Polis Daerah Bera

Polis Daerah Bera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Bera, Government Organization, IBUPEJABAT POLIS DAERAH BERA, Kampong Kerayong.

🇲🇾 PELAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IPD BERA 🇲🇾7 September 2026 | IsninBilik Mesy...
07/09/2026

🇲🇾 PELAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IPD BERA 🇲🇾

7 September 2026 | Isnin
Bilik Mesyuarat Gerakan, IPD Bera

IPD Bera telah melaksanakan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara yang melibatkan kehadiran YDH Supt. Zulkiflee bin Nazir, KPD Bera dan seramai 20 orang warga IPD Bera, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA).

Nyanyian Lagu Negaraku telah dinyanyikan dengan penuh semangat, manakala Lafaz Ikrar Rukun Negara diketuai oleh ASP Marzuki bin Othman, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Bera.

Pelaksanaan ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia kepada Raja dan Negara, perpaduan serta penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan warga PDRM. Program telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat, selaras dengan usaha memperkukuhkan nilai integriti, disiplin dan kecintaan terhadap negara.



MESYUARAT PENYELARASAN TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTINJEN PAHANG TAHU...
04/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN TOWN HALL DISCUSSION KETUA POLIS PAHANG DAN PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026 BIL. 03/2026

4 September 2026 (Jumaat), IPD Bera telah menerima kunjungan YDH SAC Ahmad Sukarno bin Mohd Zahari, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pahang bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Town Hall Discussion Ketua Polis Pahang dan Peluncuran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Pahang Tahun 2026 Bil. 03/2026.

Turut hadir YDH SUPT Irwan bin Saimi, Timbalan KJPJKK Pahang, YDH SUPT Zaleha binti Hj. Jufri, Ketua Cawangan Operasi/Pendataan Analisa, YDH DSP Raja Munawir Shah bin Raja Harun, Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti, serta pegawai-pegawai kanan JPJKK IPK Pahang.

Mesyuarat turut dihadiri DSP Kumaran A/L Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai serta pegawai-pegawai IPD Bera.

Mesyuarat membincangkan status persiapan, pengisian program, penugasan, kehadiran serta aspek logistik bagi memastikan kelancaran Town Hall Discussion dan Peluncuran Taman Angkat AMANITA yang dijadualkan berlangsung pada 10 September 2026 di Dewan Konvensyen Bera.

Turut diadakan lawatan ke Dewan Konvensyen Bera bagi meninjau dan memastikan persiapan lokasi berada pada tahap yang ditetapkan.

🏃‍♂️ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (JASMANI) PERINGKAT IPD BERA📅 4 September 2026 (Jumaat)📍 Taman Awam BeraProgram telah dise...
04/09/2026

🏃‍♂️ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (JASMANI) PERINGKAT IPD BERA

📅 4 September 2026 (Jumaat)
📍 Taman Awam Bera

Program telah disertai seramai 46 warga IPD Bera dan diketuai oleh Pegawai Baris, Insp. G/22113 Mohd Nafis bin Nazaruddin (BSJKD) serta Penolong Pegawai Baris, Sjn 128032 Omar bin Puasa (BP Mengkuang).

Aktiviti senaman regangan, brisk walk dan jogging dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan, stamina dan ketangkasan warga IPD Bera. Program berlangsung dengan lancar dan teratur.

💪 “Kecergasan Diri, Kecemerlangan Tugas”




🌙 LDP - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPD BERA📅 03 September 2026 (Khamis)⏰ 9.30 pagi hingga selesai📍 Surau An-Nur, ...
03/09/2026

🌙 LDP - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPD BERA

📅 03 September 2026 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi hingga selesai
📍 Surau An-Nur, IPD Bera

IPD Bera telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Sambutan Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Afirol Hizal bin Ramli, BAKA IPD Bera.

Program diisi dengan Solat Dhuha, Doa Selamat, ceramah Maulidur Rasul serta sesi soal jawab yang menekankan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai uswah hasanah, nilai integriti, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Seramai 40 orang warga IPD Bera terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah menyertai program ini.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga IPD Bera untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

✨ “Rasulullah SAW: Uswah Hasanah, Teladan Sepanjang Zaman.”




🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH BERA TAHUN 2026 🇲🇾Bera, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69...
31/08/2026

🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH BERA TAHUN 2026 🇲🇾

Bera, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Bera Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme bertempat di Padang Awam, Majlis Daerah Bera.

Majlis telah dihadiri oleh YH Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Mohd Sidek, Pegawai Daerah Bera, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera dan Brig Jen Dato’ Azhar bin Mustapha, Panglima GAPU, YDH Supt. Zulkfilee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera, YDH DSP Kumaran a/l Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis Balai serta Pegawai Rendah Polis Daerah Bera.

Sambutan turut melibatkan penyertaan (18) kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, jabatan dan badan komuniti di Daerah Bera yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan lintas hormat. Pelbagai acara telah dilaksanakan termasuk nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar, penyampaian amanat, gimik perasmian, lintas hormat, persembahan serta penyampaian sijil dan hadiah.

Seramai 1,500 orang telah hadir bagi memeriahkan sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh tertib, meriah dan bersemangat.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara dalam kalangan masyarakat Daerah Bera.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾
Merdeka! Merdeka! Merdeka!





26/08/2026

PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KONTINJEN PAHANG TAHUN 2026

25/08/2026

PECAH AMANAH MELIBATKAN PEGUAM: 181 KES, KERUGIAN MELEBIHI RM192 JUTA

Sebanyak 181 kes pecah amanah melibatkan peguam direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), PDRM sejak 2023 hingga Julai 2026, dengan jumlah kerugian melebihi RM192 juta.

Kes majoritinya melibatkan wang amanah pelanggan dalam urusan hartanah, selain pengurusan harta pusaka, transaksi komersial, pinjaman bank dan dana penyelesaian tuntutan.

Antara modus operandi yang dikenal pasti:
🔹 Gagal menyerahkan wang amanah dalam tempoh ditetapkan;
🔹 Menggunakan dana pelanggan bagi tujuan lain tanpa kebenaran; dan
🔹 Memindahkan wang daripada akaun klien ke akaun lain yang tidak berkaitan dengan transaksi asal.

Dalam tempoh sama, 43 individu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, manakala 34 individu telah dituduh di mahkamah.

JSJK memandang serius kesalahan ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan amanah dan boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap profesion guaman.

NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI:
✅ Dapatkan khidmat peguam berdaftar dan mempunyai rekod profesional yang baik.
✅ Pantau perkembangan setiap transaksi.
✅ Dapatkan dan simpan resit serta dokumen berkaitan.
✅ Simpan rekod komunikasi dan transaksi dengan pihak peguam.
✅ Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur mencurigakan, penyelewengan atau pecah amanah.

Sumber : Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/793385/berita/semasa/peguam-tidak-jujur-lesapkan-rm192-juta

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JKDNKA BUKIT AMAN KE IPD BERA24 Ogos 2026 | Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera telah m...
24/08/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JKDNKA BUKIT AMAN KE IPD BERA

24 Ogos 2026 | Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera telah menerima kunjungan YDH DCP Datuk M.V. Srikumar a/l Madhavan Nair, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am/Krisis Bencana), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada 24 Ogos 2026.

Turut hadir YDH DCP Dato’ Noor Sham bin Md Jani, Komander Pasukan Gerakan Udara, YDH SAC Dato’ Rosman bin Kasman, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Pahang, serta barisan pegawai kanan dan pegawai rendah polis.

Lawatan ini turut melibatkan sesi suai kenal, menandatangani buku pelawat di Balai Polis Triang, sesi bergambar, gimik penanaman pokok, sesi amanat serta lawatan ke kawasan IPD Bera dan perumahan IPD Bera.

Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Dewan Sri Kempas, Perumahan IPD Bera. Lawatan kerja tersebut berlangsung dalam suasana baik dan lancar serta menjadi platform memperkukuh hubungan dan kerjasama antara warga JKDNKA dengan IPD Bera.




Address

IBUPEJABAT POLIS DAERAH BERA
Kampong Kerayong
28200

Telephone

+6092508222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Bera:

Shortcuts

Share