CIDB Malaysia

CIDB Malaysia Bina Sempurna

Akaun Facebook Rasmi CIDB MALAYSIA

Disclaimer : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

LAWATAN NAZIRAN PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) TAHUN 2026Pada 12 Ogos 2026, CIDB Ma...
14/08/2026

LAWATAN NAZIRAN PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) TAHUN 2026

Pada 12 Ogos 2026, CIDB Malaysia telah mengadakan lawatan naziran ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bagi memantau dan menilai pelaksanaan Program Latihan dan Perantisan Building Information Modelling (BIM) Tahun 2026.

Lawatan naziran ini melibatkan sesi taklimat mengenai pelaksanaan program, pemerhatian sesi latihan, semakan fasiliti dan peralatan serta penelitian terhadap dokumentasi berkaitan. Sesi temu bual bersama penyelaras program, tenaga pengajar dan peserta turut dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas secara menyeluruh mengenai keberkesanan serta perjalanan program.

Pelaksanaan lawatan naziran ini merupakan sebahagian daripada komitmen CIDB Malaysia dalam memastikan program latihan dan perantisan BIM dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan berkesan serta selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.

Usaha ini juga penting dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja pembinaan yang kompeten dan berkemahiran dalam teknologi BIM, sejajar dengan aspirasi pendigitalan serta transformasi industri pembinaan negara ke arah yang lebih produktif, inovatif dan berdaya saing.

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGANO PEROLEHAN : FAS/SH(A)- 02/2026 (10029895)TAJUK : PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN LUARAN DA...
14/08/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO PEROLEHAN : FAS/SH(A)- 02/2026 (10029895)

TAJUK : PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN LUARAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI KAWASAN KOMPLEKS CIDB, JALAN CHERAS, KUALA LUMPUR UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

TEMPOH PERKHIDMATAN : Dua (2) Tahun tertakluk kepada keperluan dan prestasi keseluruhan.

TARIKH IKLAN : 14 OGOS 2026 (JUMAAT)

TARIKH TAKLIMAT : 21 OGOS 2026 (JUMAAT)
TEMPAT TAKLIMAT : PUSAT KONVENSYEN CIDB, LOT 8, JALAN CHERAS,55200 KUALA LUMPUR
(*Taklimat adalah diwajibkan ; *Dokumen hanya akan dijual kepada vendor yang menghadiri sesi taklimat sahaja)

TARIKH BELI DOKUMEN : 21 OGOS 2026 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 28 OGOS 2026 (JUMAAT) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR

SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB
2. BERDAFTAR DENGAN M*F DALAM KOD BIDANG :
221001 – PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT
221402 – HIASAN KAWASAN
3. BERDAFTAR DENGAN CIDB
GRED : G2
KATEGORI : KEJURUTERAAN AWAM (CE)
PENGKHUSUSAN : LANDSKAP DILUAR BANGUNAN (CE14)
- MEMILIKI SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
4. MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC)) BERSTATUS ‘PATUH’

PERINGATAN:
PEMILIK/ WAKIL SYARIKAT DIBENARKAN MENGHADIRI LAWATAN TAPAK DAN PEMBELIAN DOKUMEN SERTA HENDAKLAH MEMBAWA DOKUMEN ASAL DAN SALINAN SEWAKTU MENGHADIRI TAKLIMAT DAN KETIKA MEMBELI DOKUMEN SEBUT HARGA
A) SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (M*F)
B) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (SPPK), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
C) SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC))
D) COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH.
E) CIDB TIDAK TERIKAT DENGAN MANA-MANA TAWARAN TERENDAH.
F) KEBENARAN KHAS DIBENARKAN BAGI PERKHIDMATAN INI.

Sekian Terima kasih.



Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS te...
13/08/2026

Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di CIDB diwakili oleh kementerian, agensi-agensi kerajaan, pihak industri, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan.

Tarikh tutup : 07 September 2026

Maklumat lanjut :
ULASAN UMUM BAGI DERAF READY-MIXED CONCRETE: PRODUCTION, CONFORMITY, TRANSPORTATION AND DELIVERY CRITERIA FOR PRODUCERS
https://www.cidb.gov.my/ulasan-umum-bagi-draf-standard-industri-pembinaan-cis-ready-mixed-concrete-production-conformity-transportation-and-delivery-criteria-for-producers/

TAKLIMAT SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR NEGERI KEDAHTarikh: 12 Ogos 2026Tempat...
13/08/2026

TAKLIMAT SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR NEGERI KEDAH

Tarikh: 12 Ogos 2026
Tempat: Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman
Kehadiran: 26 orang (17 wakil agensi/persatuan dan 9 orang staf)

CIDB Negeri Kedah telah menganjurkan Taklimat Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bersama Persatuan Kontraktor Negeri Kedah yang menghimpunkan seramai 26 orang peserta, terdiri daripada 17 wakil agensi/persatuan serta 9 orang staf CIDB Negeri Kedah. Program ini turut melibatkan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kedah, Persatuan Kontraktor Bumiputra Kelas ‘F’ Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PERKOBF), Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) Negeri Kedah serta Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara.

Program ini dilaksanakan bertujuan memberikan penerangan dan kefahaman kepada para kontraktor berkaitan kepentingan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP), termasuk proses permohonan, laluan latihan dan penilaian serta sokongan yang disediakan oleh CIDB dan ABM Wilayah Utara.

Dalam ucapan aluan, Pengarah CIDB Negeri Kedah menegaskan bahawa SKKP bukan sekadar dokumen formaliti, sebaliknya merupakan pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran, pengetahuan dan kepakaran personel binaan di tapak. Pensijilan ini penting bagi memastikan kerja pembinaan dilaksanakan mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan, meningkatkan tahap keselamatan serta memastikan pematuhan terhadap obligasi di bawah Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia).

Beliau turut menekankan peranan strategik kontraktor tempatan dalam memperkukuh daya saing industri pembinaan, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi, transformasi digital dan pemodenan industri. Pengurusan tenaga kerja yang mempunyai kompetensi dan pengiktirafan yang sewajarnya dilihat sebagai satu kelebihan kompetitif kepada syarikat pembinaan.

Program ini turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara CIDB, persatuan-persatuan kontraktor dan ABM Wilayah Utara dalam memastikan lebih ramai tenaga mahir yang berkualiti dapat dilahirkan. Para peserta digalakkan untuk memanfaatkan sesi taklimat bagi memahami dengan lebih jelas pelaksanaan dan proses permohonan SKKP, laluan latihan serta penilaian yang disediakan, selain mengenal pasti insentif dan bentuk sokongan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak kontraktor.

Secara keseluruhannya, taklimat ini berjaya memberikan pendedahan kepada wakil agensi, persatuan dan kontraktor berkaitan kepentingan SKKP dalam meningkatkan kompetensi tenaga kerja, kualiti kerja dan tahap keselamatan dalam industri pembinaan. Program ini juga membuka ruang kepada perbincangan dan kolaborasi yang lebih konstruktif antara CIDB Negeri Kedah, persatuan kontraktor serta ABM Wilayah Utara dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir di Negeri Kedah.

Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS te...
12/08/2026

Penggiat indusri adalah dijemput untuk menghantar ulasan mengenai deraf yang sedang dikemaskini. Penyediaan deraf CIS tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di CIDB diwakili oleh kementerian, agensi-agensi kerajaan, pihak industri, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan.

Tarikh tutup : 07 September 2026

Maklumat lanjut :
ULASAN UMUM BAGI DRAF STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CIS): MANUAL FOR IBS CONTENT SCORING SYSTEM (IBS SCORE)
https://www.cidb.gov.my/ulasan-umum-bagi-draf-standard-industri-pembinaan-cis-manual-for-ibs-content-scoring-system-ibs-score/

SESI LIBAT URUS CIDB MALAYSIA BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI AGENSI, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (BPIA...
11/08/2026

SESI LIBAT URUS CIDB MALAYSIA BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI AGENSI, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (BPIA-SPRM)

Tarikh: 11 Ogos 2026
Masa: 10.30 pagi–12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Violet, Tingkat 28, CIDB 520, The MET Corporate Towers

“Sesi Libat Urus CIDB Malaysia Bersama Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BPIA-SPRM)” telah dilaksanakan dengan jayanya sebentar tadi. Seramai empat (4) pegawai daripada BPIA SPRM hadir ke sesi libat urus yang bertempat di CIDB 520, The MET Corporate Towers, Kuala Lumpur.

SLU yang berlangsung selama 2 jam ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ts Dr Gerald A/L Sundaraj, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) CIDB.
Sesi ini turut disertai oleh Pengurus Besar Bahagian Audit dan Risiko, Encik Shahrulizam Zainal Abidin dan Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia, Puan Azihal Syarmey Che Abdul Aziz.

Sesi libat urus ini telah berjaya mencapai tujuan di dalam membantu CIDB memahami objektif dan impak penarafan risiko rasuah CIDB Malaysia, termasuk status penarafan semasa, asas penilaian dan proses penarafan semula serta.

Sesi perbincangan dua hala diantara CIDB dan SPRM ini turut berupaya memberi panduan kepada CIDB di dalam penentuan model, struktur organisasi dan keperluan perjawatan di Unit Integriti CIDB berdasarkan tahap risiko serta skala operasi CIDB.

Dengan berakhirnya sesi libat urus tersebut, CIDB berupaya membuat perancangan strategik bagi hala tuju dan gerak kerja terhadap enam (6) fungsi Unit Integriti serta cadangan struktur Unit Integriti di CIDB yang berasas dan sepadan dengan risiko penarafan rasuah yang dilaksana oleh BPIA SPRM.

11/08/2026
PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BIM TAHUN 2026CIDB Malaysia telah menganjurkan Program Latihan dan Perantisan BIM Tahun 2...
10/08/2026

PROGRAM LATIHAN DAN PERANTISAN BIM TAHUN 2026

CIDB Malaysia telah menganjurkan Program Latihan dan Perantisan BIM Tahun 2026 bagi memperkukuh kemahiran belia dalam bidang Building Information Modelling (BIM) melalui latihan berasaskan keperluan industri.

Program ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam sektor pembinaan serta menyokong agenda pendigitalan industri pembinaan negara selaras dengan CAP 2030.

Pelaksanaan program melibatkan kerjasama bersama rakan strategik di lokasi latihan yang ditetapkan, dengan sasaran 80 peserta terpilih sepanjang tahun 2026. Peserta yang menamatkan latihan akan diberi peluang penempatan di industri berkaitan.

LAWATAN RASMI PERSATUAN KONTRAKTOR INFRASTRUKTUR DAN PENGURUSAN FASILITI BUMIPUTERA KE CIDB MALAYSIACIDB Malaysia meneri...
10/08/2026

LAWATAN RASMI PERSATUAN KONTRAKTOR INFRASTRUKTUR DAN PENGURUSAN FASILITI BUMIPUTERA KE CIDB MALAYSIA

CIDB Malaysia menerima kunjungan rasmi daripada Persatuan Kontraktor Infrastruktur dan Pengurusan Fasiliti Bumiputera (PKIF) dalam satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak CIDB Malaysia.

Lawatan ini menjadi platform bagi pihak persatuan untuk mengemukakan pandangan serta cadangan penambahbaikan berkaitan perolehan kerja kerajaan, khususnya dalam memperkukuh peluang dan penyertaan kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan negara.

CIDB Malaysia menghargai perkongsian pandangan dan cadangan yang dikemukakan serta komitmen semua pihak dalam memperkukuh ekosistem industri pembinaan yang lebih progresif, berdaya saing dan inklusif.

Delegasi PKIF diketuai oleh Presiden, YBhg. Dato' Sri Dr. Hj Arifuddin Mohamed Shah dan disambut oleh Ketua Eksekutif CIDB, YBrs. Sr. Ahmad Farrin Mokhtar.

The future of modular construction begins here.Join us at the BINA:Modular Asia Forum 2026, where industry leaders, inno...
10/08/2026

The future of modular construction begins here.
Join us at the BINA:Modular Asia Forum 2026, where industry leaders, innovators, policymakers, developers, manufacturers, and construction professionals from across the region come together to shape the next generation of construction.

MODULAR ASIA FORUM 2026
📅 9 September 2026
📍 Renaissance Johor Bahru, Malaysia

Technical Visit - Integrated Construction Prefabrication Hub (ICPH)
📅 10 September 2026
📍 Pulau Punggol Barat, Singapore

Experience two inspiring days of:
✅ Expert keynote sessions
✅ Regional industry insights
✅ Cutting-edge modular innovations
✅ Cross-border networking opportunities
✅ Exclusive industrial and technology showcases

Whether you're driving innovation, investing in the future, or transforming the built environment, this is the platform to connect, collaborate and lead.

📌 Mark your calendar today and be part of Asia's premier
modular construction forum.
🔗 Register now: https://www.ticket2u.com.my/event/51031

Address

CIDB Malaysia, Tingkat 11, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20 Jalan Dutamas 2
Kampong Dollah
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355673300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Malaysia:

Shortcuts

Share