PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA page Rasmi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
(1)

Salam Takziahإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan Salam Takzia...
04/08/2026

Salam Takziah

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan Salam Takziah atas pemergian Allahyarham Mohd Radzi Bin Rahimi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

03/08/2026

ULANG TAHUN PUTERI UMNO KE 25 TAHUN 🌸

Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, kita bersama-sama meraikan ulang tahun ke-25 Pergerakan Puteri UMNO, sebuah wadah yang telah melahirkan ramai pemimpin wanita muda yang berani, berwibawa dan sentiasa istiqamah memperjuangkan agama, bangsa serta negara.

Selama suku abad, Puteri UMNO bukan sekadar sebuah sayap parti, tetapi menjadi suara, harapan dan tenaga penggerak wanita muda. Dari medan akar umbi hingga ke pentas kepimpinan, Puteri terus membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk memimpin, berbakti dan mencipta perubahan.

Sempena ulang tahun yang istimewa ini, marilah kita memperbaharui iltizam untuk terus memperkukuh perpaduan, mendekati generasi muda dengan pendekatan yang segar, serta membawa aspirasi wanita muda ke hadapan. Cabaran zaman sentiasa berubah, namun semangat perjuangan Puteri mesti terus kekal utuh dan relevan.

Terima kasih kepada semua pemimpin terdahulu yang telah meletakkan asas yang kukuh, serta seluruh ahli Puteri di setiap peringkat yang tidak pernah jemu berkhidmat demi perjuangan ini.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-25 Pergerakan Puteri UMNO.

Semoga Puteri UMNO terus menjadi pemangkin perubahan, melahirkan lebih ramai pemimpin wanita muda yang berintegriti, berilmu dan berjiwa rakyat.




Salam Sekali Puteri, Selamanya Puteri 💕

DATUK NURUL AMAL BINTI MOHD FAUZI
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Kepada seluruh ahli Puteri UMNO di setiap cawangan, bahagian dan negeri, marilah kita jadikan ulang tahun ke-25 ini seba...
03/08/2026

Kepada seluruh ahli Puteri UMNO di setiap cawangan, bahagian dan negeri, marilah kita jadikan ulang tahun ke-25 ini sebagai azam untuk memperbaharui tekad. Teruskan berkhidmat dengan penuh keikhlasan, turun menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, dan buktikan bahawa Puteri UMNO bukan sekadar pewaris perjuangan, tetapi pencorak masa depan negara.

25 Tahun Puteri UMNO adalah kisah tentang keberanian untuk bermula, ketabahan untuk bertahan dan keyakinan untuk terus melangkah. Daripada sebuah sayap yang lahir dengan harapan, kini Puteri UMNO berdiri sebagai sebuah gerakan yang matang, berpengalaman dan bersedia memimpin generasi akan datang.

Semoga Allah SWT terus memberkati perjuangan ini, mengurniakan kekuatan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli, serta memimpin setiap langkah kita ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.Se...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam memikul amanah besar ini demi memacu Negeri Sembilan ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada :

Datuk Nurul Amal Binti Mohd Fauzi,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
serta seluruh Saf Kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Done mengundi. Katanya undi itu rahsia, betul ke? 😁  💙
01/08/2026

Done mengundi. Katanya undi itu rahsia, betul ke? 😁

💙

31/07/2026

Birukan Labu. Birukan Negeri Sembilan.

💙

31/07/2026

Korang dah ready?

💙

31/07/2026

Esok, dapat kertas undi terus pangkah logo dacing yo. Kita dah menghampiri kemenangan. InshaAllah 💪🏻

💙

30/07/2026

Bantu BN menang di N.20 Labu agar suara anak muda dapat diangkat di Dun Negeri Sembilan 💙

Moktar

💙

Address

Kampong Dollah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share