Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bert
ukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu). Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di bukit ini terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarahnya tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar. Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera. Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarasi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid dan Kedai Ghani di Medan arked semarak (bagunan baru)
Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan
[sunting] Pekan Kodiang Ketika Ini
Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis sudah hampir siap sepenuhnya hanya sedikit pengubahsuaian akan dilakukan pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman (berpindah di sebelah kedai baiki basikal jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin(sekarang berniaga di perkarangan masjid jamek kodiang dengan menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini. Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan Kodiang dan sekitarnya telah siap sepenuhnya. Perhentian Bas Kodiang telah ditingkatkan pasarananya dengan pembinaan kedai dua tingkat di kawasan perhentian bas amat bersesuaian dengan perubahan pekan-pekan atau bandar sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon dan Arau. Dahulunya bandar Changloon hanya setaraf seperti Kodiang tetapi bandar Changloon telah pesat membangun pasarananya menyamai Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik pasarana berbanding dengan pekan Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di Daerah Kubang Pasu ini. Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan Pertanian) akan dibina di dataran Bukit Keplu dan Gua Kerbau dan masih diperingkat cadangan.
[sunting] Prasarana
Stesen bas/teksi tempatan
Pejabat Tabung Haji
Bank Pertanian(Agrobank)
Maybank
Pasar raya RMT
Pasar
Pekan Sehari (Sabtu) dan Pasar Malam (Selasa). Balai Polis Pekan Kodiang
Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang
Kedai dobi RBS UTARA ENT.di pekan padang sera
stokis jenama RORINE,OLI COLLECTION,SYARIKAT MENANG DLL
[sunting] Pengangkutan
Bas HBR ke Bandar Kangar Perlis dan Jitra/Alor Setar
Bas Transnasional(MARA) ke Sanglang/Alor Setar
Kereta Sewa ke mana sahaja terutama Changloon dan Bukit Kayu Hitam. Bas Ekpress ke Kuala Lumpur dan laluannya dari Kangar. Stesen Keretapi di Arau. Keretapi Tanah Melayu untuk laluan ke arah Kuala Lumpur dan ThaiRailway untuk laluan ke Padang Besar/Hatyai/Bangkok. Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim Kepala Batas. Penerbangan ke KLIA dengan pesawat Boeing 737-400 MAS atau pesawat Airbus A320 AirAsia serta untuk ke Subang dengan pesawat FireFly ATR72-500(turboprop). Keretapi kelajuan tinggi ETS PADANG BESAR-KL
[sunting] Masjid
Masjid Jamek Pekan Kodiang Jln Changloon
Masjid Kg Kodiang Lama,
Masjid Kg paya Stesen
Masjid Kg Kandis
Masjid Bt. 4, Jln Changloon
Masjid Kg Paya stesen, Jln sanglang
[sunting] Talian telefon
Talian tetap TM 04-925 # #
Maxis 012/017 (strong coverage)
Celcom 019/013 (strong coverage)
Digi 016 (strong coverage)
U-Mobile 018
[sunting] Pejabat pos
Pos Malaysia Bhd, Jalan Kodiang
[sunting] Bank
AGRO Bank,.81E, Jalan Kodiang
Maybank,4A, Jalan Kodiang
Tabung Haji, BANK ISLAM
[sunting] Bekalan elektrik
Tenaga Nasional Bhd, Jalan Station, Kampung Changkat Logan, Kodiang
Tenaga Nasional Bhd,Pencawang Guar Sanji, Jalan Arau Kodiang, Arau
[sunting] Perkhidmatan kesihatan
Klinik Kementerian Kesihatan Klinik rawatan pesakit luar /Ibu Mengandung/Klinik gigi Jalan Guar, Pekan Kodiang
Poliklinik Perubatan Azani, Jalan Kodiang, Pekan Bharu, Changlun. Klinik Dr. Hj. Othman,
klinik Dr. Azhar & Rakan-rakan
Farmasi ZNZ
Farmasi KODIANG
[sunting] Pendidikan
SMK Tunku Bendahara
Sekolah Kebangsaan Kodiang, Pekan Kodiang
Sekolah Kebangaan Tok Kepak, Kodiang
Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Jalan Changloon
Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK), Jalan Changloon
Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah,Melele
Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Nahar.
[sunting] Ulama atau rujukan agama
Sheikh Dato'Badaruddin Hj Ahmad, Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK)(beliau mantan M***I negeri kedah)
Ustaz Farid Wajdi b Dato Tajuddin Al-jarumi, Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah
Imam Haji Hassan, Imam Besar Masjid Jamek Kodiang
[sunting] Kilang padi
Kilang Beras Pering (K) Sdn Bhd. Kilang Beras Soon Seng. Syarikat Padiberas Nasional Bhd
Syarikat Padiberas Nasional Bhd.
[sunting] Stesen minyak
Stesen Minyak Fuadurrahman, Jalan Kodiang
Warisan Kodiang Enterprise, Stesen Minyak Petronas, Pekan Kodiang
Stesen Minyak Caltex Jln Arau, Pekan Kodiang
[sunting] Persatuan
Pertubuhan Peladang Kawasan A2, Jalan Sanglang , 06100 Kodiang
Syarikat Kerjasama Serbaguna Tunjang Bhd, Pejabat Pasar Minggu, Jalan Kodiang, Pekan Tunjang, 06000 Jitra
[sunting] Pautan luar
Peta lokasi Kodiang