Lembaga Sumber Air Terengganu

Lembaga Sumber Air Terengganu Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memelihara & memulihara sumber air di negeri Terengganu

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah ...
31/05/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada semua kakitangan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"



โœจ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡โœจSempena hari yang mulia ini, mari kita hayati nilai-nilai pengorbanan, kesabaran, dan...
26/05/2026

โœจ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡โœจ

Sempena hari yang mulia ini, mari kita hayati nilai-nilai pengorbanan, kesabaran, dan dedikasi dalam setiap langkah kita.

Semoga intipati ibadah korban mendidik kita terus cekal dan ikhlas dalam menggalas setiap amanah yang diberi.

Tulus ikhlas daripada seluruh warga kerja Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

๐‘†๐‘–๐‘›๐‘Ž๐‘Ÿ ๐ด๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘‘โ„Ž๐‘Ž ๐‘˜๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘š๐‘ข,
๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐‘˜๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘–๐‘ค๐‘Ž,
๐พ๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘˜๐‘œ๐‘Ÿ๐‘๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘ข๐‘ ๐‘ข๐‘› ๐‘—๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ก ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž.

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐Ÿ’ซโœจDi saat jutaan jemaah berhimpun di Padang Arafah, kami di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)...
25/05/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐Ÿ’ซโœจ

Di saat jutaan jemaah berhimpun di Padang Arafah, kami di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wukuf kepada seluruh umat islam.

Semoga semangat pengorbanan dan kesabaran ini menjadi inspirasi buat kita semua dalam mengekalkan kecermalangan dan mencapai kejayaan lebih bermakna.

Sebaik-baik ucapan pada hari Arafah ialah:

ู„ูŽุง ุงูู•ู„ูŽู‡ูŽ ุงูู•ู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

(๐‘ด๐’‚๐’Œ๐’”๐’–๐’…: ๐‘ป๐’Š๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ป๐’–๐’‰๐’‚๐’ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‰๐’‚๐’Œ ๐’…๐’Š๐’”๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’Š๐’๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฌ๐’”๐’‚, ๐’•๐’Š๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Œ๐’–๐’•๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š-๐‘ต๐’š๐’‚. ๐‘ฉ๐’‚๐’ˆ๐’Š-๐‘ต๐’š๐’‚ ๐’”๐’†๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚ ๐’‘๐’–๐’‹๐’Š๐’‚๐’, ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’‰๐’‚ ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’”๐’‚ ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐’”๐’†๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚ ๐’”๐’†๐’”๐’–๐’‚๐’•๐’–).

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


๐ŸŒฟ๐ŸŽจ PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KENYIR RANGERS ๐ŸŽจ๐ŸŒฟMajlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mempelawa se...
25/05/2026

๐ŸŒฟ๐ŸŽจ PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KENYIR RANGERS ๐ŸŽจ๐ŸŒฟ
Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang kreatif dan berbakat untuk menyertai pertandingan mencipta Logo Rasmi Kenyir Rangers!
๐Ÿ“Œ Tema:
Pasukan Penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir
๐Ÿ† Hadiah Menarik Menanti Anda!
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€” RM2,500
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€” RM1,000
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€” RM500
๐ŸŽ–๏ธ Hadiah Saguhati โ€” RM100 seorang (Tempat ke-4 hingga ke-8)
๐Ÿ“… Tempoh Pertandingan:
25 Mei 2026 โ€“ 3 Jun 2026
๐Ÿ“ฅ Penyertaan hendaklah dihantar dalam format:
โœ… .PNG / .JPEG
โœ… Berserta fail asal (.PSD / .AI)
๐Ÿ“ง Hantarkan pautan Google Drive penyertaan anda ke:
[email protected]
โš ๏ธ Pastikan logo yang dihasilkan adalah asli, kreatif dan menepati identiti pasukan penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir.
โœจ Tunjukkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada identiti rasmi Kenyir Rangers!
Tertakluk kepada Syarat & Terma Penyertaan.

๐ŸŒฟ๐ŸŽจ PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KENYIR RANGERS ๐ŸŽจ๐ŸŒฟ

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ingin mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang kreatif dan berbakat untuk menyertai pertandingan mencipta Logo Rasmi Kenyir Rangers!

๐Ÿ“Œ Tema:
Pasukan Penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir

๐Ÿ† Hadiah Menarik Menanti Anda!
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€” RM2,500
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€” RM1,000
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€” RM500
๐ŸŽ–๏ธ Hadiah Saguhati โ€” RM100 seorang (Tempat ke-4 hingga ke-8)

๐Ÿ“… Tempoh Pertandingan:
25 Mei 2026 โ€“ 3 Jun 2026

๐Ÿ“ฅ Penyertaan hendaklah dihantar dalam format:
โœ… .PNG / .JPEG
โœ… Berserta fail asal (.PSD / .AI)

๐Ÿ“ง Hantarkan pautan Google Drive penyertaan anda ke:
[email protected]

โš ๏ธ Pastikan logo yang dihasilkan adalah asli, kreatif dan menepati identiti pasukan penguatkuasa di landskap Tasik Kenyir.

โœจ Tunjukkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada identiti rasmi Kenyir Rangers!

Tertakluk kepada Syarat & Terma Penyertaan.

[๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐€๐’๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐๐˜๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐’๐”๐‘๐”๐‡๐‰๐€๐˜๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐Š๐ˆ๐๐†๐ƒ๐Ž๐Œ & ๐๐€๐“๐”๐‘๐„ ๐๐€๐’๐„๐ƒ ๐’๐Ž๐‹๐”๐“๐ˆ๐Ž๐๐’]19.05.2026, Tasik Kenyir, Hu...
25/05/2026

[๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐€๐’๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐๐˜๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐’๐”๐‘๐”๐‡๐‰๐€๐˜๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐Š๐ˆ๐๐†๐ƒ๐Ž๐Œ & ๐๐€๐“๐”๐‘๐„ ๐๐€๐’๐„๐ƒ ๐’๐Ž๐‹๐”๐“๐ˆ๐Ž๐๐’]

19.05.2026, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu -- Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dijemput oleh Nature Based Solution (NBS) untuk mengiiringi TYT Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke suatu lawatan yang juga disertai oleh Puan Marie-Claire Joyce, Kaunselor Ekonomi dan Politik serta Puan Farah Nor, Ketua Institusi dan Tadbir Urus mengambil kesempatan sempena lawatan rasmi beliau ke Terengganu untuk menikmati keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir dengan lebih dekat.

Dalam lawatan hampir satu jam tersebut, Pengarah Sumber Air Terengganu, Puan Safura binti Mad Juhari dan diiringi Pegawai Tadbir Khidmat Pengurusan (Pentadbiran dan Kewangan) LAUT, Dr. Muhammad Ashraf Bin Abdul Rahman mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang peranan strategi Tasik Kenyir dalam sektor tenaga negara dan pengaruh tasik tersebut ke atas kitaran sungai & pesisir pantai Terengganu.

Lawatan tersebut diakhiri dengan persefahaman tentang kepentingan setiap jenis ekosistem terhadap keseimbangan iklam dunia.
Diharap melalui lawatan ini, beliau dapat menikmati dan memahami keindahan khazanah flora dan fauna yang eksklusif di Kenyir.

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


[๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐’๐Ž๐‘ ๐๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐”๐Œ๐“]Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) berpendirian bahawa penubuhannya adalah ...
25/05/2026

[๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐’๐Ž๐‘ ๐๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐”๐Œ๐“]

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) berpendirian bahawa penubuhannya adalah bersifat pencegah, bukan sekadar pengenaan caj dan lesen. Isu yang membelenggu ekosistem sumber air negeri meliputi sungai dan jajaran pantai adalah suatu 'cabaran' yang harus diselesaikan dengan menyeluruh dan berhemat.

Kunjungan Professor Herve Piegay, pakar dalam bidang Fluvial Geomorphogy dan Ecological Hydrology daripada Universite de Lyon, Perancis yang merupakan Profesor Pelawat FTKK, UMT dilihat dapat memberi nafas baru kepada belenggu sumber air negeri . Dasar 'informed descision-making' yang diterap oleh Komuniti Eropah dalam 40 tahun lepas mempunyai potensi untuk membantu Terengganu.

Perjumpaan yang awalnya dijadualkan 30 minit telah berlangsung sehingga 2 jam kerana menariknya cerita Prof. Herve mengenai teknologi dan pengalaman Perancis berhadapan isu kemerosotan kualiti sungai di negara beliau. Namun, pada tahun 1982, Perancis mengambil langkah drastik untuk memulihkan semula kesihatan sungai negara mereka. Kerajaan dan saintis berganding tangan memenangi hati rakyat untuk bersama meletakkan sistem sungai yang sihat sebagai satu matlamat utama. Berbekalkan data saintifik dari sistem yang kini dijenamakan sebagai Mapd'O, kesihatan sungai secara 'helicopter view' boleh disemak dari semasa ke semasa. Maklumat sebeginilah yang menjadi asas kepada pengurusan sumber air yang kukuh dan tepat.

Kunjungan ini diakhiri dengan komitmen kedua belah pihak untuk terus meneroka jalinan kerjasama yang lebih kukuh.
Terima kasih UMT dan khususnya Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) atas ruang yang diberikan.

๐น๐˜ณ๐‘œ๐˜ฎ 't๐˜ฉ๐‘’ ๐‘†๐˜ฆ๐‘–๐˜ฏ๐‘’' ๐˜ต๐‘œ ๐‘†๐˜ฆ๐‘๐˜ฆ๐‘Ÿ๐˜ข๐‘›๐˜จ ๐˜›๐‘Ž๐˜ฌ๐‘–๐˜ณ!

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


[๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ (๐‰๐‹๐Œ๐–๐“)]10 Mei 2026, Kuala Terengganu -- Sesi perbincangan antara...
25/05/2026

[๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ (๐‰๐‹๐Œ๐–๐“)]

10 Mei 2026, Kuala Terengganu -- Sesi perbincangan antara Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dengan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur (JLMWT) telah diadakan dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JLMWT, Tuan Mohamad Halizam bin Samsuri diiringi lapan (8) orang pegawai JLMWT.

LAUT p**a diwakili oleh Pengarah Sumber Air Terengganu, Puan Safura binti Mad Juhari dan turut disertai lima (5) orang pegawai LAUT.

Objektif utama perbincangan ini adalah bagi mendapatkan maklum pihak JLMWT berhubung isu dan kekangan dari segi pelaksanaan kawalan navigasi di bawah Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Caj Pendaftaran Vesel) 2025 dan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.

Inisiatif ini adalah selaras dengan keperluan semasa serta bagi memperkukuhkan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan LAUT di bawah Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 (ESAT 2020)

Diharapkan hasil dari sesi perbincangan ini akan dapat dijadikan sebagai input dan rujukan oleh LAUT dalam memperkemaskan pelaksanaan dasar, peraturan serta mekanisme kawalan berkaitan navigasi dan pengoperasian vesel di Negeri Terengganu.

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” (๐‹๐€๐”๐“)Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan k...
21/05/2026

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” (๐‹๐€๐”๐“)

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:
๐Ÿ. ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“ ๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐†๐‘๐„๐ƒ ๐Š๐๐Ÿ๐Ÿ— (๐Š๐Ž๐๐“๐‘๐€๐Š)
โ€“ ๐Ÿ ๐Š๐„๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†๐€๐

Tarikh tutup permohonan:
๐ŸŽ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ) ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฐ๐š๐ญ-๐ฅ๐ž๐ฐ๐š๐ญ๐ง๐ฒ๐š sebelum atau pada ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ“๐Ÿ— ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ.

Permohonan hendaklah menggunakan ๐๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€ melalui pautan :
https://drive.google.com/file/d/1wCr7GRl1Go_5IqxAmfvKLhCOhCsYqEKX/view?usp=sharing

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui ๐„๐Œ๐„๐‹ ([email protected]) ๐€๐“๐€๐” ๐๐Ž๐’ (๐‹๐€๐‰๐”/๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘) ๐€๐“๐€๐” ๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐๐†๐€๐ sahaja kepada Lembaga Sumber Air Terengganu di alamat berikut;

PENGARAH
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU
LOT 54998-55003, JALAN TENGKU MOHAMAD,
21200 KUALA NERUS, TERENGGANU.
(sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Sumber Manusia, Lembaga Sumber Air Terengganu di talian 09-6674240.



SELAMAT HARI GURU ๐Ÿง‘โ€๐ŸซMewakili seluruh warga kerja Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT), kami ingin mengucapkan Selamat H...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU ๐Ÿง‘โ€๐Ÿซ

Mewakili seluruh warga kerja Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT), kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah mencurahkan bakti tanpa jemu.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah merupakan pemangkin inovasi dan pembentuk sahsiah modal insan yang memacu kemajuan industri serta negara.

Terima kasih atas dedikasi anda dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang. "Jasamu disanjung, baktimu dikenang!"

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐ŸคSetinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan dan dedikasi ๐˜๐›๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐ˆ๐ซ. ๐ƒ๐ซ. ๐๐š๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ซ ๐Š๐ก๐š๐ง ๐„.๐Œ ๐˜๐š๐ก๐š๐ฒ๐š, K...
10/05/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐Ÿค

Setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan dan dedikasi ๐˜๐›๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐ˆ๐ซ. ๐ƒ๐ซ. ๐๐š๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ซ ๐Š๐ก๐š๐ง ๐„.๐Œ ๐˜๐š๐ก๐š๐ฒ๐š, Ketua Pengarah National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM).

"Tunjuk ajar anda amat berharga. Selamat bersara dan terima kasih!".

"๐…๐‹๐Ž๐– ๐Ž๐… ๐‹๐ˆ๐…๐„"


Address

Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad
Kampong Kuala Setiu
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096674240

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Sumber Air Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Sumber Air Terengganu:

Share