anak tiada ibu, ada anak tiada bapa. Namun saya lihat jiwa dan semangat mereka sama sahaja dengan anak-anak dari keluarga yang sempurna. Ya, semangat ingin berjaya.

Saya titipkan pesan buat mereka, Ramai pandai dalam dunia ini tapi tidak berjaya dalam hidup hanya kerana mereka tiada peluang untuk berjaya, jadi jangan sesekali sia-siakan peluang ini.

Ya, hari ini saya menarik nafas dengan lafaz Bismillah untuk meluluskan kesemua 40 orang pelajar Melayu, Cina dan India ini. Moga mereka berjaya dengan cemerlang dan dapat bersama-sama memacu Pahang yang lebih gemilang dimasa hadapan.

Ziarah keluarga Allahyarham tuan haji ahamad hanafiah yang baru sahaja meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan pad...
04/02/2024

Ziarah keluarga Allahyarham tuan haji ahamad hanafiah yang baru sahaja meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan pada pagi tadi..salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga..alfatihah..

Address

Penyelaras Dun
Kampong Chenor
28100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras Dun Chenor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share