Institut Kefahaman Islam Malaysia

Institut Kefahaman Islam Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Kefahaman Islam Malaysia, Government Organization, No 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Kampong Dollah.
(2)

Ditubuhkan sejak 18 Februari 1992, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bermatlamat dalam memberi kefahaman Islam yang tepat kepada masyarakat segenap melalui pelbagai saluran medium, program dan aktiviti.

04/08/2026

IKIM ANJURKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT BAGI MEMBINCANGKAN KERJASAMA ANTARA AGAMA DALAM MEMELIHARA KESEJAHTERAAN INSAN

KOTA KINABALU, 4 Ogos | Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan program "Roundtable Discussion on Multi-Faith Partnership in Praxis for Human Flourishing and Dignity".

Program yang menghimpunkan pemimpin pelbagai agama, ahli akademik, pembuat dasar dan pertubuhan masyarakat sivil ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, di sini hari ini.

Program ini menjadi wadah perkongsian pandangan secara ilmiah dan membina kerjasama berasaskan nilai sejagat demi memelihara maruah insan serta memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

04/08/2026

*MENTERI PERPADUAN NEGARA LANCARKAN 2 BUAH BUKU IKIM*

KOTA KINABALU, 4 Ogos | YB Dato' Aaron Aro Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini melancarkan dua buah buku baharu IKIM, Citra Harmoni & Fiqh al-Taayush in Malaysia.

Pelancaran buku tersebut sempena program "Roundtable Discussion on Multi-Faith Partnership in Praxis for Human Flourishing and Dignity".

Turut bersama Pengerusi IKIM, Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman; Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato' Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil yang juga penulis buku Fiqh al-Taayush in Malaysia; dan Prof Kehormat Pusat AMAN IKIM, Prof. Khadijah Mohd Khambali@Hambali yang juga penulis buku Citra
Harmoni.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Emeritus Dato' Sri Dr. Osman bin Bakar, Rektor Universiti Islam Antaraban...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Emeritus Dato' Sri Dr. Osman bin Bakar, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-67 Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan besar atas kepimpinan cemerlang dan jasa bakti beliau kepada Ummah.

Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan serta Warga Kerja Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

01/08/2026

Program MADANI Kita (PMK) 2026 telah berlangsung dengan meriah pada di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan turut dihadiri YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Hadir mewakili IKIM ialah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah.

Sepanjang program berlangsung, masyarakat daripada pelbagai kaum dan lapisan usia hadir memeriahkan suasana serta menikmati pelbagai pengisian bermanfaat, termasuk pameran dan perkhidmatan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di samping persembahan khas daripada penyampai IKIMfm. Turut hadir bersama barisan tetamu jemputan, pendakwah, dan personaliti terkenal.

01/08/2026

Jom meriahkan Program MADANI Kita yang berlangsung hari ini di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang!

Bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai pengisian menarik seperti forum, perkongsian ilmu, persembahan artis jemputan, aktiviti komuniti, pameran agensi serta pelbagai perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Jumpa anda di sana!

πŸ“’ JOM MERIAHKAN PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh bersama-sama memeriahkan Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat yang b...
31/07/2026

πŸ“’ JOM MERIAHKAN PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh bersama-sama memeriahkan Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat yang bakal berlangsung pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang, dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pelbagai pengisian menarik menanti anda seisi keluarga, termasuk forum, perkongsian ilmu, persembahan artis jemputan, aktiviti komuniti, pameran agensi serta pelbagai perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama barisan tetamu jemputan, pendakwah, penyampai radio IKIMfm dan personaliti terkenal.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi booth pameran pelbagai agensi, mendapatkan maklumat yang bermanfaat serta menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

πŸ“ Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Kampung Melayu Ampang

Jom hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama-sama memaknai harapan rakyat demi Malaysia MADANI!

Buat julung kalinya, Perpustakaan telah menganjurkan Program Literasi Koleksi Tamadun Islam bagi memperkenalkan asas bid...
31/07/2026

Buat julung kalinya, Perpustakaan telah menganjurkan Program Literasi Koleksi Tamadun Islam bagi memperkenalkan asas bidang Tamadun Islam, menjelaskan fungsi serta kepentingan Koleksi Khas Tamadun Islam (KTI), dan meningkatkan kemahiran peserta dalam mencari, menilai serta memanfaatkan sumber ilmiah perpustakaan. Program ini telah disampaikan oleh En. Mohd Zafri Abdul Karim, Ketua Pustakawan; Dr. Syafiq Borhanudin, Felow Pusat EMAS; dan Pn. Norhafizah Hasamuddin Shah, Pustakawan.

Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan memahami Tamadun Islam sebagai tradisi ilmu yang hidup, kaedah pencarian maklumat melalui pangkalan data dan katalog perpustakaan, serta lawatan berpandu ke ruang Koleksi Khas Tamadun Islam. Diharapkan program ini dapat menggalakkan lebih ramai penyelidik, mahasiswa dan masyarakat memanfaatkan koleksi tersebut sebagai sumber rujukan, sekali gus menyuburkan budaya ilmu dan memperkukuh kesinambungan tradisi keilmuan Islam.

*SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026*Tanggal 31 Julai menjadi lambang penghormatan kepada para pahlawan yang telah mencurahkan se...
31/07/2026

*SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026*

Tanggal 31 Julai menjadi lambang penghormatan kepada para pahlawan yang telah mencurahkan seluruh jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan tanah air. Segala pengorbanan, keberanian dan jasa bakti mereka menjadi asas kepada kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini.

Marilah kita mengenang perjuangan mereka dengan penuh rasa syukur serta meneruskan semangat tersebut melalui perpaduan, kecintaan kepada negara dan kesungguhan memelihara keharmonian.

MENGENANG JASA, MENGUKUH PERTAHANAN

Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan serta Warga Kerja
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

31/07/2026

Perkongsian ilmu bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, menerusi topik β€œAdab Perbezaan Pendapat dalam Islam Menurut Taha Jabir al-Alwani (Bahagian 1)”.

Perbincangan ini meneliti panduan Islam dalam mengurus perbezaan pandangan dengan ilmu, hikmah dan adab. Perbezaan tidak seharusnya membawa kepada permusuhan, sebaliknya menjadi ruang untuk saling memahami dan mencari kebenaran.

"Nafas baru buat kitab silam, pahala berterusan buat anda..." πŸ•ŠπŸ“šBayangkan, sebuah kitab lama berusia ratusan tahun yang ...
31/07/2026

"Nafas baru buat kitab silam, pahala berterusan buat anda..." πŸ•ŠπŸ“š

Bayangkan, sebuah kitab lama berusia ratusan tahun yang hampir rosak, kini hidup semula dalam bentuk digital sebab sumbangan anda.

Setiap kali seorang penuntut ilmu, penyelidik, atau pembaca mengkaji ilmu di dalamnya, pahala jariahnya terus mengalir buat anda, walau selepas kita tiada di dunia ini. SubhanAllah.

Dengan berwakaf hari ini, anda bersama-sama:
πŸ›‘ Memelihara Warisan – Menyelamatkan manuskrip & kitab lama daripada kerosakan fizikal.
πŸ” Pendigitalan Berkualiti – Imbasan resolusi tinggi menggunakan teknologi canggih.
🌐 Akses Tanpa Sempadan – Membolehkan pencari ilmu dari seluruh dunia mengaksesnya secara percuma.
🀲 Saham Akhirat Berterusan – Pahala yang tak pernah putus selagi ilmu dimanfaatkan.

Salurkan wakaf ilmu anda ke:
πŸ”Ή Nama Akaun: WAKAF IKIM
πŸ”Ή No. Akaun: 1102327413 (Bank Rakyat)
🌐 Atas Talian: wakaf.ikim.gov.my
πŸ“ž Pertanyaan: 017-624 5525

Satu sumbangan kecil anda hari ini, menjadi gedung ilmu dan pahala abadi buat selamanya.

Address

No 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Kampong Dollah
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60362046200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kefahaman Islam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Kefahaman Islam Malaysia:

Shortcuts

Share