Pemuda PAS DUN Batu Buruk-Rasmi

Directions

Pemuda PAS DUN Batu Buruk-Rasmi Page Rasmi Penyelaras Pemuda Pas Dun Batu Buruk

22/09/2026

๐Ÿ”ฅ ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—”๐—ก! ๐Ÿ†โšฝ

Di padang ini, semangat bakal diuji. Setiap titis peluh menjadi saksi, setiap perjuangan membawa harapan dan setiap jaringan mencipta kenangan!

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐š ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค ๐๐ข๐š๐ฅ๐š ๐˜๐ ๐€๐ƒ๐”๐ ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Turunlah dengan tekad, bermainlah dengan sepenuh jiwa. Biar berbeza jersi, semangat kesukanan tetap menyatukan kita. Lawan biar bersungguh, persaudaraan tetap teguh! ๐Ÿค

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿฑ & ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ—“๏ธ ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ & ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚
๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ & ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ผ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐˜, ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ผ๐—ผ๐—ป, ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด

Kepada penyokong, inilah masanya untuk berdiri bersama pasukan anda! Hadir beramai-ramai, gegarkan sorakan dan jadikan setiap penjuru padang saksi semangat anak muda Batu Buruk! ๐Ÿ”ฅ

Piala menjadi rebutan, persaudaraan menjadi kemenangan.
Julang semangat, cipta sejarah!

๐Ÿ† ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ? ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด!




๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จโ€ผ๏ธDetik yang dinanti semakin hampir. Inilah masanya seluruh ...
10/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จโ€ผ๏ธ

Detik yang dinanti semakin hampir. Inilah masanya seluruh saf perjuangan memperkemaskan gerak kerja, menyusun langkah serta memperkukuhkan kesatuan dalam menghadapi medan pilihan raya.

Ayuh hadir beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kuala Terengganu yang akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Ustaz Husain Awang, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
โฐMasa : 8.00 Malam
๐Ÿ“ Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai

Kehadiran anda bukan sekadar memenuhi ruang dewan, bahkan menjadi simbol kekuatan, kesatuan dan iltizam seluruh jentera dalam membawa obor perjuangan menuju kemenangan.

Pakat Daftar secara online,
Tekan link dibawah;
https://tinyurl.com/PendaftaranPASKT

โ€œPenyelesaian Islamโ€
"Mengisi Kemenangan"



-0
-SamaHadir

05/09/2026

"Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Ke Negeri Terengganu Kepada Semua Para Perwakilan Dan Pemerhati Ke Muktamar Tahunan PAS Ke-73 Tahun Depan"- SU BPPNT

05/09/2026

Jom Masuk PAS,Ramai Dah Berminat Menyertai PAS" - KP DPPM-

04/09/2026

"Jangan Campurkan Agenda Penyatuan,Dengan Kepentingan Peribadi" - NKP DPPM

SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ12 Rabiul Awal 1448Hุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ
12 Rabiul Awal 1448H

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Kelahiran Baginda ๏ทบ bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi cahaya yang menerangi kehidupan umat hingga ke hari ini.

Marilah kita memperingati Maulidur Rasul ๏ทบ dengan memperbanyakkan selawat, mengenali sirah dan akhlak Baginda serta berusaha menjadikan Rasulullah ๏ทบ sebagai qudwah dalam kehidupan.

Cintai Rasulullah ๏ทบ dengan selawat.
Ikuti Baginda ๏ทบ dengan sunnah.
Buktikan cinta dengan akhlak dan perjuangan.

Semoga kita semua dikurniakan hati yang sentiasa mencintai Rasulullah ๏ทบ serta dihimpunkan bersama Baginda di dalam syurga-Nya.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

22/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

KENYATAAN CELUPAR RONNIE LIU BUKTI 'PRODUK DIDIKAN 41 TAHUN DAP' TERUS MEMBAWA AGENDA SEKULARISME PENJAJAH

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya tulisan terbaru veteran politik, Ronnie Liu yang secara biadab dan celupar menyatakan bahawa "Malaysia Tidak Akan dan Tidak Patut Menjadi Negara Islam". Penulisan panjang lebar beliau itu dengan jelas membuktikan kebenciannya yang tidak berbelah bahagi terhadap kesucian Islam dan usaha mendaulatkannya di tanah air ini.

2. Ronnie secara berterusan menyerang Islam di sebalik topeng 'Perlembagaan' dan 'kepelbagaian'. Serangan biadab ini tidak mengejutkan memandangkan beliau merupakan 'produk' yang telah dilatih, didoktrin, dan dibentuk di dalam ekosistem politik DAP selama lebih 41 tahun. Laras pemikiran cauvinis dan sekularisme yang terpancar melalui kenyataan ini adalah manifestasi tepat kepada acuan ideologi asas DAP yang sememangnya sentiasa 'panas' dan alah apabila menyentuh soal kesempurnaan syariat Islam.

3. Hujah beliau yang menolak pentadbiran berteraskan syariat dengan melabelkannya sebagai "mengeksploitasi agama" mendedahkan wajah sebenar gagasan DAP. Kenyataan ini menjadi bukti teguh bahawa agenda mensekularkan negara sentiasa hidup subur melalui DNA politik bawaan DAP, yang berterusan mencabar asas kenegaraan dengan cuba memisahkan Islam daripada urusan pentadbiran dan politik.

4. Ronnie cuba menakut-nakutkan rakyat dengan bayangan 'ekstremisme agama'. Namun persoalannya, bukankah laras pemikiran tajaan DAP seperti inilah rupa bentuk ekstremisme agama yang sebenar? Golongan inilah yang secara halus dan terbuka menanam kebencian terhadap agama lain, khususnya terhadap kebangkitan Islam. Acuan pemikiran ini terus bertindak sebagai ekstremis radikal yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan dalam negara dan mengganggu keharmonian teguh yang telah lama terbina.

5. Dalam pada itu, Dewan Ulamak PAS Pusat memberi peringatan keras kepada segelintir orang Melayu-Islam di dalam DAP dan Pakatan Harapan (PH) supaya berhentilah dan bertaubatlah daripada terus bersikap apologetik. Disebabkan kelemahan, sikap menikus, dan kedayusan kalian membela agamalah, laras pemikiran kafir yang berakar dari "kilang politik" DAP ini semakin berani menunjuk belang dan tidak lagi mempunyai sekelumit rasa hormat terhadap agama Islam.

6. Ketahuilah, setiap orang Islam yang di dalam dadanya mempunyai sisa iman dan kecintaan terhadap agama selamanya tidak akan reda dengan kenyataan Ronnie Liu yang terus menggemakan naratif rasmi DAP itu. Hati mereka pasti terhiris dan terguris apabila gagasan mulia Islam diperlekehkan. Manakala, hanya mereka yang jahil agama, bertuhankan politik sekular, dan mati hatinya sahaja yang tidak akan berasa apa-apa terhadap kenyataan biadab ini.

7. Oleh yang demikian, seluruh umat Islam wajib bangkit dan bersatu hati menolak DAP serta laras pemikiran radikal didikan mereka yang saban waktu asyik mengganggu ketenteraman, mencabar perasaan ummah, dan merendahkan kedudukan agama dalam negara ini. Pertahankanlah kesucian akidah dan kedaulatan agama kita daripada terus dipijak oleh musuh-musuh Islam.
โ€‹
YB USTAZ DATO' MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Address

Kampong Kuala Ibai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS DUN Batu Buruk-Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share