Batalion 9 Pasukan Gerakan Am

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Government Organization, Kampong Gong Badak.

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am merupakan salah satu batalion dibawah Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Batalion Ini dahulunya dikenali sebagai Batalion 12 Pasukan Polis Hutan (BN12 PPH)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 ππŽπ‹πˆπ’ (𝐏𝐑𝐏) ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀 πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹Kuala Nerus, 3 September 2026 – YDH Supt. Mannadz...
03/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 ππŽπ‹πˆπ’ (𝐏𝐑𝐏) ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀 πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹

Kuala Nerus, 3 September 2026 – YDH Supt. Mannadzar bin Hj. Nasib, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA telah mengetuai lawatan kebajikan terhadap Sjn Masli Shafirul bin Abdul Malik, Pegawai Rendah Polis (PRP) Batalion 9 PGA yang bertugas di Platun 8, Kompeni C sedang menerima rawatan di Wad Perubatan Lelaki, Tingkat 4, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus, Terengganu.

Lawatan ini diadakan bagi menzahirkan keprihatinan serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan dan perkembangan rawatan yang diterima oleh Sjn Masli.

Semasa lawatan diadakan, beliau berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan serta pemantauan doktor berikutan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hadir sama dalam lawatan, SM Mohamad Idrus bin Sulong, SM Kompeni A, Sjn Mohd Azri bin Mokhtar, Sjn Platun 8/C, Sjn Ruzairilfaais bin Zakaria, Sjn Karim Ahmad bin Karim, Kompeni C, Sjn Mohd Khairi bin Yusof dan Kpl Hairi Azizi bin Mohamed dari Cawangan Kebajikan serta Ustaz Ma’aruf bin Junos dari Unit BAKA Batalion 9 PGA bagi memimpin bacaan doa agar urusan rawatan Sjn Masli dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

Di akhir lawatan, YDH Pegawai Pemerintah turut menyampaikan sumbangan buah tangan daripada Tabung Kebajikan (TKSS) dan Tabung Kebajikan Mes PRP Batalion 9 PGA.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan berterusan PDRM khususnya Batalion 9 PGA terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga pasukan serta ahli keluarga.

Semoga Sjn Masli dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya, Insya-Allah. 🀲

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi





CIRCLE YANG BAIK, MEMBENTUK DIRI YANG BAIK.Pilihlah circle yang bukan sekadar membuat kita ketawa, tetapi juga mengingat...
02/09/2026

CIRCLE YANG BAIK, MEMBENTUK DIRI YANG BAIK.

Pilihlah circle yang bukan sekadar membuat kita ketawa, tetapi juga mengingatkan kita apabila tersilap.

Circle yang baik tidak akan sentiasa mengiyakan kita. Mereka berani menegur tanpa menjatuhkan, menyokong tanpa memanjakan dan mendoakan kita walaupun kita tiada di hadapan mereka.

Kita tidak perlukan ramai orang. Cukuplah beberapa insan yang apabila bersama mereka, kita semakin dekat dengan kebaikan, semakin matang dalam berfikir dan semakin tenang dalam menjalani kehidupan.

Kerana siapa yang kita pilih untuk berada di sekeliling kita, sedikit sebanyak akan membentuk siapa kita akhirnya.

Pilih circle yang membawa hikmah, bukan drama.
Membina, bukan meruntuhkan.
Mendekatkan kepada Allah, bukan menjauhkan.

🚨 SISTEM e-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.0 KINI SUDAH BEROPERASI! 🚨✨ Lebih mudah. Lebih selamat. Lebih efisien. ✨S...
01/09/2026

🚨 SISTEM e-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.0 KINI SUDAH BEROPERASI! 🚨

✨ Lebih mudah. Lebih selamat. Lebih efisien. ✨

Satu platform baharu yang dibangunkan bagi memberikan pengalaman permohonan yang lebih mudah, moden, pantas dan mesra pengguna kepada semua calon.

πŸ—“οΈ Bermula 1 September 2026

UNIT PENGAMBILAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀Kuala Nerus, 1 September 2026 - Telah berlangsung ...
01/09/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀

Kuala Nerus, 1 September 2026 - Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan September 2026 Peringkat Batalion 9 PGA bertempat di Dataran Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA.

Perhimpunan telah disempurnakan oleh YDH Supt. Mannadzar bin Hj. Nasib, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA dan turut dihadiri YDH DSP Cik Sazali bin Jaafar, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Kompeni-Kompeni Komander, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Batalion 9 PGA.

Perhimpunan dimulakan dengan ketibaan YDH Pegawai Pemerintah dan laporan kehadiran oleh Insp. Amir Fiqry bin Musa, Platun Komander 2, Kompeni A selaku Pegawai Baris, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru serta bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ma’aruf bin Junos dari Unit BAKA, Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard Batalion 9 PGA.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YDH Pegawai Pemerintah, diiringi YDH Penolong Pegawai Pemerintah.

Berucap menyampaikan amanat, YDH Pegawai Pemerintah merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan Mara Lasak Batalion 9 PGA atas kejayaan mengekalkan kejuaraan Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Piala Komander Briged Tenggara PGA pada 27 Ogos 2026 yang lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seramai 42 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025 atas pengiktirafan yang diterima serta berharap pencapaian tersebut menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Batalion 9 PGA untuk terus meningkatkan prestasi, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas.

Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69, beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh warga Batalion 9 PGA serta menyeru agar semangat kemerdekaan terus dihayati dengan menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Selain itu, YDH Pegawai Pemerintah mengingatkan seluruh warga Batalion 9 PGA mengenai persiapan menghadapi Kejohanan Mara Lasak Piala Pengarah KDNKA yang bakal berlangsung di Batalion 9 PGA penghujung bulan ini. Beliau menyeru agar kerjasama dan komitmen semua pihak diberikan bagi memastikan kejohanan berjalan lancer dan teratur.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan lafaz Ikrar Taat Setia dan Rukun Negara yang dipimpin oleh Insp. Nik Mohamad Rozi bin Nik Mar, Penolong Kompeni Komander Kompeni A.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat sebelum Pegawai Baris lapor selesai.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi






πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“31 Ogos 2026Ayuh kita hayati erti sebenar kemerdekaan dengan menyemarakka...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“31 Ogos 2026

Ayuh kita hayati erti sebenar kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama memelihara keamanan serta kedaulatan negara.

Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, demi masa depan yang lebih gemilang.

β€œπ‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑡𝑰 : 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 π‘«π’Šπ’π’Šπ’Œπ’Žπ’‚π’•π’Šβ€

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi
PERKEP Batalion 9 PGA Kuala Terengganu








πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π€πKuala Nerus, 29 Ogos 2026 - Bagi meraikan pertukaran Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis,...
30/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π€π

Kuala Nerus, 29 Ogos 2026 - Bagi meraikan pertukaran Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta pesara dan yang bakal bersara Batalion 9 PGA, Majlis Sepanjang Jalan Kenangan telah diadakan bertempat di Mes Pegawai Kanan Polis Batalion 9 PGA.

Majlis yang dihadiri YDH Supt. Mannadzar bin Hj. Nasib, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA bersama isteri, YBhg. Puan Nurfateha Abdullah, Pengerusi PERKEP Batalion 9 PGA, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Biro-biro PERKEP Batalion 9 PGA serta yang diraikan.

Susun atur cara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, PERKEP serta tetamu yang diraikan, diikuti ketibaan YDH Supt. Mannadzar bin Hj. Nasib, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA dan isteri.

Majlis diteruskan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, persembahan pembukaan oleh Kumpulan Anggun Tari terdiri daripada anak-anak warga Batalion 9 PGA serta tayangan montaj khas sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan buat warga Batalion 9 PGA yang diraikan.

Berucap di dalam majlis, YDH Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang diraikan atas segala khidmat bakti, komitmen, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Batalion 9 PGA.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan setiap tugasan serta tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik. Beliau berharap segala pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang berada di Batalion 9 PGA akan terus menjadi memori yang bermakna serta hubungan silaturahim yang terjalin akan kekal berpanjangan.

YDH Pegawai Pemerintah turut mendoakan agar semua yang diraikan terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam menempuh fasa kehidupan serta penugasan yang baharu.

Majlis diteruskan dengan ucapan balas daripada YDH Supt. Aswadi bin Seman, yang kini menjawat jawatan Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, Kedah bagi mewakili yang diraikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak Batalion 9 PGA atas segala kerjasama, sokongan serta kenangan yang telah diberikan sepanjang berada di Batalion 9 PGA.

Seterusnya, penyampaian cenderahati disempurnakan oleh YDH Pegawai Pemerintah sebagai tanda kenang-kenangan kepada para tetamu yang diraikan.

Acara kemudiannya diteruskan dengan simbolik memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026, diikuti jamuan makan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penutup dan sesi bergambar bersama Pegawai Pemerintah, barisan pegawai, warga Batalion 9 PGA serta para tetamu yang diraikan sebagai kenang-kenangan.

Majlis Sepanjang Jalan Kenangan berakhir dengan penuh kemesraan dan meninggalkan seribu satu kenangan buat seluruh warga Batalion 9 PGA, khususnya kepada mereka yang bakal meneruskan perjalanan dalam penugasan baharu mahupun melangkah ke alam persaraan.

Selamat maju jaya dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang diraikan. Jasa dan bakti anda sentiasa dikenang.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi
PERKEP Batalion 9 PGA Kuala Terengganu





28/08/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π‡π€πƒπˆπ€π‡ π”π‰πˆπ€π πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ πŒπ€π‘π€ π‹π€π’π€πŠ ππˆπ€π‹π€ πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”π˜›π˜Œ...
27/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π‡π€πƒπˆπ€π‡ π”π‰πˆπ€π πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ πŒπ€π‘π€ π‹π€π’π€πŠ ππˆπ€π‹π€ πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

π˜›π˜Œπ˜’π˜ˆπ˜• π˜“π˜π˜•π˜’ π˜‹π˜π˜™π˜œπ˜ˆπ˜•π˜Žπ˜ˆπ˜• π˜’π˜–π˜”π˜Œπ˜• π˜œπ˜•π˜›π˜œπ˜’ π˜“π˜ˆπ˜π˜•-π˜“π˜ˆπ˜π˜• π˜Žπ˜ˆπ˜”π˜‰π˜ˆπ˜™, π˜›π˜˜ 😊

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi
Batalion 7 PGA Kuantan
Batalion 8 PGA
PSP Unit 6 Terengganu

ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀 πŒπ„ππ†π„πŠπ€π‹πŠπ€π πŠπ„π‰π”π€π‘π€π€π π”π‰πˆπ€π πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ πŒπ€π‘π€ π‹π€π’π€πŠ ππˆπ€π‹π€ πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”Kuala Ner...
27/08/2026

ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸ— 𝐏𝐆𝐀 πŒπ„ππ†π„πŠπ€π‹πŠπ€π πŠπ„π‰π”π€π‘π€π€π π”π‰πˆπ€π πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ πŒπ€π‘π€ π‹π€π’π€πŠ ππˆπ€π‹π€ πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

Kuala Nerus, 27 Ogos 2026 – Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Piala Komander Briged Tenggara PGA telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), hari ini, melibatkan empat pasukan iaitu Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA, Batalion 7 PGA, Batalion 8 PGA dan Batalion 9 PGA. Kesemua pasukan perlu menempuh cabaran sejauh 25 kilometer yang bermula dan berakhir di Dataran Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA.

Sebelum upacara pelepasan, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ma'aruf bin Junos dari Unit BAKA, Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard Batalion 9 PGA bagi memohon kelancaran, keselamatan dan keberkatan sepanjang pelaksanaan ujian. Upacara pelepasan kemudiannya disempurnakan oleh YDH SAC Ahmad Radzi bin Hussain, Komander Briged Tenggara PGA dengan diiringi YDH Supt. Mannadzar bin Hj. Nasib, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, YDH Supt. Davidson A/L Tanggapan, Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, DSP Mohd Said bin Mamat, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA serta Pegawai-pegawai Turus Briged Tenggara PGA dan Pegawai-pegawai Kanan Batalion 7, 8 dan 9 PGA.

Sepanjang ujian berlangsung, para peserta telah mempamerkan ketahanan fizikal dan mental, disiplin serta semangat berpasukan dalam menempuh laluan yang ditetapkan sebelum kembali ke Dataran Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA sebagai lokasi penamat. Persaingan sengit antara keempat-empat pasukan menyaksikan Batalion 9 PGA berjaya mengekalkan kejuaraan bagi tahun 2026, diikuti Batalion 7 PGA di tempat kedua, Batalion 8 PGA di tempat ketiga dan Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA di tempat keempat.

Setelah kesemua pasukan menamatkan cabaran, majlis penutup diteruskan dengan upacara penyampaian sijil, hadiah, Piala Pusingan dan piala iringan kepada pasukan-pasukan yang bertanding yang disampaikan oleh YDH Komander Briged Tenggara PGA. Turut diadakan penyampaian cenderahati oleh YDH Komander kepada Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, 18 RAMD (Para) serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Terengganu sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Dalam ucapan beliau, YDH Komander Briged Tenggara PGA menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada semua pasukan atas komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang ujian berlangsung. Beliau menegaskan bahawa ujian seperti ini bukan sahaja menguji tahap kecergasan fizikal, malah turut membentuk ketahanan mental, disiplin, kerjasama dan semangat setiakawan dalam kalangan peserta.

Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran ujian ini merupakan platform bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan warga Briged Tenggara PGA, di samping menjadi persediaan awal menghadapi Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Piala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijadualkan berlangsung pada September 2026, dengan Briged Tenggara PGA sebagai tuan rumah dan Batalion 9 PGA Terengganu sebagai lokasi penganjuran.

YDH Komander turut mengucapkan tahniah kepada Batalion 9 PGA atas kejayaan mengekalkan kejuaraan serta berharap semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan dapat terus diperkasakan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau kemudiannya merasmikan penutupan Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Piala Komander Briged Tenggara PGA.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Briged Tenggara Cemerlang dan Sedia Berkhidmat sebelum Pegawai Baris lapor selesai, menandakan berakhirnya majlis.

Penganjuran Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Piala Komander Briged Tenggara PGA ini bukan sahaja menjadi medan menguji tahap ketahanan fizikal dan mental, malah turut memperkukuhkan semangat berpasukan, disiplin, kerjasama dan daya saing dalam kalangan warga Briged Tenggara PGA, selaras dengan usaha meningkatkan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi penugasan serta cabaran yang mendatang.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Tenggara PGA Rasmi
Batalion 7 PGA Kuantan
Batalion 8 PGA
PSP Unit 6 Terengganu

27/08/2026

MARA LASAK PERINGKAT BRIGED TENGGARA (KEPUTUSAN)

Address

Kampong Gong Badak
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 9 Pasukan Gerakan Am posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Batalion 9 Pasukan Gerakan Am:

Shortcuts

Share