Pemuda PAS Tepoh

Pemuda PAS Tepoh Selamat datang ke page rasmi Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh ~ Terus Memimpin

Ulama bukan sekadar berperanan menyampaikan ilmu dan memberikan nasihat kepada masyarakat, bahkan mempunyai tanggungjawa...
03/09/2026

Ulama bukan sekadar berperanan menyampaikan ilmu dan memberikan nasihat kepada masyarakat, bahkan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai pewaris para nabi dalam memimpin umat. Para nabi sendiri bukan hanya berdakwah, tetapi turut berhadapan dengan persoalan masyarakat, pemerintahan dan politik. Maka, ulama perlu mewarisi peranan tersebut dengan ilmu, keberanian dan kebijaksanaan.

Dalam memimpin umat, ilmu tidak boleh terhenti pada mengetahui hukum semata-mata. Ulama perlu memahami realiti semasa serta maqasid syariah supaya setiap tindakan benar-benar mencapai tujuan syariat dan tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. Ilmu perlu diterjemahkan dalam tindakan yang tepat berdasarkan keadaan dan kemampuan.

Dalam suasana umat Islam yang berdepan dengan perpecahan dan perbezaan kepentingan, penyatuan umat menjadi suatu tanggungjawab yang sangat penting. Strategi politik p**a tidak semestinya sama di setiap tempat, sebaliknya perlu mengambil kira keadaan dan realiti setempat. Namun matlamatnya tetap untuk mempertahankan kekuatan politik umat Islam dan memastikan kepentingan Islam terus dipelihara.

Oleh itu, ulama perlu memahami bukan sahaja apa yang hendak diperjuangkan, tetapi bagaimana perjuangan itu dilaksanakan dengan hikmah. Pendekatan yang tidak tepat boleh menyebabkan umat semakin berpecah, sedangkan tugas ulama ialah membimbing, menyatukan dan memimpin umat berdasarkan ilmu, kebijaksanaan serta kefahaman terhadap realiti.

[Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali ke-65, 3 September 2026, Kelantan Trade Centre]

Kredit Presiden PAS
Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

03/09/2026

Sidang Media: Pilihan Raya Lebih Awal

Kredit: Presiden PAS
Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Minda Presiden PASPENYELESAIAN YANG GAGAL  Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berslogankan perpaduan menunjukkan keretak...
03/09/2026

Minda Presiden PAS

PENYELESAIAN YANG GAGAL

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berslogankan perpaduan menunjukkan keretakan yang hanya menunggu masa untuk terbelah. Dijangka hayatnya terlalu pendek berbanding dengan UMNO bersama jenama Parti Perikatan dahulunya, kemudiannya Barisan Nasional (BN) yang pernah disertai PAS. Masanya lebih panjang dan masalahnya tidak separah sehingga boleh mematikannya.

Adapun PH laksana bahtera yang tidak tahan dilambung ombak. Hal ini menyebabkan ada sebahagian daripada mereka yang terjun ke laut, ada juga yang berpindah kapal dan yang menumpang sampan kecil, malah ada yang berenang bersama pelampung dan ada juga yang terus tenggelam ditimbus gelombang politik yang bergelora.

Slogan reformasi dan celupan madani juga kelihatan luntur serta boleh menghilang begitu sahaja, sepertimana slogan hadhari sebelum ini.

Kerajaan campuran yang terdiri daripada pelbagai ideologi seperti DAP, PKR, AMANAH dan lain-lain, menjadi masakan daripada pelbagai ramuan yang tidak sesuai dengan perut rakyat Malaysia daripada semua kaum. Hal ini menjadikan seluruh rakyat menderita dalam kesakitan hidup. Buktinya, apabila masyarakat daripada pelbagai latar belakang seperti pendidik, pegawai kerajaan, peniaga, petani, nelayan, penganggur dan lain-lain, semuanya mengeluh tentang perkara yang sama.

Perkataan tatakelola yang sedap disebut, begitu juga slogan reformasi yang ditempikkan, begitu berat untuk ditanggung. Bahkan, gejala rasuah yang diisytiharkan sebagai perang besar juga turut gagal diatasi, jauh sekali untuk menghapuskannya. Hal ini demikian kerana, longkang yang bernyamuk tidak dibersihkan. Mereka hanya memilih lawan tertentu untuk diambil tindakan, manakala kawan dan lawan yang menyerah p**a diselamatkan. Lebih menghairankan, kalangan penyumbang rasuah p**a berada dalam kedudukan yang paling selamat. Hal ini secara jelas bercanggah dengan firman Allah SWT:

۞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا ١٣٥

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Nisa’: 135]

Selain itu, masalah moral dan jenayah juga gagal diatasi. Arak semakin banyak, ditambah p**a dengan dadah dengan pelbagai jenama. Kes bunuh juga semakin meningkat, malah ada yang membunuh diri sendiri, termasuk dalam kalangan Melayu Islam.

Di samping itu, jika dirujuk kepada semua perlembagaan parti-parti komponen PH, kita akan dapati bahawa kesemuanya tetap mengulangi penyelesaian yang sama, iaitu sekularisme warisan penjajah yang beraqidah kebendaan (al-maddiyyah), tanpa aspek ilmu, akhlak, roh dan moral yang hanya dianggap sampingan sahaja.

Malah, mereka menjadikan jumlah angka peruntukan yang dilipatgandakan sebagai penyelesaian terhadap semua masalah yang berlaku. Inilah penyelesaian Bani Isra’il pada zaman dahulu yang memilih pemimpin berdasarkan kekayaan hartanya sahaja. Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi raja bagi kalian.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia p**a tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi mereka berkata, ‘Sesungguhnya, Allah telah memilih (Talut) menjadi raja kalian dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Dan Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 247]

Nabi Samuel AS mencadangkan dengan wahyu Allah untuk melantik Talut yang berilmu, bijak dan gagah perkasa. Namun, Bani Isra’il menolaknya kerana mereka mahu seorang raja yang kaya dan mempunyai harta yang banyak. Apa gunanya jika seorang raja mempunyai harta yang banyak, tetapi tidak mempunyai ilmu dan kebijaksanaan?

Akhirnya, Talut memimpin mereka dan mencapai kemenangan mengalahkan Jalut yang zalim. Kemudian, Nabi Daud AS p**a dilantik menjadi khalifah dan seterusnya diwarisi oleh Nabi Sulaiman AS, raja yang adil yang menakluk dunia bersama ilmu wahyu dan kebijaksanaannya.

Pada tahun 1997, negara kita pernah menghadapi krisis ekonomi yang paling teruk (krisis kewangan Asia), namun dengan menggunakan nasihat dan kepakaran ilmuwan tempatan, kita telah berjaya mengatasinya sehingga dapat mengelak daripada cadangan untuk bergantung kepada kekayaan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Hasilnya, negara kita terselamat dan mendapat pengiktirafan antarabangsa, malah telah dianggap sebagai Harimau Asia.

Keseluruhan negara bekas jajahan masih mengekalkan ideologi warisan penjajah dan terus lemah dengan bergantung kepada nasihat penjajah, walaupun mereka mempunyai hasil negara yang melimpah-ruah dan tenaga manusia yang ramai. Semuanya gagal kerana bergantung kepada penyelesaian yang tidak holistik, sama ada yang bersifat kanan (liberalisme) atau kiri (sosialisme atau pragmatisme), semuanya berkonsepkan kebendaan.

Allah Pencipta dan Pentadbir alam, termasuk manusia dan semua makhluk yang mempunyai hubungan dengan peranannya. Allah Maha Mengetahui petunjuk yang benar bagi manusia dalam menjayakan peranan mereka untuk memakmurkan bumi, yang menjadi tempat ujian bagi manusia beramal. Firman Allah SWT:

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢

“Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1) (Tuhan) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)” [Surah al-Mulk: 1–2]

Manusia diciptakan dengan bercirikan jasad, roh, akal, nafsu, serta hidup bersendirian, berkeluarga dan bermasyarakat madani. Terdapat manusia yang mengikut petunjuk Allah, iaitu al-din (Islam yang sempurna), dalam kalangan para anbiya’ dan pengikutnya, lalu mereka mencapai kejayaan dalam menguruskan dunia dan menjadi jambatan kebahagiaan di akhirat serta diterima oleh Allah SWT.

Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan manusia yang melawan Allah. Akibatnya, tamadun (madani) yang mereka bina berakhir dengan kemusnahan, sama ada yang berlaku pada zaman dahulu mahupun pada zaman kini. Walaupun mereka mempunyai kekayaan dan mencapai kemajuan dari segi kebendaan, namun akhirnya semua itu hanya menjadi api yang membakar diri mereka sendiri.

Oleh sebab itu, Allah mewajibkan penganut agama Islam mengikut petunjuk-Nya yang berkonsepkan wasatiyyah (adil dan sederhana), berdasarkan kemampuan dan kebijaksanaan mereka dalam semua aspek peranan mereka. Firman Allah SWT:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ ... ١٤٣

“Dan demikian (p**a) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…” [Surah al-Baqarah: 143]

Wasatiyyah atau adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, tidak cuai dan tidak melampau. Selain itu, beristiqamah atas dasar dan perkara rukun yang menjadi ketetapan Allah serta fleksibel dalam perkara cabang bagi menghadapi sebarang perubahan dan perbezaan.

Firman Allah SWT dalam aspek ekonomi:

وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu akan menjadi tercela dan menyesal.” [Surah al-Isra’: 29]

Berdasarkan ayat ini, Allah memperingatkan kita dari sudut ekonomi agar tidak bersikap bakhil, tidak boros dan tidak membazir. Sebaliknya, ekonomi perlu diuruskan sebaik mungkin agar dapat memenuhi kewajipan terhadap diri, keluarga dan masyarakat dengan adil, berakhlak dan beriman kepada adanya hisab serta balasan Allah kelak. Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥

“Maka, apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [Surah al-Mukminun: 115]

Islam berpandukan ilmu wahyu yang sempurna, memenuhi fitrah manusia dan akal, serta mengambil manfaat daripada pengalaman dan kajian, telah berjaya mencipta suatu tamadun. Hal ini bertitik tolak daripada sebuah negara bernama Madinah yang berkonsepkan madani, berpandukan al-Quran sebagai ilmu wahyu dan kebijaksanaan Rasulullah SAW, telah berjaya memimpin masyarakat majmuk. Kemudian, kepimpinan ini diteruskan oleh beberapa generasi yang mengikutnya, sehingga berjaya membina sebuah negara dengan masyarakat majmuk yang luas wilayahnya, ramai penduduknya dan banyak hasilnya.

Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz RA berjaya melakukan islah dan tajdid dengan membetulkan kesilapan yang berlaku sebelumnya dalam masa dua tahun, bukan dua penggal. Ketegasannya kembali kepada Islam dengan istiqamah, berpegang kepada perkara dasar dan rukun, berijtihad dalam menghadapi perubahan semasa, tempat dan masyarakat, sehingga beliau berjaya memerintah dengan adil, aman dan makmur.

Madani yang berkonsepkan pemujaan terhadap kebendaan telah meruntuhkan tamadun purba dan menampakkan tanda-tanda kemusnahan dalam tamadun terkini.

Pada abad yang lalu, kita menyaksikan keruntuhan blok Timur yang berorientasikan kemasyarakatan dan berkonsepkan ekstrem. Kini, kita menyaksikan tanda kelemahan liberal kapitalisme yang berorentasikan kebebasan yang terbabas, melalui politik demokrasi Barat yang memilih pemimpin dengan cara membeli dan membuli rakyat. Bahkan, amalan ekonomi liberal yang memberikan kebebasan kepada individu untuk mengumpul harta kekayaan, sehingga mengabaikan kepentingan bermasyarakat.

Politik berkonsepkan kebendaan telah membiakkan rasuah sehingga mempengaruhi urusan pentadbirannya. Hal ini berlaku apabila pemimpin hanya dipilih kerana kekayaan semata-mata, bukan berdasarkan ilmu, akhlak dan keadilannya.

Ekonomi yang membebankan rakyat umum dan berlaku kebocoran hasil negara, kerana ditebuk oleh projek rasuah dan salah laku yang mengejar keuntungan telah mengakibatkan kekayaan berpusing dalam kalangan golongan tertentu sahaja (دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ).

Mengejar kebendaan tanpa mempedulikan pembangunan insan serta tidak memenuhi keperluan akal dan roh yang menggerakkan jasad yang beriman kepada amal soleh yang selamat, akhirnya menyebabkan martabat kemanusiaan menjadi rendah daripada binatang bernafsu yang tidak berakal. Apabila nafsu menguasai akal yang tidak sihat dan roh yang tidak beriman, menjadikan manusia lebih melampau.

Sehubungan dengan itu, Allah SWT menetapkan acuan manusia bertamadun yang soleh melalui firman-Nya:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT akan meneguhkan kedudukan pemimpin yang sentiasa beribadat, bermasyarakat, berkebajikan serta hebat dan adil dalam bertindak terhadap kemungkaran, takut kepada balasan Allah terhadap sebarang salah laku dan kezaliman.

Islam menerima kebijaksanaan ilmu manusia dari seluruh penjuru dunia, termasuk daripada kalangan bukan Islam. Semua perkara yang membawa hasil yang positif dan memelihara kebajikan manusia diterima oleh kerajaan Islam kerana sabda Rasulullah SAW:

الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ، فَحَيْثُ وَجَدَهَا، فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا.

“Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman yang ditemui (di tengah perjalanan). Di mana sahaja ia dijumpai, maka orang beriman yang paling berhak memilikinya.” [Riwayat al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-‘Ilm, No. 2687, dan Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Zuhd, No. 4169, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi Ibn Majah]

Kerajaan Islam berjaya dan maju dalam segala aspek, menguasai ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah, bagi memenuhi tuntutan rukun agama dan keperluan dunia, serta berjaya mentadbir negara yang besar dan masyarakat yang majmuk. Kerajaan Islam jatuh apabila meninggalkan Islam. Hal ini berbeza dengan kerajaan lain yang jatuh akibat salah laku dan kezaliman.

Banyak hasil tamadun Islam yang ditumpang oleh negara-negara penjajah ketika kelemahan umat Islam. Mereka bukan sahaja mencuri hasil bumi, bahkan turut mencuri hasil penulisan dan kajian para ilmuwan Islam.

Kebanyakan mereka hanya mencedok daripada ilmu duniawi, khususnya ilmu asas dalam bidang sains dan teknologi sahaja. Sebahagian besarnya masih tersimpan dalam arkib di beberapa negara bekas penjajah dalam bahasa Arab. Buktinya, walaupun setelah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka, masih terdapat istilah-istilah tertentu yang tidak berubah.

Malangnya, mereka hanya mengambil manfaat dalam urusan dunia sahaja tanpa al-din (Islam yang sempurna). Mereka menganggap agama tidak mempunyai kaitan dengan urusan dunia, sehingga menyebabkan kemajuan dunianya kehilangan tujuan dan menyimpang jauh daripada tujuan sebenar manusia diciptakan. Oleh itu, apabila kemajuan dunia yang bersifat kebendaan dicapai tanpa hidayah Allah, ia menarik nafsu manusia yang akalnya tidak sihat untuk mencipta ideologi yang menafikan agama atau meletakkan agama sebagai urusan sampingan semata-mata.

Berlakunya langkah melampau dalam sains perubatan apabila dadah dan bahan yang memabukkan dijadikan sebagai makanan dan minuman. Dalam sains persenjataan p**a, mereka mencipta senjata berbahaya yang lebih ganas daripada binatang buas. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩

“Dan sesungguhnya Kami jadikan bagi (isi neraka Jahannam) kebanyakannya daripada kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu laksana binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Pengaruhnya turut masuk ke negara kita yang mewarisi peninggalan penjajah. Hal ini jelas berlaku apabila ada kalangan yang lebih memuliakan hak asasi binatang daripada hak asasi manusia, sehingga mencabar hukum Allah yang telah dinaskan.

Mereka menentang pengharaman arak dan penyalahgunaan dadah, menjaga keselamatan pembunuh dan perompak lebih daripada menjaga keamanan rakyat, serta membawa masuk teori untuk membatalkan hukuman bunuh terhadap pengganas yang membunuh. Ada juga yang zalim menjatuhkan hukuman bunuh terhadap kesalahan yang tidak menyebabkan kematian dan sebagainya.

Selain itu, pelaksanaan undang-undang juga dibuat mengikut nafsu terhadap lawan yang melakukan rasuah atau yang sengaja dicipta kesalahannya, sedangkan pembayar rasuah sebenar dibebaskan kerana mempunyai sumbangan dalam memenangkan parti atau pemimpinnya dalam pilihan raya atau pemilihan parti bertopengkan demokrasi yang tidak berpandukan aqidah dosa dan pahala.

Keadaan bertambah parah dan semakin membarah sehingga merosakkan alam sekitar yang mencemarkan daratan dan lautan serta memusnahkan kawasan tempat rakyat miskin mencari rezeki. Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١

“Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka sendiri, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

Tambahan p**a, undang-undang dan penguatkuasaannya tidak lagi berfungsi apabila terdapat kalangan tertentu yang cuba mengatasi undang-undang serta menghalang pihak penguatkuasa daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Usaha melaksanakan Islam di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS juga dihalang melalui proses undang-undang yang belum disempurnakan. Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang memperkenalkan hukuman mendidik p**a dibantah ketika pembentangannya oleh DAP, dan tidak kelihatan sebarang tanda sokongan daripada rakan-rakan Melayunya dalam PH.

Namun begitu, Allah tetap memberi peluang kepada manusia yang sedar dan insaf untuk bertindak melakukan perubahan. Islam mewajibkan amar ma‘ruf dan nahi munkar dalam melaksanakan perubahan. Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا ‌فَلْيُغَيِّرْهُ ‌بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ.

“Sesiapa kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, maka ubahlah (cegahlah) dengan tangan. Kalau tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah. Kalau tidak mampu, maka bencilah dengan hati, dan ia merupakan iman paling lemah.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no. 49, daripada Abu Sa‘id al-Khudri]

Rasulullah SAW bersabda melalui hadis yang lain:

لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ، أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ، فَلَيَسُومُنَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ، ثُمَّ يَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَهُمْ.

“Sama ada kamu menyuruh kepada kebajikan dan kamu mencegah kemungkaran atau (kalau kamu meninggalkannya), nescaya Allah (akan menguji kamu) dengan bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu kamu ditimpa azab Allah yang seburuk-buruknya. Kemudian, orang-orang yang baik dalam kalangan kamu berdoa, maka doa itu tidak diperkenankan.” [Hadis diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Fitan, No. 2169, daripada Huzaifah bin al-Yaman. Diriwayatkan juga oleh al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawa’id, No. 12134, daripada Abu Hurairah]

Para ulama’ terdahulu banyak meninggalkan pusaka ilmu Islam yang sempurna dan para ilmuwan terkini juga banyak menghasilkan kajian yang amat bermanfaat. Lalu, mengapa semua perkara itu tidak dimanfaatkan?

Kadang-kadang, dalam kalangan bukan Islam p**a yang mengkajinya sehingga menghilangkan Islamofobia dalam kalangan mereka. Kini, cahaya Islam mula menembusi negara-negara bekas penjajah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 2 September 2026

[Bil: 55 / 2026]

03/09/2026
🌿 SELAMAT BERMUKTAMAR 🌿Selamat bermuktamar buat seluruh perwakilan dan pemerhati daripada semua Dewan di bawah Parti Isl...
02/09/2026

🌿 SELAMAT BERMUKTAMAR 🌿

Selamat bermuktamar buat seluruh perwakilan dan pemerhati daripada semua Dewan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semoga setiap perbahasan dan perbincangan yang berlangsung dipermudahkan serta dipandu dengan hikmah, demi memperkukuh kesatuan, ukhuwah dan semangat perjuangan bersama.

Moga muktamar kali ini terus menjadi medan menyatukan hati, memperkemas gerak kerja dan memperteguh iltizam dalam meneruskan perjuangan.

Siiru ‘ala barakatillah. 🤲🏻

⚽🔥 LIGA PENALTI FUTSAL REMAJA DUN TEPOH — MEMANG MERIAH! 🔥⚽Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Kejohanan Liga Penalti ...
02/09/2026

⚽🔥 LIGA PENALTI FUTSAL REMAJA DUN TEPOH — MEMANG MERIAH! 🔥⚽

Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Kejohanan Liga Penalti Futsal Remaja DUN Tepoh bertempat di Fantasy Sport J&T, Gong Badak.

Paling menggembirakan, sambutan daripada anak-anak remaja memang di luar jangkaan kami! 💪🔥

Bukan peserta sahaja yang memeriahkan kejohanan, malah ibu bapa, orang kampung dan kawan-kawan turut hadir memberikan sokongan kepada pas**an yang bertanding. Memang terasa semangat kes**anan dan ukhwah sepanjang kejohanan! 🤝⚽

🏆 Tahniah buat semua pas**an yang berjaya! Menang kalah adat pertandingan, yang penting semua turun beraksi dengan semangat dan menunjukkan bakat masing-masing.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Ridhuan Abdul Karim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, bersama Ketua Pemuda PAS Tepoh, Saudara Saifuldin Mohd Zin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK Pemuda PAS Tepoh yang bertungkus-lumus dari awal persiapan sehingga tamat kejohanan. 👏👏

Terima kasih juga kepada semua pas**an yang mengambil bahagian dan semua yang hadir memberikan sokongan.

Insya-Allah, kalau ada rezeki dan kesempatan, kita anjurkan lagi program macam ni pada masa akan datang! 🔥⚽

Dapatkan gambar di channel telegram 👇

https://t.me/+dbw78c_ifs0wMmJl

Minda Presiden PASAL-QURAN PETUNJUK BERPOLITIK Bagi memberi pencerahan kepada mereka yang buta terhadap al-Quran dan kal...
01/09/2026

Minda Presiden PAS

AL-QURAN PETUNJUK BERPOLITIK

Bagi memberi pencerahan kepada mereka yang buta terhadap al-Quran dan kalangan yang berjenama ulama’ tetapi tidak bertafaqquh dalam al-din, mereka perlu memahami al-Quran secara istiqamah. Jangan sewenang-wenangnya menuduh kalangan yang berjuang menegakkan Islam yang ikhlasnya terserah kepada Allah.

Al-Quran tetap dipelihara oleh Allah, maka sesiapa yang cuba memutarbelitkannya pasti akan terdedah. Al-Quran merupakan mukjizat ilmu yang dipelihara oleh Allah dan wajib dipelajari bersama segala ilmu yang berkaitan dengannya yang dinamakan ‘ulum al-Quran, dari sudut bahasa asalnya, dan bertafaqquh (memahaminya) secara riwayat dan dirayat.

Ada ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh ayat-ayat yang lain, ada juga yang ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW, dan juga oleh para ulama’ yang mewarisi pusaka para anbiya’ dalam kalangan para sahabat dan tabiin yang bertali arus sehingga akhir zaman. Apabila al-Quran diangkat dan para ulama’ yang berwibawa dimatikan, maka tinggallah ulama’ yang jahat dan orang-orang jahil. Namun begitu, kini banyak ilmu yang ditulis dan terpelihara catatannya dalam kitab-kitab muktabar.

Al-Quran ialah petunjuk Allah yang diminta oleh para hamba dalam setiap rakaat solat. Hal ini demikian kerana, manusia berada dalam keadaan yang sangat mencabar disebabkan terdapat banyak gangguan dalam perjalanan hidup mereka. Ada syaitan dalam kalangan manusia yang dapat dilihat dan ada syaitan ghaib yang tidak dapat dilihat.

Di samping itu, al-Quran juga ialah petunjuk dalam semua perkara, khususnya kepada manusia yang telah ditetapkan tujuan kejadiannya oleh Allah Pencipta alam dan Pentadbirnya. Ia merupakan petunjuk secara mutlak yang tidak diragukan. Firman Allah SWT:

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” [Surah al-Baqarah: 2]

Al-Quran juga merupakan petunjuk dalam semua perkara, sepertimana firman Allah SWT:
.. وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ تِبۡيَٰنٗا لِّكُلِّ شَيۡءٖ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٗ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ ٨٩

“...Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” [Surah al-Nahl: 89]

Al-Quran menegaskan bahawa politik menjadi salah satu daripada tiga tujuan makhluk manusia diciptakan:

1. Beribadat. Firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” [Surah al-Zariyat: 56]

2. Berkhilafah. Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]

Para ulama’ mentafsirkan perkataan khilafah dengan huraian:

حِرَاسَةُ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِهِ.

“Menegakkan al-din (Islam) dan siasah dunia (politik mentadbir) dengannya (agama).” [Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun (al-Muqaddimah), jld. 1, hlm. 239, dan al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 15]

3. Beramanah melaksanakan hukum dengan adil. Firman Allah SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” [Surah al-Ahzab: 72]

Firman Allah SWT lagi:
.. ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ ...٣

“...Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu ni‘mat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama bagimu...” [Surah al-Ma’idah: 3]

Maka, Islam ialah al-din yang mengandungi urusan yang dinamakan agama dalam bahasa lain atau pelbagai bahasa bukan Arab. Hal ini termasuklah urusan dunia yang berkait dengan peranan manusia diciptakan.

Tujuan berpolitik adalah bagi menunaikan amanah yang paling besar iaitu menegakkan hukum Allah yang adil. Allah SWT berfirman:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Kemudian, ia dikaitkan p**a dengan iman (aqidah) yang tidak berpisah daripadanya. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulu al-amri antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Politik dan keadilan tidak boleh dipisahkan daripada aqidah. Jangan salah faham dengan mengatakan bahawa politik tidak mempunyai kaitan dengan aqidah kerana ia bukan sekadar perkara kecil yang dipergunakan sekali-sekala untuk menegakkan kebatilan. Islam menolak ajaran sesat yang menafikan politik daripada Islam, memisahkannya daripada Islam atau mengasingkannya daripada iman (aqidah). [Menurut al-Qaradawi dalam karyanya iaitu al-Din wa al-Siyasah: Ta’ṣil wa Radd Shubahat]

Al-Quran mentafsirkan aspek ini dengan menerangkan kewajipan para rasul yang dilantik oleh Allah:

كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ ٢١٣

“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” [Surah al-Baqarah: 213]

Al-Quran juga membawa perjuangan politik para anbiya’ yang tidak berpisah daripada dakwah dan Islam. Ia menjadi rujukan dakwah apabila mereka juga berpolitik menghadapi pihak yang berkuasa pada zaman masing-masing.

Allah SWT menceritakan kisah Nabi Nuh AS melalui firman-Nya:

فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةً مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤

“Maka, pemuka-pemuka orang yang kafir antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi daripada kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu.’” [Surah al-Mu’minun: 24]

Nabi Nuh AS dituduh berdakwah kerana menginginkan pangkat semata-mata, bukan kerana ingin melakukan islah politik.

Kisah Nabi Ibrahim AS p**a diceritakan oleh Allah melalui firman-Nya:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam (pemimpin) bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Al-Quran menceritakan perdebatan Ibrahim AS menghadapi Raja Namrud yang sombong berkuasa:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ فِي رَبِّهِۦٓ أَنۡ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ رَبِّيَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحۡيِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِي بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِهَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِي كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢٥٨

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, ‘Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Mematikan,’ orang itu berkata, ‘Aku dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya, Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat,’ lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 258]

Allah juga menceritakan kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS menghadapi raja Mesir (Firaun) melalui firman-Nya:

ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ٢٤

“Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia telah melampaui batas.” [Surah Taha: 24]

Di samping itu, Allah SWT juga menceritakan kisah Firaun yang berbangga dengan projek kerajaannya bagi membantu rakyat, sepertimana firman-Nya:

وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٥١ أَمۡ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ مَهِينٞ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ٥٢ فَلَوۡلَآ أُلۡقِيَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٞ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ ٥٣ فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمٗا فَٰسِقِينَ ٥٤

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, ‘Wahai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihatnya? (51) Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? (52) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang daripada emas atau malaikat datang bersama-samanya untuk mengiringkannya?’ (53) Maka, Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Sesungguhnya, mereka adalah kaum yang fasiq. (54)” [Surah al-Zukhruf: 51-54]

Para pemimpin Makkah juga mencabar Rasulullah SAW supaya membawa projek kemudahan kepada penduduk Makkah untuk dijadikan syarat supaya mereka memeluk Islam. Firman Allah SWT:

وَقَالُواْ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفۡجُرَ لَنَا مِنَ ٱلۡأَرۡضِ يَنۢبُوعًا ٩٠ أَوۡ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٞ مِّن نَّخِيلٖ وَعِنَبٖ فَتُفَجِّرَ ٱلۡأَنۡهَٰرَ خِلَٰلَهَا تَفۡجِيرًا ٩١ أَوۡ تُسۡقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمۡتَ عَلَيۡنَا كِسَفًا أَوۡ تَأۡتِيَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ قَبِيلًا ٩٢ أَوۡ يَكُونَ لَكَ بَيۡتٞ مِّن زُخۡرُفٍ أَوۡ تَرۡقَىٰ فِي ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤۡمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيۡنَا كِتَٰبٗا نَّقۡرَؤُهُۥۗ قُلۡ سُبۡحَانَ رَبِّي هَلۡ كُنتُ إِلَّا بَشَرٗا رَّسُولٗا ٩٣

“Dan mereka berkata, ‘Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami. (90) Atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya. (91) Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. (92) Atau kamu mempunyai sebuah rumah daripada emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab yang kami baca.’ Katakanlah, ‘Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?’ (93)” [Surah al-Isra’: 90-93]

Semuanya hujah politik yang dihadapi oleh para anbiya’ AS, termasuk Rasulullah SAW.

Adapun perjuangan Rasulullah SAW disambung oleh kump**an Islam selepas kewafatan Baginda sehingga akhir zaman oleh kump**an Islam yang dinamakan ummah, jemaah, taifah atau parti yang disebut dalam al-Quran dan hadis yang sama maksudnya.

Kamus Dewan Bahasa menghuraikan perkataan parti dengan maksud kump**an manusia yang bergabung untuk mencapai matlamat atau dasar politik yang sama. Hal ini diterangkan seperti berikut:

1. Majlis sosial: Perjumpaan orang ramai untuk bers**a-s**a, meraikan sesuatu acara, atau berhibur (seperti majlis hari jadi).
2. Kump**an/ Badan: Sekump**an individu yang melakukan sesuatu aktiviti bersama (seperti pas**an mencari atau pihak-pihak dalam urusan undang-undang).

Parti politik (kump**an politik) dalam bahasa Arab disebut sebagaiحِزْب (hizb), atau kata jamaknya أَحْزَاب (ahzab). Perkataan hizb disebut dalam dua surah dalam al-Quran, iaitu Surah al-Ma’idah dan Surah al-Mujadalah.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٰكِعُونَ ٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ٥٦

“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang s**a mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54) Sesungguhnya, penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55) Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah (parti-Nya) itulah yang pasti menang. (56)” [Surah al-Ma’idah: 54-56]

Al-Quran menegaskan bahawa mewujudkan kump**an Islam atau parti Islam adalah perintah Allah yang terkandung dalam ajaran Islam. Hal ini ditafsirkan juga oleh sabda Rasulullah SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ. لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ. حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Sentiasa ada dalam kalangan umatku kump**an yang zahir (terbuka) menegakkan kebenaran (Islam), mereka tidak boleh dimudaratkan oleh kalangan yang mengecewakan mereka, sehingga datangnya penentuan Allah (memenangkan mereka) hingga Hari Kiamat, mereka masih dalam keadaan sedemikian.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1920, daripada Thauban bin Bujdud RA]

Sabda Rasulullah SAW:

‌تَلْزَمُ ‌جَمَاعَةَ ‌الْمُسْلِمِينَ ‌وَإِمَامَهُمْ.

“Ikutilah kump**an Islam dan pemimpin mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, no. 7084, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1847, daripada Huzaifah bin al-Yaman]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan hasil muzakarah para ulama’ dan ilmuwan Islam setelah beberapa kali diharamkan oleh penjajah yang menentangnya. Ada juga yang bertopengkan penjajah dalam kalangan ulu al-amri dengan memperalatkan kalangan ulama’ pada zamannya.

Setiap parti atau kump**an mempunyai perlembagaan atau undang-undang dasar masing-masing.

Perlembagaan PAS menegaskan bahawa hukum Islam adalah hukum tertinggi. Maka, segala urusan wajib dirujuk kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak para ulama’, serta qias (ijtihad).

Sila bandingkan perbezaan antara Perlembagaan PAS dengan parti yang lain, termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) secara khusus yang disokong tanpa mengkaji perlembagaannya.

Saya menulis dengan merujuk Perlembagaan DAP, kenyataan serta ucapan pemimpinnya, bukan tuduhan kosong. Malangnya, ramai yang menulis sehingga berforum dan bermuzakarah dalam perkara nas yang nyata.

Apabila muncul seorang ulama’ al-Azhar, Ali Abdul Raziq, pada tahun 1925 yang mengarang kitab al-Islam wa Usul al-Hukm, bahawa politik adalah urusan dunia dan bukan daripada agama Islam. Lalu dia dibicarakan oleh Majlis Ulama’ al-Azhar, lalu dijatuhkan hukuman dengan ditarik ijazah-ijazah ulama’ dan dilucutkan jawatannya yang berkait dengan urusan agama.

Beberapa ulama’ tersohor mengarang kitab menolak fahaman yang sesat ini. Antaranya ialah Syeikh Mustafa Sabri, mantan Syeikh al-Islam Kerajaan ‘Uthmaniyyah; Muhammad al-Khidr Hussain, Rektor al-Azhar (Naqd Kitab al-Islam wa Usul al-Hukm); Muhammad Bakhit al-Muti‘i, Mufti Mesir (Haqiqah al-Islam wa Usul al-Hukm); Prof. Abd al-Razzaq al-Sanhuri, tokoh undang-undang terkenal (Fiqh al-Khilafah); Muhammad al-Tahir ibn ‘Asyur, tokoh ilmu maqasid al-syari‘ah (Naqd ‘Ilmiy li Kitab al-Islam wa Usul al-Hukm); dan lain-lain.

Termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi, yang saya lebih mengenalinya secara berdepan dan menjadi pembantunya selama beberapa tahun sehinggalah saya meletakkan jawatan demi memberi keutamaan kepada tugas-tugas dalam PAS. Malah, saya juga diberikan kepercayaan menulis kata alu-aluan untuk buku sejarah perjuangannya.

Maka, jangan disalahgunakan namanya. Beliau antara tokoh yang pernah terlibat dalam perang di Palestin. Di samping itu, beliau merupakan tokoh ulama’ politik Mesir yang berjuang dalam politik Islam, dihukum dalam buangan dan dilarang masuk ke beberapa negara kerana menjadi ahli Ikhwan al-Muslimin yang diharamkan dan dianggap oleh beberapa negara sebagai kalangan pelampau Islam. Beliau seorang yang menulis, bercakap dan berjuang. Bacalah semua buku dan fatwanya, jangan hanya dibaca secara tebuk-tebuk dan salah tafsir, sehingga menjadi pengkhianat ilmu Islam atau menulis dengan jahil murakkab. Firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Surah al-Isra’: 36]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 30 Ogos 2026

[Bil: 54 / 2026]

Address

Kampong Kuala Setiu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Tepoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share