03/08/2026
LAWATAN KERJA RASMI OLEH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN) JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)
Pada 3 Ogos 2026 (Isnin) telah diadakan satu Lawatan Kerja Rasmi oleh YBhg. Dato' Ahmad Suhaimi bin Endut, TKSU (Kewangan dan Pembangunan) JPM ke projek-projek pembangunan di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBhg. Dato' Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden PPj, Puan Maznah binti Musa, Pengarah Bahagian Pemantauan Pembangunan ICU JPM, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri ICU JPM Wilayah Persekutuan, Bahagian Konsultatif Referal Teknikal ICU JPM, Bahagian Pembangunan JPM, Bahagian Pembangunan Jabatan Wilayah Persekutuan, PPj, Seksyen Pemantauan dan Penilaian ICU JPM Wilayah Persekutuan dan pihak kontraktor.
Antara projek yang dilawati ialah:
i. Projek Cadangan Pembangunan Quran Village dan Masjid di Presint 14, Putrajaya; dan
ii. Projek Pembangunan Kompleks Kejiranan Presint 18, Putrajaya
Sesi perbincangan telah diadakan bagi mengenalpasti isu-isu dan cabaran di tapak agar kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
ICU JPM komited dalam memastikan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dapat disiapkan dan dimanfaatkan kepada semua golongan selaras dengan aspirasi MADANI.
Ikuti laman sosial rasmi ICU JPM Wilayah Persekutuan
Facebook: ICU JPM
WILAYAH PERSEKUTUAN
Instagram: ICUJPMWP
TikTok: icujpmwilayah