Dewan Ulama PAS Kawasan Setiu

Dewan Ulama PAS Kawasan Setiu Ilmu, Iman dan Amal. Dewan Ulama PAS kawasan Setiu terbuka kepada semua masyarakat tidak kira agama

13/03/2026

🔥 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔, 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐓

Dari seluruh negeri,dari serata rantau
kita berkumpul dalam satu himpunan besar yang membawa semangat persaudaraan Islam.

𝗜𝗝𝗧𝗜𝗠𝗔’ 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟱 & 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲

Inilah medan pertemuan para ulama, tokoh dan masyarakat bagi memperkukuhkan ikatan ukhuwah serta menyemarakkan semangat penyatuan ummah.

Selama 3 hari, pelbagai pengisian ilmu, budaya dan warisan Islam akan berlangsung bagi menyatukan hati umat.

📍 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗡𝗲𝗿𝘂𝘀
📅 𝟮 – 𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲

Mari bersama menjadi sebahagian daripada sejarah himpunan besar ini.

🤝 Ayuh hadir dan satukan langkah demi kekuatan ummah.



14/02/2026
14/01/2026

Israk Mikraj mengajar kita sekiranya kita betul-betul down dalam hidup, usah tinggal 3 perkara ini iaitu ; datanglah ke masjid, tunaikanlah solat dan kembalilah kepada Allah سبحانه وتعالى.

Israk Mikraj, sebuah Perjalanan Langit yang Mengubah Bumi ini bukan sekadar mukjizat, tetapi jawapan Allah سبحانه وتعالى pada saat Rasulullah ﷺ berada di fasa paling sukar dalam dakwah.

Selepas kehilangan insan tersayang dan tekanan berpanjangan, Rasulullah ﷺ diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian menembusi langit dan menerima perintah solat sebagai kekuatan, bukan hanya untuk Baginda, tetapi untuk seluruh umat.

Telusuri lebih kupasan lagi tentang kisah agung ini bersama Pendakwah Selebriti, PU Syed pada Khamis ini di Centre Atrium (Pentas Utama), Aras G, KTCC Mall bersempena 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠.

📅 Tarikh: 15 Januari 2026 / 25 Rejab 1447H
⏰ Masa: 10:00 Pagi
📍 Tempat: Centre Atrium (Pentas Utama), Aras G, KTCC Mall
🎤 Dirasmikan oleh: YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu

KTCC Mall juga bakal bergema dengan alunan busking penuh keinsafan dan mendidik jiwa daripada team Busking Perkampungan Darul Barakah, sebuah penempatan yang menjadi saksi bisu jihad insan-insan terpilih yang ingin berubah, yang berani melawan gelap silam demi cahaya masa depan.

Jom sama-sama imarahkannya. Bawalah keluarga dan sahabat kita bersama! Sirah bukan sekadar sejarah, tetapi panduan untuk membina kekuatan iman dan jiwa umat. Bersama kita menghayati sirah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.

28/12/2025

Minda Presiden PAS

HARAM BERSIMPATI KEPADA KEZALIMAN

Firman Allah SWT:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

“Maka beristiqamahlah (tetaplah kamu di jalan yang benar) sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]

Itulah perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya supaya sentiasa beristiqamah bersama Islam yang diturunkan daripada Allah Yang Maha Adil. Dialah yang menentukan betul atau sesat, benar atau salah, dan adil atau zalim. Wajib juga bersama yang benar atau betul serta bersama yang adil dan tidak berganjak daripadanya, di samping jangan sekali-kali cenderung kepada perkara yang salah dan mereka yang berlaku zalim.

Zalim ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang salah. Lawannya ialah adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul dalam seluruh cara kehidupan, yakni berkait dengan kepercayaan, amalan, dan akhlak dalam seluruh kehidupan manusia. Apabila diletakkan pada tempatnya yang salah, maka hal tersebut dinamakan sebagai kezaliman, termasuk kemungkaran besar yang diberikan amaran paling keras oleh Allah serta wajib dicegah kerana besar dosanya.

Kezaliman aqidah ialah syirik kepada Allah, percaya kepada tuhan selain Allah, atau kepatuhan kepada yang lain daripada Allah yang menyebabkan segala kejahatan dan kezaliman.

Di sini menunjukkan kesalahan syirik adalah paling besar dosanya yang menjadi punca segala kezaliman dari segi aqidah, ibadah, akhlak, dan semua cara hidup yang ditetapkan oleh Allah, sama ada dalam urusan diri, keluarga sehinggalah bermasyarakat, termasuk dalam politik, kehakiman, ekonomi, dan lain-lain.

Betapa besar dosa syirik itu sehingga tidak diampunkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا ٤٨

“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampunkan segala dosa yang selain daripada (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar.” [Surah al-Nisa’: 48]

Dosa syirik tidak diampunkan dengan istighfar dan segala amalan kebajikan tidak diterima oleh Allah.

Apabila seseorang itu melakukan perbuatan syirik, maka dia tidak beriman kepada Allah, lalu merasakan dirinya berkuasa dan bebas melakukan apa-apa sahaja, sehingga mengikuti segala yang bertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah SWT:

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” [Surah al-Jathiyah: 23]

Maha Adil adalah sifat wajib bagi Allah, maka mustahil Allah berlaku zalim.

Allah mengharamkan kezaliman pada Diri-Nya dan memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang zalim. Firman Allah SWT:

… وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ ٢٢٧

“…Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” [Surah al-Shu‘ara’: 227]

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT berfirman:

يَا عِبَادِي ‌إِنِّي ‌حَرَّمْتُ ‌الظُّلْمَ ‌عَلَى ‌نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.

“Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman pada Diri-Ku dan Aku menjadikannya haram dalam kalangan kamu! Maka janganlah kamu berlaku zalim sesama kamu.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no. 2577, daripada Abu Zarr]

Islam meletakkan kewajipan menentang kezaliman semua pihak, khususnya kalangan yang berkuasa ialah jihad akbar, disebabkan pihak yang merasakan dirinya berkuasa kebiasaannya melakukan kezaliman sewenang-wenangnya.

Semua anbiya’ berjuang menghadapi pihak berkuasa dan kerajaan yang zalim pada zaman masing-masing sama ada yang bersifat individu dalam kalangan para raja ataupun kump**an yang dinamakan al-mala’, kerana paling ramai yang menjadi korban dan mangsa mereka serta paling parah membawa kerosakan dalam kehidupan manusia dan alam seluruhnya.

Nabi Ibrahim AS menghadapi Namrud, raja Babylon yang menjatuhkan hukuman bunuh mengikut kemahuannya. Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ إِبۡرَٰهِـۧمَ فِي رَبِّهِۦٓ أَنۡ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّيَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحۡيِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِي بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِهَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِي كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢٥٨

“Adakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberi orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, ‘Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan,’ orang itu berkata, ‘Aku juga dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim pun berkata, ‘Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat,’ lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 258]

Nabi Musa AS p**a menghadapi kezaliman Firaun, raja Mesir yang berlagak sebagai tuhan sehingga harta negara dianggap sebagai kepunyaannya. Firman Allah SWT:

وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٥١ أَمۡ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ مَهِينٞ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ٥٢ فَلَوۡلَآ أُلۡقِيَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٞ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ ٥٣ فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمٗا فَٰسِقِينَ ٥٤

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, ‘Wahai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka adakah kamu tidak melihatnya? (51) Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? (52) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang daripada emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?’ (53) Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu), lalu mereka patuh kepadanya, kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang fasiq. (54)” [Surah al-Zukhruf: 51–54]

Manakala Nabi Shu‘aib AS menghadapi kezaliman ekonomi kaumnya selepas kesyirikan:

۞وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥۖ وَلَا تَنقُصُواْ ٱلۡمِكۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَۖ إِنِّيٓ أَرَىٰكُم بِخَيۡرٖ وَإِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٖ مُّحِيطٖ ٨٤ وَيَٰقَوۡمِ أَوۡفُواْ ٱلۡمِكۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا تَبۡخَسُواْ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ٨٥

“Dan kepada (penduduk) Madyan, (Kami utus) saudara mereka, Shu‘aib. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia! Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (Kiamat).’ (84) Dan Shu‘aib berkata, ‘Wahai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi!’ (85)” [Surah Hud: 84–85]

Firman Allah SWT menceritakan Nabi Lut AS menghadapi kezaliman akhlak:

وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٖ مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٨ أَئِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ وَتَقۡطَعُونَ ٱلسَّبِيلَ وَتَأۡتُونَ فِي نَادِيكُمُ ٱلۡمُنكَرَۖ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱئۡتِنَا بِعَذَابِ ٱللَّهِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٢٩

“Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya, ‘Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu. (28) Adakah sesungguhnya kamu patut mendatangi lelaki, menyamun, dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?’ Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan, ‘Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.’ (29)” [Surah al-‘Ankabut: 28–29]

Sementara itu Nabi Nuh AS menentang kump**an zalim yang disebut sebagai golongan al-mala’. Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS menentang raja yang zalim. Nabi Shu‘aib AS menentang kezaliman penipuan dalam sukatan dan timbangan. Nabi Lut AS menentang keruntuhan akhlak luar tabii. Nabi Muhammad SAW p**a menentang kezaliman jahiliah dan kuasa besar dunia pada zamannya. Begitulah tugas semua rasul dan anbiya’. Semua kezaliman berlaku daripada dosa syirik (percaya kepada yang lain daripada Allah).

Allah menetapkan tugas menegakkan keadilan dan menentang kezaliman termasuk dalam kewajipan amar ma‘ruf dan nahi mungkar yang menjadi kewajipan yang besar kepada manusia bagi diri setiap individu serta bagi negara oleh pihak yang berkuasa dan kump**an Islam.

Firman Allah SWT menceritakan wasiat seorang yang bijak, iaitu Luqman kepada anaknya:

يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ١٧

“Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah (manusia) mengerjakan yang ma‘ruf dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar, serta bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpa kamu! Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Surah Luqman: 17]

Ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا ‌فَلْيُغَيِّرْهُ ‌بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ.

“Sesiapa kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, maka ubahlah (cegahlah) dengan tangan. Kalau tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah. Kalau tidak mampu, maka bencilah dengan hati, dan ia merupakan iman paling lemah.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no. 49, daripada Abu Sa‘id al-Khudri]

Kewajipan pihak yang berkuasa ialah sebagaimana firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Kewajipan kump**an Islam p**a ialah sebagaimana firman Allah SWT:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf, dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali ‘Imran: 104]

Antara kezaliman itu ialah melaksanakan hukuman terpilih yang dipengaruhi oleh kekeluargaan, persahabatan, permusuhan, perkauman, dan lain-lain.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil! Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

Firman Allah SWT:

۞يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا ١٣٥

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu! Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.” [Surah al-Nisa’: 135]

Firman Allah SWT:

… وَإِذَا قُلۡتُمۡ فَٱعۡدِلُواْ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰۖ وَبِعَهۡدِ ٱللَّهِ أَوۡفُواْۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ١٥٢

“…Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, walaupun dia ialah kerabatmu, dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.” [Surah al-An‘am: 152]

Meletakkan sesuatu perkara dalam semua aspek tidak pada tempatnya yang sebenar, maka zalimlah namanya. Dapat disaksikan perkara yang dilarang oleh Allah sedang dilakukan oleh Kerajaan Madani yang mendabik dada kononnya menentang kezaliman dan salah laku, namun nyata antaranya melaksanakan undang-undang dan hukuman terpilih, kerana meletakkan kepentingan kedudukan masing-masing dengan cara kemungkaran yang nyata.

Sehinggakan mereka mencipta kesalahan yang tidak berlaku terhadap lawan atau membesar-besarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh musuh. Pada masa yang sama, menyembunyikan kesalahan diri sendiri atau kalangan yang akrab dengan mereka sambil memejam mata.

Mereka turut menafikan hak seseorang yang wajib ditunaikan dan memberi kepada yang tidak berhak, termasuk memberi secara tidak sempurna dan tidak memenuhi keperluannya yang wajib ditunaikan, di samping menipu dalam semua perkara yang nyata haramnya.

Termasuk dalam kezaliman juga ialah melaksanakan projek pembangunan dengan memberikan peluang kepada yang tidak berhak, di samping mengambil peluang mengumpul kekayaan dengan cara yang salah oleh kalangan tertentu. Contohnya, memberikan projek kerana kedudukan, takhta, atau pangkatnya yang tinggi ataupun melalui rasuah, salah guna kuasa, dan pengaruh bagi mengambil peluang daripada hasil negeri atau negara dan peluang daripada pembangunannya bagi mengumpul kekayaan, sehingga kekayaan berpusing dalam kalangan mereka yang tertentu sahaja, bukan kerana mempunyai kelayakan.

Demikian juga, termasuk dalam kezaliman ialah memberikan peruntukan dan bantuan kepada yang tidak berhak dan menafikan kepada mereka yang berhak.

Maka semua tindakan tersebut adalah haram dan termasuk dalam melakukan kezaliman, manakala harta daripada hasilnya juga haram dan kekayaannya tidak diberkati oleh Allah. Sudahlah tidak membawa kebajikan kepada dirinya dan keluarganya di dunia dan akhirat, malah turut membawa dosa yang berpanjangan.

Firman Allah SWT:

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٣ ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٤ كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ ٥ لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ ٦ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ ٧ ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ٨

“Bermegah-megah telah melalaikan kamu dengan membanyakkan harta. (1) Sampai kamu masuk ke dalam kubur. (2) Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan kamu itu). (3) Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. (4) Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. (5) Nescaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahim. (6) Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ain al-yaqin. (7) Kemudian, kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang keni‘matan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (8)” [Surah al-Takathur: 1–8]

Allah mewajibkan beristiqamah menegakkan keadilan dan menentang kezaliman sebagai jihad akbar yang paling besar kelebihannya.

Rasulullah SAW memberikan amaran kepada sesiapa yang berlaku zalim dengan sabdanya:

‌اتَّقِ ‌دَعْوَةَ ‌الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ.

“Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada dinding yang menyekatnya supaya diperkenankan oleh Allah.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazalim, no. 2448, daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Rajab 1447 / 28 Disember 2025

[Bil: 93 / 2025]

25/11/2025

𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐢𝐞 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐚𝐫𝐢: 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐡𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐀𝐡𝐦𝐞𝐝 𝐒𝐚𝐮𝐝 𝐀𝐬-𝐒𝐢𝐲𝐚𝐛𝐢

“Ummah hari ini berdepan cabaran yang semakin Kompleks, dari kekeliruan pemikiran hingga tekanan global yang menggugat identiti Islam. Bagaimana kita harus memahami, menilai dan bertindak?”

Ayuh hadir ke Wacana Daie Kontemporari : Cabaran Dunia Islam, sebuah sesi perkongsian eksklusif yang akan disampaikan oleh Sheikh Ahmed Saud As-Siyabi, Setiausaha Agung Jabatan M***i Kesultanan Oman, tokoh ilmuwan yang dihormati atas kefasihan, ketokohan dan ketajaman ilmunya dalam isu semasa umat.

📅 Tarikh: 26 November 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Auditorium Tingkat 3, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

Program ini terbuka kepada orang awam, para pencinta ilmu, pendakwah, mahasiswa dan sesiapa sahaja yang ingin memahami cabaran dunia Islam secara lebih menyeluruh dan mendalam.

Mari bersama memperkukuh kefahaman, menyubur kesedaran dan membina kekuatan rohani menghadapi realiti ummah masa kini.

Jom hadir! kerana masa depan ummah bermula dengan kesedaran hari ini.

Sila imbas kod yang disediakan untuk pendaftaran kehadiran.

***iKesultananOman

18/03/2025
03/03/2025

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena sambutan Ulangtahun Pertabalan pada 4 Mac 2025.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, keberkatan dan kebahagiaan kepada KDYMM Tuanku dalam memimpin Negeri Terengganu Darul Iman.

Menjunjung kasih Tuanku.

02/03/2025

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐞𝐞𝐦

Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 183)

Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan lafaz puji dan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk kita menjadi tetamu-Nya di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan serta kemenangan pada pengakhirannya.

Allah SWT melatih kita umat Nabi Muhammad SAW di bulan ini dengan mendidik diri kita dengan sifat TAQWA. Pensyariatan puasa ke atas umat Islam untuk memperbaiki diri mereka agar taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Walaupun manusia berpeluang untuk menjamah makanan halal dihadapan mereka, tetapi ditahan nafsunya kerana takutkan Allah. Di sinilah manusia dilatih untuk mengawal godaan hawa nafsu dalam perkara halal mahupun perkara haram dan syubhah.

Bulan Ramadan juga bulan al-Quran. Padanya mengandungi petunjuk yang banyak menerangkan tentang konsep ketuhanan, ibadah, politik, pendidikan, ekonomi, sosial masyarakat, undang-undang, hal ehwal antarabangsa dan sebagainya. Al-Quran sudah lengkap bagi keperluan hidup manusia. Sudah cukup kepada umat di akhir zaman ini untuk berpegang teguh dengan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW. Jadikanlah Ramadan bulan untuk kembali kepada suluhan al-Quran.

Akhirnya, saya mewakili warga kerja Akademi DUAT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Mudah-mudahan Ramadan tahun ini menjadi Ramadan paling terbaik di dalam sejarah hidup kita untuk meraih keampunan dan mencapai darjat TAQWA serta kemenangan dengan menundukkan hawa nafsu yang membawa kita menjiwai sifat kemuliaan bani Adam dalam melaksanakan tanggungjawab hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

MOHD ZULKHAIRI BIN NGAH
Pengarah Akademi DUAT
Ramadan 1446H / 2025M



27/01/2025

Address

Bandar Permaisuri, Setiu
Kampong Kuala Setiu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulama PAS Kawasan Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share