Pusat Logistik Dan Pengangkutan Maritim Malaysia

Pusat Logistik Dan Pengangkutan Maritim Malaysia MaLTraC merupakan satu entiti yang diwujudkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama p

16.07.2026 | Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ...
23/07/2026

16.07.2026 | Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) |

Majlis ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap kejayaan 29 orang pelajar UTHM yang telah berjaya memenuhi keperluan Program Tauliah Industri dan Profesional (KPTiP) serta memperoleh Sijil Profesional CILT.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. ChLT Dr. Muhammad Zaly Shah FCILT, Presiden CILT Malaysia, dan ChLT Ts. Dr. Mohd Nasir Hj. Alias, Setiausaha Agung CILT Malaysia, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan profesional serta pembangunan modal insan dalam bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan.

Penganugerahan Sijil Profesional CILT ini mencerminkan komitmen berterusan dalam melahirkan graduan yang berkompetensi tinggi, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan industri logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.



04 July 2026| Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP UiTM SarawakMajlis ini menjadi simbol peng...
18/07/2026

04 July 2026| Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP UiTM Sarawak

Majlis ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap kejayaan 64 orang pelajar UiTM Sarawak yang telah berjaya memenuhi keperluan Program Tauliah Industri dan Profesional (KPTiP) serta memperoleh Sijil Profesional CILT. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. ChLT Dr. Muhammad Zaly Shah FCILT, Presiden CILT Malaysia, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan profesional dan pembangunan modal insan dalam bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan.
Diharapkan pensijilan profesional ini menjadi nilai tambah kepada para graduan dalam meningkatkan kebolehpasaran serta memperkukuh daya saing mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.



02 July 2026 | Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP Universiti Utara Malaysia (UUM)Majlis ini...
18/07/2026

02 July 2026 | Majlis Penganugerahan Sijil Profesional CILT bagi Program KPTiP Universiti Utara Malaysia (UUM)

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 89 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah berjaya menamatkan Program Tauliah Industri dan Profesional (KPTiP) serta memperoleh Sijil Profesional CILT. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ChLT Ts. Dr. Hjh. Zawiah Binti Abdul Majid FCILT, Timbalan Presiden CILT Malaysia, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan profesional dan pembangunan modal insan dalam bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.



Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holdings, YBhg, Dato’ Dr Ramzi Mohamad Zubir. S...
15/07/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holdings, YBhg, Dato’ Dr Ramzi Mohamad Zubir. Semoga tahun ini membawa limpahan kejayaan dan perkembangan perniagaan yang lebih hebat buat YBhg, Dato’ dan seluruh pasukan.



Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Dr. Hj. Din Bin Adam atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pen...
12/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Dr. Hj. Din Bin Adam atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berkuat kuasa pada 10 Julai 2026.

Seluruh warga Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar YBhg. Dato' terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan urusan dalam memimpin dan memperkukuh kecemerlangan UMT.

Semoga kepimpinan beliau membawa lebih banyak kejayaan, kecemerlangan dan manfaat kepada universiti serta seluruh warga UMT.

Ikhlas daripada
Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim (MaLTraC)
Universiti Malaysia Terengganu


03 Julai 2026 | Sesi Makan Malam dan Perbincangan Halatuju Kerjasama UiTM Sarawak-MALTRAC bagi Penawaran Sijil Profesion...
10/07/2026

03 Julai 2026 | Sesi Makan Malam dan Perbincangan Halatuju Kerjasama UiTM Sarawak-MALTRAC bagi Penawaran Sijil Profesional CILT di The Hidden Grove, Top Spot, Kuching.

Sesi ini menjadi platform bagi membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara UiTM Sarawak dan MALTRAC dalam penawaran Sijil Profesional CILT, sekaligus memperkukuh sinergi kearah profesional.



26 Jun 2026 | Annual General Meeting CILTM 2026Penyertaan MALTRAC dalam Mesyuarat Agung Tahunan CILT Malaysia 2026 mence...
09/07/2026

26 Jun 2026 | Annual General Meeting CILTM 2026

Penyertaan MALTRAC dalam Mesyuarat Agung Tahunan CILT Malaysia 2026 mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik bersama ahli-ahli industri serta meneroka kerjasama ke arah pembangunan modal insan dan kecemerlangan sektor maritim.



25 Jun 2026 | Perbincangan Kerjasama Strategik Orion Maritime Academy bersama MALTRAC | Langkah pertama ke arah kerjasam...
08/07/2026

25 Jun 2026 | Perbincangan Kerjasama Strategik Orion Maritime Academy bersama MALTRAC |

Langkah pertama ke arah kerjasama yang lebih bermakna. Perbincangan strategik antara MALTRAC dan Orion Maritime Academy membuka ruang kepada potensi kolaborasi dalam memperkasa pembangunan modal insan serta memancu kecemerlangan sektor maritim.


Program Kursus ICS Ship Chartering bagi pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Universiti Malaysia Terenggan...
22/06/2026

Program Kursus ICS Ship Chartering bagi pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari pada 18 hingga 20 Jun 2026 di Auditorium 1-01 dan Bina Syarahan melalui kerjasama strategik antara Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Fakulti Pengajian Maritim (FPM) dan Orion Maritime Academy.

Program ini telah memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar berkaitan amalan perkapalan komersial dan proses ship chartering selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Institute of Chartered Shipbrokers (ICS). Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul termasuk pengenalan kepada industri perkapalan, amalan chartering, dokumentasi perkapalan serta kajian kes yang berkaitan dengan industri maritim semasa.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua tenaga pengajar, urus setia dan para peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Membentuk ilmu, memperkasa kompetensi, mencorakkan masa depan maritim.





🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Semoga kehadiran tahun baharu Islam ini membawa sinar keberkatan, ketenangan dan kekuatan ima...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Semoga kehadiran tahun baharu Islam ini membawa sinar keberkatan, ketenangan dan kekuatan iman kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, memperbaiki diri serta meningkatkan amalan demi kehidupan yang lebih bermakna.

Ikhlas daripada�Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC)

Address

Kampong Kuala Setiu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Logistik Dan Pengangkutan Maritim Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Logistik Dan Pengangkutan Maritim Malaysia:

Shortcuts

Share